Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, April 13, 2011

Diam sekejep...

Lokasi: Bilik Hujung
Lagu: Bunyi aircond dari siling...
Mood: Takut talipon berering.

Alhamdulillah itu sahaja yang dapat tuan tanah neh ucapkan pada kuasa yang maha esa, walaupun ikut kira hati saat yang tuan tanah lalui sekarang ni semakin sukar dari dahulu, tapi entah kenapa tuan tanah sikit pun tidak kisah. tuan tanah semakin tenang dan seronok melalui hari-hari mendatang, merangka masa depan yang tak pasti dalam genggaman, tapi tuan tanah yakin sungguh apa yang tuan tanah boleh dapat akan tuan tanah dapatkan. 

Alhamdulillah tuan tanah panjatkan bila tuan tanah diberikan peluang untuk kedepan dalam perjalanan karier.... sejarah benar bila staf seksyen ni dibenarkan menyertai pasukan lawatan tapak road census.....
Dalam bekerja bolehlah tuan tanah merehatkan diri sekejap, lari dari segala bagai masalah yang memeningkan kepala tuan tanah neh... tuan tanah pilih ke utara, sebab tuan tanah merasakan sana lebih tenang sana tuan tanah punyai kenangan dengan arwah tok tam... tuan tanah sukakan sawah padi terbentang luas.

Tuan tanah nak pergi sana dengan mak dan ayah, mungkin ada yang berkata ada baiknya jika bersendirian seketika dapat memusahabah diri, mengenal diri yang sebenarnya. tapi tuan tanah pilih mak dan ayah, kerana itu yang mewujudkan tuan tanah didunia neh. mudahan seminggu bersama nanti tuan tanah akan semakin kuat dan tabah. kejayaan pasti akan menjadi milik tuan tanah insyallah...

notakkakiku:
- message dihp tak henti2 umpama hujan diluar jendela ketika ini, mungkinkah seorang lagi dipergunakan... kembali lah kepangkal jalan sahabatku.. islam itu benar

Bunga orkid mak... rindu kat mak


No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH