Kalamullah

Kalamullah

Monday, April 18, 2011

Hidup Baru... Dunia Baru

Lokasi: Bilik Hujung
Lagu: Pelangi Petang ~ Sidirman Hj. Arshad
Mood: excited bagai neh!

"Kadang-kadang aku marah bila tuhan bagi hujan sedangkan tadi panas terik, tapi aku terlupa rupanya tuhan nak hadiahkan pada aku pelangi yang sungguh indah sekali. kenapalaha aku masing menangisi panas sedangkan tuhan hadiahkan aku pelangi yang lebih berwarni-warni, lebih indah kan dunia ini"

wah! kaedah ayatnya... hehehehe hidup tuan tanah lebih bermakna sejak dari hari rabu yang lepas selepas semua peristiwa luka berakhir, hidup tuan tanah kembali berirama indah. lebih ramai insan dan manusia yang tuan tanah temui, siang dan malam sana dan sini. keseronokan hidup sebelum 3 tahun yang lalu mulai menghiasi kehidupan tuan tanah. tuan tanah semakin senang sekali dengan kehidupan, walaupun sendiri tanpa kekasih hati tapi semuanya menyeronokan. 

pengalaman terindah dalam minggu ini yang dapat tuan tanah list kat bawah neh!

1- Tuan tanah akhirnya sign up gym private diluar setelah berfikir beribu-ribu kali, dengan sekali swap RM950 melayang. payment untuk setahun terus. insyallah impian tuan tanah untuk ada badan kekar dan ketul macam abg rimau akan tercapai.

2- Tuan tanah kena kejar dengar polis masa kat downtown damansara... hahahaha pengalaman pertama dalam hidup kena dengan polis.... seyes tuan tanah anti polis walaupun dalam masa yang sama macam ok ngan polis.

3-Sale insuran tuan tanah untuk insuran bagi bulan 4 ni almost RM14K, alhamdulillah bisness ni lebih mudah dari MLM penipu tu. alhamdulillah yang lama semua tu pengajaran untuk tuan tanah.

4-Tuan tanah dapat jumpa dengan kawan-kawan lama tuan tanah yang dah lama sangat tuan tanah tak jumpa, dan setiap kali berjumpa pasti macam2 cerita baru yang tuan tanah dengar. alhamdulillah... richard dan convert ke islam dengan nama baru johan.

5-Tuan tanah dapat jadi pengapit pengantin untuk pertama kali dalam hidup tuan tanah, seronoknya dapat merasa semua tu, macam tuan tanah pulak yang nak kawin rasanya.

6-Dapat kawan baru dan dapat balik rumah lewat-lewat macam dulu, alhamdulillah..

notakakiku:
~tuhanku kau berilah padaku kesihatan yang sempurna dan sihat, mudahkan perjalanan ku kau selamatkan lah aku dari sebarang kecelakaan.. kerja aku punyai tanggungjawab yang besar padamu.. kupunyai impian dan aku ingin capaikan impian ku.

Tuan tanah nak hepi-hepi dan sosial cam neh semula.... boleh tak?

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH