Kalamullah

Kalamullah

Monday, February 14, 2011

Nak tapi malu!


Life is Great!

Itu slogan ataupun motto syarikat yang PEB wakili dalam dunia insuran ni, Great Eastern Life Berhad. Sejak-sejak PEB menjadi ajen kepada syarikat insuran ni, kepala otak PEB asyik pikir tentang $$$ sajo. Bukan bunyak $$$ pun yang PEB dapat, cuma PEB memikirkan macammana nak memastikan benda ni berjalan. PEB akui bidang insuran ni memang boleh buat $$$ tapi PEB sendiri malas nak buat. 

Sudah 3 minggu PEB menghadiri mensyuarat mingguan di SG Maluri, dn setiap kali PEB datang PEB jadi malu sebab semua ajen-ajen lain present banyak production dan sedangkan PEB sendiri tak ada apa yang nak dibentangkan. bukannya tak ada prospect untuk PEB jumpa, tapi sebab PEB malu dan malas nak buat semua ni. PEB sendiri akui duit gaji bulan-bulan PEB memang tak cukup pun. but then PEB still malas nak buat semua ni.

PEB memang tak konsisiten, dulu masa mula-mula masuk excited betul nak buat semua ni, tapi sekarang dah suam-suam kuku. mungkin juga kerana terlampau banyak target yang PEB nak kejar. PEB nampak besar saja, tapi PEB tak nampak yang kecil depan mata pun.

PEB kena mula bergerak, mungkin dalam sasaran tahunan yang ditetapkan RM60K tapi sekarang ni PEB kecilkan kepada sale RM30k saja. Biar PEB bergerak perlahan-lahan dahulu, nanti bila enjin dah panas baru langkahs eribu PEB mulakan.


Memang berbeza semangat yang ada pada PEB sekarang ini berbanding dengan semangat yang PEB ada semasa melibatkan diri dalam bidang MLM tahun lepas. walaupun PEB mengalami kerugian yang banyak sangat, tapi PEB happy sebab usaha dan kesungguhan yang PEB letakkan sangat tinggi dan membanggakan. Entahlah mungkin juga upline PEB yang tak bersungguh-sungguh ataupun PEB sendiri yang malas nak buat. 


PEB kena buat jugak apa pun...


minggu ni 


14-20 Feb 2010 : Targetv close, 
  1. Kak Ita & anak (Sg Besi): ILP + ILP = 295
  2. Aida & Family : ILP x 3 = 425
  3. Zana & Anak + ILP x 2 =275
paling tidak sudah ada 7 kes untuk bulan ni...

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH