Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, September 3, 2013

Menulis Kembali

Lokasi: kotak kecil
Mood: Kembali Sedar
Melody: My Heart Irwanshah & Acha Septriasa ~ Guitar Version

Selamat pagi dunia kecilku,
Dua tahun hampir berlalu, aku sendiri sudah melupakan kewujukan blog yang suatu masa dulu pernah menjadi kebanggaan tubuh jasadku sendiri. Seingat aku, kali terakhir aku menulis blog ini suatu ketika semasa aku belum menegnali erti dunia cinta berbunga-bunga. Hinggakan pada ketika, aku sendiri begitu sibuk hingga terlupa atau melupakan diri untuk mencoretkan barang seusir dua bait kata-kata disini. 

Dua tahun begitu pantas berlalu, bagai nafas udara yan
g kusedut tanpa perlu arahan. Pelbagai rentetan yang berlaku di dalam kehidupan yang sejujurnya telah banyak meru
bah hidup aku bagai langit dan bumi. Yang pastinya di saat aku menulis blog ini usia aku sendiri telah mengenjak masuk 32 tahun. satu usia yang sepatutnya aku raikan bersama dengan kehadiran isteri, anak-anak dan karier yang membanggakan.

Kita yang merancang, tapi tuhan sahaja yang menentukan segalanya. Pelbagai kenangan, peristiwa manis dan perit yang melalui hidup aku sepanjang tempoh ini. Dari perubahan karier sebagai pekerja kontrakan swasta UEM Builders kepada kakitangan kerajaan, jatuh bangun dalam dunia MLM, dan kini PENASIHAT INSURAN & TAKAFUL sepenuh masa. Itu belum dikira lagi dalam kegagalan mencari hubungan percintaan yang hampir 5 tahun belayar penuh kesia-siaan. 

Namun apa yang benar-benar memberikan kesan yang mendalam pada aku adalah pemergian ayah kesayangan akibat kanser paru-paru yang tiba-tiba meragut nyawa ayah. segalanya berlaku sekelip mata, aku sendiri sendiri masih belum puas bersama dan menjaga ayah, terkadang aku tersalahkan takdir di atas apa yang terjadi, kenapa perlu ayah aku. kenapa tidak orang lain yang selayaknya.  Pemergian ayah benar-benar merubah hidup aku. Aku kehilangan tempat untuk aku merenung dan silent advisor untuk diri aku sendiri. Sejujurnya hingga kini, aku masih merasa kehangatan aura dan semangat ayah, seolah-olah ayah masih bernyawa di sisi. Aku redha atas pemergian ayah kepada Ilahi. Ayah pergi meninggalkan kenangan dan memori yang indah, bukan sahaja untuk kemi sekeluarga malah untuk sahabat-sahabat ayah. budi dan jasa ayah terlalu banyak. tak termampu untuk aku contohi. Aku sentiasa mendoakan arwah ayah ditempatkan sebaris dengan para syuhada dan anbia dan jasad ayah dilindungi di alam sana. (Ayah meninggal 3 November 2011 / 7 Zulhijjah 1432 H) selepas 3 bulan menghidap kanser paru-paru Tahap IV ~ Al-Fatihah)

Tok Wan Pin pula menyusul mengikut ayah 9 Ogos 2013 / 2 Syawal 1434 H. Dulu selepas ayah meninggal, bila aku pandang muka wan pin aku akan teringat pada arwah ayah, sekarang tuhan telah ambil kedua-duanya. walaupun jasadnya telah tiada insyallah muka dan susuk tubuhnya kan terus segar di dlam ingatan aku. 

Dahulu aku keliru dan mempersoalkan putaran fitrah alam, sekarang aku memahami, redha dan pasraha dengan semuanya. setiapa yang berlaku ada musabah. insyallaha aku akan terus kehadapan. Insyallah


Suhami Azit 
27 Syawal 1434 H ~ 16.03 

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH