Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, March 29, 2011

Terpencil

Pada usia 30
Makin tak ada IDEA..
Makin tak terarah..
Makin rasa terpencil..
Makin hilang semangat..

Nak AWAY seketika..
Nak FOKUS pada KERJA...
Nak tenangkan FIKIRAN..

Kalau ada sumur di ladang..
Boleh kita menumpang mandi..
Kalau ada umur nan panjang..
Boleh kita berjumpa lagi..
InsyaAllah..
Sure tak ada yang Rindu..
Notakakiku: Kesian ko mie, nasib ko tak pernah elok sempurna

Monday, March 28, 2011

Bertahan Selagi Diperlukan

Terus membiar, tidak beralah
Terus menyimpan, biar parah.

Kenapa masih mahu menerima
Sedang hati tahu kesemua
Kenapa masih tidak berganjak
Sedang hati makin berantak

Cuba memujuk, cuba melupa
Biar sang penglipur meneruskan lara
Sambil bila, sampai kemana
Biar masa menoktah segala

Ketika diri membutakan hati
Ingat kembali kenangan disemi
Biar tenang sejuklah diri
Dari sakit ditanggung sendiri

Wednesday, March 16, 2011

Buang awak!



Sayang
Saya nak buang awak
Jauh-jauh.
Jangan cari saya lagi

 Sayang
Kalau saya di hujung dunia, saya nak tinggalkan awak di hujung satu lagi
Kalau saya di langit, saya nak jatuhkan awak ke bumi
Maafkan saya
Bukan niat saya buat awak sakit hati

Sayang
Saya berdoa setiap hari
Antara kita, biar jangan ada benci
Saya berdoa setiap waktu
Antara kita, biar hilang rasa itu..

Sayang
Saya nak buang awak
Jauh-jauh...
Jangan cari saya lagi


Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan

Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahagia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami ...
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta, 
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku...

angin, hujan, sayang

Angin
bawa aku bertiup kepadanya
biar dirinya nyaman

dibelai bayu rinduku

Hujan
bawa aku turun bersama
biar dirinya segar
dibasahi titis asmaraku

Mentari
biar aku jadi gantimu
biar dirinya bahagia

diterangi cahaya cintaku.

Sayang,
biar aku jadi kekasihmu
biar kita bersatu
berdua selamanya..

mungkin hanya emosi aku sahaja......

Aku rindu padamu

Abang sayang

ingin aku jerit,

pergi kau dari sini,..

ingin aku pekik,

ku tak perlu kau disisi..,

ingin aku hambat,

jauh-jauh rasa itu..

ingin aku lewat,

tanpa singgah disitu..

ingin aku benci,

kelibat dirimu..

ingin aku caci,

rasa cinta itu..

Namun aku tak mampu..


Alhamdulilah

Pengorbanan dan penantian yang tidak sia-sia, penantian yang memeritkan dan menjerihkan kini berakhir juga, segala apa yang ku tanggung kini berbalah jua.

Keberkatan dan kesabaran aku membuahkan hasil berganda nikmatnya. terima kasih tuhan diatas anugerah dan nikmat yang tidak ternilai ini. aku percaya pada kuasa dan hukum pembalasanmu,

akhirnya seruan Mu membuatkan hatiku terbuka untuk memilih yang lain, membuatkan hati ku tertutup untuk nya lagi. Ya aku tidak bolehe menipu diri ku yang sayangku masih ada padanya tapi cinta ku padanya semakin pudar. sepudar cintanya pada ku dan kelmarin 14 Mac 2011 sekitar jam 10 malam maka secara rasmi tamatlah kisah cinta aku dan zaidi selama genap 3 tahun. alhamdulillah semua sengketa telah selesai dan aku tidak gembira dan tidak juga bersedih..


selamat tinggal abg sayang




kenangan bersama abg takkan terpadam untuk selamanya...

Tuesday, March 1, 2011

Aku yang kau panggil sayang


Aku yang kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa-masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
pernah meneroka hati ini
detik kemanisan pun berlalu
ke manakah janji mu yang suci

aku yang kau panggil sayang
ingin ku mengutip masa-masa silam
engkau yang ku panggil sayang
menampak terhalang persimpangan
tanpa meninggalkan kata-kata
bila kau kan kembali lagi

seraut wajah seringku usap
dalam mimpi kita pun bersenda
siang ku menyebutmu
di malam sunyi ku dinoda rindu

aku yang kau panggil sayang
dalam kegelapan ku mencari kasih
engkau yang panggil sayang
mungkin kali ini kehilangan
berikan daku saat terakhir
mengusap muka mu oh sayang

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH