Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, September 18, 2013

Semuanya Kelam Kabut

Asalamualaikum,


Sejak akhir-akhir ini, hidup semakin tidak teratur.. segalanya bagai tidak sempat untuk dikejar. semuanya bagai tiada penyudah, jika ada pun kualiti atau endingnya seperti yang tidak diharapkan.

Mungkin terlalu banyak yang aku sendiri kejarkan, karier sediada pun sudah dua ditangan. satu makan gaji yang sememangnya kene diutamakan dihadapan dan satu lagi yang aku gelarkan part time business. Jika tahun-tahun terdahulu aku mampu membahagikan masa dengan seimbang, tapi tahun ini segalanya berubah. aku tidak punyai masa yang cukup untuk diriku sendiri apatah lagi untuk business aku. jika ada business pun, ianya hanya berdasarkan permintaan dan followup kes-kes terdahulu. Aduh! graf kemajuan kerja menurun lagi tahun ni. dan tentunya graf $$$$ pun turun juga.



Silap terbesar yang aku sendiri lakukan, aku sudah terbiasa bekerja cuma 12 jam sehari dan 12 jam berikutnya masa untuk jiwa dan diri sendiri. 9 jam dari 12 jam siang terpaku di pejabat, 2 jam di gim atau urusan seangkatannya bakinya cuma 1 jam untuk buat sale... memang x cukup kan!

Bak kata bos aku, sebenarnya aku boleh buat, tapi aku sendiri yang tak nak buat.. sebab 
'MALAS dan COMFORT ZONE'

sedang bertuhan di dalam diri. Ni nak kene ubah ni, tapi aku sendiri pun tak tahu kat mana nak mula.Mudahan tuhan sedarkan aku cepat dari lena yang nyenyak ni.


No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH