Kalamullah

Kalamullah

Thursday, April 21, 2011

Batuk!

Lokasi: Bilik Hujung
Mood: Baru balik kelinik.. penat lah
Lagu: Sampai ke Hujung Dunia ~ Dirly

Penat sangat dah batuk ni, dah sebulan tuan tanah batuk, lebih kurang selama dari tsunami melanda jepun tempohhari. dari deman, flu, sakit tekak, pening, muntah dan segalanya. dah macam-macam ubat tuan tanah telan... semua alhamdulillah semakin ok yang tak ok lagi cuma tinggal batuk


pening kepala tuan tanah memikirkan apakah sebabnya.... penat dah batuk, dah banyak sangat ubat yang tuan tanah belikan, dah tak usah cerita berapa banyak yang duit dah habis. semua orang dah bising suruh tuan tanah ke klinik untuk buat detail check up, nak ke klinik or sepital swasta paham-pahamlah kena guna duit sendiri. 


Kebetulan harini bos tuan tanah bercuti, makan dengan senang lenangnya tuan tanah ke klinik tanglin buat blood test.... hermmmm! result macam haramlah.. tak ada apa-apa pun infection, semuanya ok. doc cuma cakap batuk ni akan baik sendiri dan memang mengambil masa yang panjang untuk pulih. doktor nasihatkan banyak minum air suam saja.. itu je


Tuesday, April 19, 2011

tempat telah disahkan... yahoo pokok padi!

Alhamdulillah, pagi tadi dapat surat kelulusan outstation, dan pengesahan lokasi tugasan... alhamdulilah bermain dengan sawah padi lah aku gayanya... syukur tuhan tarik satu tapi tuhan bagi banyak lagi perkara yang lebih baik dalam hidup aku...

Langkawi, Alor Star dan Perlis.... tak sabarnya hati girangku ingin melihat kuningnya padi masakmu..

Pic Pengapit





Finally dapat juga publishkan pic menjadi pengapit kepada mawi.... ngee ngee ngee.. enjoy pic ya!

Paris dan Amsterdam

Lokasi: Bilik Hujung
Mood: semi semi semi terbang tinggi
lagu: Corazon Partio ~ Alezandro Sanz

Semalam pagi-pagi lagi CC Baha datang ke bilik tuan tanah, katanya ada hal penting katanya. of course lah tuan tanah pun dah mulai cuak dan takut manalah tahu kot2 they can find out my mistake... salah guna harta kerajaan... hehehehe 


drama nih telah dipendekkan untuk mempercepatkan masa
CC: Mie, nak ikut tak jalan-jalan dengan abg.. murah gile.. mesti tak percaya....
Tuan Tanah: ke mana tu bang? (motip panggil bang)
CC: Paris dan Amsterdam dengan geng KLM Airlines, cuma bayar hotel dengan flight tiket saja RM2000.00
Tuan Tanah: Biar Betik RM2000.00, ok saya join.....


maka mood tuan tanah sekarang neh ala ala semi semi terbang 

naik KLM pulak tu 5 star airlines code sharing dengan air france lagi tuh. huhuhuh first time ke europe... jakun la jugak babi punya jakun.



Tido pulak kat Grand Ibis Hotel.... ayoooo! matilah feling-feling mat salih lah lepas ni. too excited for that.




 Owh kota Paris, mungkinkah aku jumpai cinta ku disana


Sure penat tangan snap gambar
notakakiku:
semakin aku lupakan kau semakin banyak keseronokan yang kudapati

Monday, April 18, 2011

slow balik dah!

Ya Allah ya tuhan ku kau berikan lah aku kekuatan, jauhilah aku dari sifat malas dan degil, berilah aku semangat dan tenaga untuk ku berusaha keras bagi memajukan diriku dalam bidang insuran ini... tolonglah bantulah aku Ya Allah

Hidup Baru... Dunia Baru

Lokasi: Bilik Hujung
Lagu: Pelangi Petang ~ Sidirman Hj. Arshad
Mood: excited bagai neh!

"Kadang-kadang aku marah bila tuhan bagi hujan sedangkan tadi panas terik, tapi aku terlupa rupanya tuhan nak hadiahkan pada aku pelangi yang sungguh indah sekali. kenapalaha aku masing menangisi panas sedangkan tuhan hadiahkan aku pelangi yang lebih berwarni-warni, lebih indah kan dunia ini"

wah! kaedah ayatnya... hehehehe hidup tuan tanah lebih bermakna sejak dari hari rabu yang lepas selepas semua peristiwa luka berakhir, hidup tuan tanah kembali berirama indah. lebih ramai insan dan manusia yang tuan tanah temui, siang dan malam sana dan sini. keseronokan hidup sebelum 3 tahun yang lalu mulai menghiasi kehidupan tuan tanah. tuan tanah semakin senang sekali dengan kehidupan, walaupun sendiri tanpa kekasih hati tapi semuanya menyeronokan. 

pengalaman terindah dalam minggu ini yang dapat tuan tanah list kat bawah neh!

1- Tuan tanah akhirnya sign up gym private diluar setelah berfikir beribu-ribu kali, dengan sekali swap RM950 melayang. payment untuk setahun terus. insyallah impian tuan tanah untuk ada badan kekar dan ketul macam abg rimau akan tercapai.

2- Tuan tanah kena kejar dengar polis masa kat downtown damansara... hahahaha pengalaman pertama dalam hidup kena dengan polis.... seyes tuan tanah anti polis walaupun dalam masa yang sama macam ok ngan polis.

3-Sale insuran tuan tanah untuk insuran bagi bulan 4 ni almost RM14K, alhamdulillah bisness ni lebih mudah dari MLM penipu tu. alhamdulillah yang lama semua tu pengajaran untuk tuan tanah.

4-Tuan tanah dapat jumpa dengan kawan-kawan lama tuan tanah yang dah lama sangat tuan tanah tak jumpa, dan setiap kali berjumpa pasti macam2 cerita baru yang tuan tanah dengar. alhamdulillah... richard dan convert ke islam dengan nama baru johan.

5-Tuan tanah dapat jadi pengapit pengantin untuk pertama kali dalam hidup tuan tanah, seronoknya dapat merasa semua tu, macam tuan tanah pulak yang nak kawin rasanya.

6-Dapat kawan baru dan dapat balik rumah lewat-lewat macam dulu, alhamdulillah..

notakakiku:
~tuhanku kau berilah padaku kesihatan yang sempurna dan sihat, mudahkan perjalanan ku kau selamatkan lah aku dari sebarang kecelakaan.. kerja aku punyai tanggungjawab yang besar padamu.. kupunyai impian dan aku ingin capaikan impian ku.

Tuan tanah nak hepi-hepi dan sosial cam neh semula.... boleh tak?

Wednesday, April 13, 2011

Terakhir sebelum menyepi

Lokasi: Bilik Hujung
Lagu: bunyi papan kunci + air cond blowing
mood: barai

Gambar-gambar terakhir sebelum tuan tanah kembali kepada dunia sendiri.. mudahan tindakan ini benar...












notakakiku:
- Tuhan izinkan aku menyendiri

Diam sekejep...

Lokasi: Bilik Hujung
Lagu: Bunyi aircond dari siling...
Mood: Takut talipon berering.

Alhamdulillah itu sahaja yang dapat tuan tanah neh ucapkan pada kuasa yang maha esa, walaupun ikut kira hati saat yang tuan tanah lalui sekarang ni semakin sukar dari dahulu, tapi entah kenapa tuan tanah sikit pun tidak kisah. tuan tanah semakin tenang dan seronok melalui hari-hari mendatang, merangka masa depan yang tak pasti dalam genggaman, tapi tuan tanah yakin sungguh apa yang tuan tanah boleh dapat akan tuan tanah dapatkan. 

Alhamdulillah tuan tanah panjatkan bila tuan tanah diberikan peluang untuk kedepan dalam perjalanan karier.... sejarah benar bila staf seksyen ni dibenarkan menyertai pasukan lawatan tapak road census.....
Dalam bekerja bolehlah tuan tanah merehatkan diri sekejap, lari dari segala bagai masalah yang memeningkan kepala tuan tanah neh... tuan tanah pilih ke utara, sebab tuan tanah merasakan sana lebih tenang sana tuan tanah punyai kenangan dengan arwah tok tam... tuan tanah sukakan sawah padi terbentang luas.

Tuan tanah nak pergi sana dengan mak dan ayah, mungkin ada yang berkata ada baiknya jika bersendirian seketika dapat memusahabah diri, mengenal diri yang sebenarnya. tapi tuan tanah pilih mak dan ayah, kerana itu yang mewujudkan tuan tanah didunia neh. mudahan seminggu bersama nanti tuan tanah akan semakin kuat dan tabah. kejayaan pasti akan menjadi milik tuan tanah insyallah...

notakkakiku:
- message dihp tak henti2 umpama hujan diluar jendela ketika ini, mungkinkah seorang lagi dipergunakan... kembali lah kepangkal jalan sahabatku.. islam itu benar

Bunga orkid mak... rindu kat mak


Tuesday, April 12, 2011

Pengapit Pengantin








Apa perasaannya menjadi pengapit pengantin untuk pertama kali?

"Barakallah sahabatku...
biarlah aku menjadi pendamping pasanganmu di persada sanding nanti
mudahan ia menjadi kenangan pertama dan indah dalam hidup ku"

inilah yang akan aku lalui pada hari sabtu ini 16 April 2011, menjadi pengapit kepada bakal suami sahabatku didot. kawan kenalah tolong menolong kawannya yang memerlukan pertolongan macam ni

seronoknya bila pertama kali dalam hidup ni dapat merasa naik pelamin bagai, rasa macam aku pulak yang nak berkahwin neh. excited aku memang lebih.. lebih dari orang yang nak naik pelamin. macammanalah rasanya kan. tak sabarnya nak merasa perasaan tu. 

Siap excited, didot pesan pakai baju kaler merah hati tapi kalau tak ada kaler merah kalu apa-apa pun boleh, so aku decide pakai baju kaler hitam lah senang nak padankan dengan suasana weding tu nanti... 
erm excitednyer... mungkin kah aku akan sekacap mamat seperti dalam pic kat atas tu.. insyallah.. kena grooming sikit minggu ni.

baju melayu yang aku nak pakai.. hitam sesuaikah

notakakiku:
- aku siap beli kasut kulit hitam baru.... excited benar neh!

Penguatkuasa Undang-Undang VS Pengamal Undang-Undang

Gambar terbaru tuan tanah kedaung.. dah macam budak silat dah

 Asalammualaikum dan selamat membaca para bloggers semua walaupun hakikatnya tidak seramai mana pun hehehehe....semakin lama semakin malam pulak tuan tanah neh nak mengupdate blog ni, perasaan malas semakin menebal dan semak, jari jemari pun dah semakin kematu nak menekan setiap punat kat komputer opis neh... heheheheh!

 Apa-apa pun tuan tanah berdoa paling tidak adalah sedikit cebisan yang dapat tuan tanah tinggalkan disini pada hari ini. YUP! menulis menulis menulis! impian dari dulu yang tidak pernah konsisten.

Apa nak tulis pagi ni, tulis tentang kerja? tentang emosi? tentang impian? ermmm nak tulis tentang apa neh.. pening

pikir!

pikir!

pikir!

tulis tentang kerja lah sebab yang lain tu semua dah basi dan berulang-ulang..

KERJA_KERJA_KERJA cam lagu M NASIR (kolar biru.. release tahun bila entah)

dah hampir 2 tahun tuan tanah kat pejabat ni, macam-macam perkara yang dapat tuan tanah pelajari. benda baru dan benda lapok dan tak lupa juga kepada benda yang berulang-ulang. sepanjang dua tahun ni juga banyak benda luar pejabat dan peribadi yang tuan tanah neh buat. tuan tanah neh memang jenis muka yang tak tahu malu....

antaranya:
  1. Guna talipon pejabat untuk hal persenel.. bergayut dengan budak Affin Bank berjam-jam siap ada drama air mata lagi...
  2. Guna komputer n tenet untuk peribadi espesially web page kegemaran tuan tanah neh *****
  3. Memperint bagai-bagai mende cam gamba tuan tanah neh, gamba budak Affin Bank, gamba bogel tuan tanah... pamplet2 business MLM dan insuran dulu dan lain-lain lagi.
  4. Meracunkan budak2 opis dan sekitarnya untuk join MLM dan beli insuran tuan tanah... arggghhh! sudahnya tak ramai mana yang join pun.
  5. FESBUK, MULTIPLY, TAGGED, Blogger, YM, laman sosial ermmm! banyaknya dosa tuan tanah neh buat!
  6. tido kat pejabat.... bawak balik harta benda pejabat ke umah... makan makanan orang lain terutamanya makan kat admin, safwan dan elin (suatu masa dulu)
  7. Menular time orang lain sibuk bekerja.... pegi mid valley, pegi KLCC, Pavillion pegi mana-mana lagi lah... adoaiiii! semakin banyak bercerita semakin banyak pekung didada yang terlepas nih..

kesimpulannya BANYAKNYA GAJI BUTA!
MSA bertaubatlah......!!! :(

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH