Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, February 22, 2011

Hari ini hari selasa

Hari ini hari selasa
hari kedua dalam minggu ni
hari kedua aku bekerja
hari untuk buat keja
tapi aku tak buat keja jugak
hari-hari aku malas nak wat keja

sebab apa aku malas
sebab aku memang malas
nak tido pun tak tahu apa nak dimimpikan lagi
sebab semua mimpi hanya tinggal mimpi saja
selamat bermimpi PEB

Malaikat Maut

Quote of the Day

"Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang itu, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali, andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak akan melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail"





Thursday, February 17, 2011

u love me

I love you
when you're laughing
I love you
when you're sad
I love you
when you're teasing
I love you
when you're glad
I love you
when you're fooling
I love you
when you're true
But the reason why
I love you
is just because you're you
 
but
you just love me
for nothing
 
 im still work hard
to make u love me


 

Ceramah Maulidul Rasul tahun 2011


  • Salam Maulidul rasul semua, PEB cuma menyampaikan dan berkongsi apa yang disampaikan pada PEB daripada kawan baik PEB yang baik.



  • Amal yang utama dalam islam, adalah amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, siapa yang solat tak ikut cara Nabi, atau berkahwin tak ikut cara Nabi, atau sembelih ayam tak ikut cara Nabi, dan lain lain, maka amalan mereka di kira tak sah, haram dan boleh masuk neraka..

  • Monday, February 14, 2011

    Nak tapi malu!


    Life is Great!

    Itu slogan ataupun motto syarikat yang PEB wakili dalam dunia insuran ni, Great Eastern Life Berhad. Sejak-sejak PEB menjadi ajen kepada syarikat insuran ni, kepala otak PEB asyik pikir tentang $$$ sajo. Bukan bunyak $$$ pun yang PEB dapat, cuma PEB memikirkan macammana nak memastikan benda ni berjalan. PEB akui bidang insuran ni memang boleh buat $$$ tapi PEB sendiri malas nak buat. 

    Sudah 3 minggu PEB menghadiri mensyuarat mingguan di SG Maluri, dn setiap kali PEB datang PEB jadi malu sebab semua ajen-ajen lain present banyak production dan sedangkan PEB sendiri tak ada apa yang nak dibentangkan. bukannya tak ada prospect untuk PEB jumpa, tapi sebab PEB malu dan malas nak buat semua ni. PEB sendiri akui duit gaji bulan-bulan PEB memang tak cukup pun. but then PEB still malas nak buat semua ni.

    PEB memang tak konsisiten, dulu masa mula-mula masuk excited betul nak buat semua ni, tapi sekarang dah suam-suam kuku. mungkin juga kerana terlampau banyak target yang PEB nak kejar. PEB nampak besar saja, tapi PEB tak nampak yang kecil depan mata pun.

    PEB kena mula bergerak, mungkin dalam sasaran tahunan yang ditetapkan RM60K tapi sekarang ni PEB kecilkan kepada sale RM30k saja. Biar PEB bergerak perlahan-lahan dahulu, nanti bila enjin dah panas baru langkahs eribu PEB mulakan.


    Memang berbeza semangat yang ada pada PEB sekarang ini berbanding dengan semangat yang PEB ada semasa melibatkan diri dalam bidang MLM tahun lepas. walaupun PEB mengalami kerugian yang banyak sangat, tapi PEB happy sebab usaha dan kesungguhan yang PEB letakkan sangat tinggi dan membanggakan. Entahlah mungkin juga upline PEB yang tak bersungguh-sungguh ataupun PEB sendiri yang malas nak buat. 


    PEB kena buat jugak apa pun...


    minggu ni 


    14-20 Feb 2010 : Targetv close, 
    1. Kak Ita & anak (Sg Besi): ILP + ILP = 295
    2. Aida & Family : ILP x 3 = 425
    3. Zana & Anak + ILP x 2 =275
    paling tidak sudah ada 7 kes untuk bulan ni...

    Friday, February 11, 2011

    Azam dua ribu sebelas

    Dah 41 hari berlalu dalam tahun 2011 ni, dan barulah kini PEB dapat simpulkan apa yang PEB nak buat dalam tahun ni. PEb tak nak lah buat benda yang pelik-pelik sangat , juast nak buat benda-benda yang simple macam orang lain buat. mihahah, Patutnya, tahun baru, org nak buat benda2 yg amazing, tapi PEB lain sket. Tak larat ah nak harung azam tahun baru yg pelik2.

    Wish lish ataupun azam tahun 2011 PEB

    1. NAK BACA BUKU-BUKU YANG ADA KAT RUMAH BAGI HABIS (ada dalam 30 buku)
    2. START KUMPUL DUIT RM10 PER DAY (Salin idea dari Taring Merah, bagus betul idea ni)
    3. TURUNKAN BERAT BADAN KEPADA 67 KG DARI 70 KG DANA DAN ADA BADAN KETUL-KETUL
    4. NAK SERIUS DALAM INSURAN MACAM KAK LIN DAN MARIO
    5. NAK BERCUTI KE LOMBOK SORANG-SORANG( Mood nak mencari ketenangan diri)
    6. NAK TAMATKAN ZAMAN BUJANG YANG SEMAKIN BUJANG NI (calon dah ada, aku yang tak serius)
    7. NAK UBAH DIRI - CAKAP BENDA2 YG BAIK2
    8. NAK UBAH DIRI - JADI SEORG YG LEBIH COOL DARI PADA SEORANG YANG PANAS BARAN DAN EMOSI
    9. NAK MENJADI LELAKI DI LUAR DAN DIDALAM SEPERTI YANG AZIZAH CAKAPKAN
    AZAM TAHUN 2011 - SEBAGAI SEORG MUSLIM
    1. NAK CHECK BALIK KE SEMUA ASAS FARDHU 'AIN (SOLAT especially)
    2. NAK KHATAM AL - QURAN (target this year 2 kali)
    3. NAK HAFAZ BEBERAPA SURAH (target 6)
    4. NAK PERGI TEMPAT YG ISTIMEWA

    Huarghhhhh! banyaknya KPI or SKT yang aku nak capai pada tahun ni, insyallah rasanya aku boleh buat semua tu. Supaya dapat capai azam yg dah ditetapkan.

    Selamat Tinggal 2010, Selamat Datang 2011

    UMUR yg panjang, Bukan kayu pengukur, Tapi kualiti UMUR yg digunakan, Lebih membawa makna...

    Usia kini bakal bertambah menjadi 3 didepan....

    # PEB azam nak tinggalkan dunia gelak mana???

    KebesaranMu TUHAN


     Kau tempat ku mengajuk hati
    memberi segala hidup
    dunia dan seisinya milik mu
    mencintai mu sejati
    Ku manusia yang penuh dosa
    mengharap ampunan mu
    lihat di langit kesempurnaan hatimu
    kau cinta pertama dalam hidup
    alllah hu akhbar maha besar
    memujamu begitu indah
    selalu kau berikan semua
    kebesaran mu tuhan

    Setelah 2 tahun setengah...!


    Alhamdulilah, setelah 2 tahun setengah PEB tido atas katil bujang, semalam  dalam sejarahnya dan buat pertama kalinya PEB tidur dengan begitu lena dan nyenyaknya atas katil saiz permaisuri yang baru sampai ke rumah petang semalam. Memang PEB puas hati betul, dengan harga yang PEB dapat memang PEB kirakan sangat murah dan berbaloi bangat (dalam mood tergediks sikit)... 

    Lebih besar ruang untuk PEB beradu setiap malam, lebih ruang untuk PEB mengenangkan masa depan PEB dan yang penting PEB buat ni untuk kepuasan diri PEB sendiri. dan tentu sekali kamar PEB akan lebih kemas.

    Sebelum tu PEB dah survey di MACY Seri Kembangan, katil yang lebih kurang sama 

    Harga : RM399 ( kedekut ; tak leh nego langsung)
    Tilam; RM600 (Gudnite : tak leh nego jugak)
    Transport + fixing: RM80 (Klang Valley saja) 
    Total: RM 1000 lebih jugakkan... 

    Period hantar : satu minggu ke dua minggu

    SUNGGUH TERUK MACY KAN!

    Akhirnya petang kelmarin i.e 8 Feb 2011 lepas keje PEB terus survey di kedai perabot di Jalan Klang Lama, akhirnya nego punya nego siap buat dengan muka kesian tahap nak berak dapatlah PEB katil yang dicari... nah benda yang sama tapi semua hanya RM780 siap esok petang sampai ke rumah, tak perlu tunggu sampai seminggu dua macam MACY. kesimpulannya kedai perabot ah cheong yang terbaik..... produk tempatan sememangnnya hebat... credit to Mr. Sai (Budak Mynmar) yang begitu bertungkus-lumus memastikan PEB membeli jugak... tapi dia memang baik la... menurut segala kemahuan ku!

    notakakiku:
    ~ semalam dia datang umah, tanpa memberitahu atau diberitahu... mungkin mahu mencari silapku... aku menerima kehadirannya dengan tangan yang terbuka, kebetulan aku masak bihun goreng.... alhamdulilah semuanya berjalan lancar.
    ~ Janjinya malam ini akan kesini lagi, tapi entah benar entah tidak.. tuhan terangilah diri ku dengan sinar MU.
    ~ aku tahu kekuatan diriku dimana, Ya Allah kau kuatkanlah iman dan kesabaranku menempuhi segala dugaan mu ini... amin.
    REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
    ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
    KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

    jangan KEDEKUT...
    JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
    Jika segalanya hanya kerana ALLAH