Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, December 21, 2010

Syawal edisi 2

Salam sayang semua pembaca kesayagan ku biar pun tak pernah ku tahu ada yang membaca...

Seperti yang dijanjikan, PEB akan menyambung semula kisah raya tahun ini yang dah lama PEB tinggalkan, banyak yang PEB kena ceritakan, dan mungkin juga cerita yang PEB ceritakan ini tak lengkap lagi dan ada banyak yang kurangnya sebab dah lama PEB tinggalkan... raya puasa pun dah lama berlalu... heheheheh


Petang hari raya pertama tu, PEB dan parent bersiap-siap nak pergi ziarah kubur nenek PEB di masjid Kg. Kota. nak pergi waktu pagi tak sempat sebab ramai yang datang menziarah ke rumah. Dekat atas ni Izat anak sedara PEB dan abang ipar PEB.. dua-dua pakai baju sedondon. yang tengah berdiri tu mak PEB.

 Ni pulak sebahagian kecil anak-anak buah PEB, dengan yang PEB dukung tu paling muda sekali dalam keluarga PEB. anak adik PEB. sedangkan PEB sendiri masih bujang.... masih mencari cinta yang entah kali ke berapa ratus entah. Seriusly suka dengan kaler baju raya PEB tahun ni, purple dah sama kaler dengan kaler lampu bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam. Kadang-kadang PEB tengok muka PEB ni terlampau matang pun ada jugak, tak kena dengan usia rasanya..

 
 Before PEB dan famili pergi menziarahi arwah nenek di pusara, PEB dan paernt singgah di rumah besan PEB di kampung yang sama, manariknya besan parent PEB ni duduk satu kampung sahaja dan sangatlah pandai memasak, kira raya hari tu dapatlah PEB merasa Mee Rebus Jawa yang paling sedap sekali. menambah dua pinggan jugak PEB rasa. 

Jarak perjalanan dari kampung PEB ke pusara nenek taklah jauh mana pun lebih kurang 5 minit driving, PEB pergi kesana dengan menaiki kereta adik PEB, kereta PEb simpan sahaja di dalam garaj.... tak nak bagi kotor.



Gambar-gambar diatas tu semasa di pusara arwah nenek, arwah nenek PEB dah hampir 14 tahun meninggal dunia, nenek meninggal dunia semasa PEB ditingkatan 5, sampai sekarang ni wan (datuk) setia pada arwah nenek, masih menduda, bukannya tak ada yang nak dengan wan, tetapi wan yang lebih senang hidup menduda... senang nak beribadat pada tuhan katanya.. alhamdulilah wan PEB masih sihat walafiat sampai ke saat ini walaupun usianya dah mencecah 90 tahun. Thanks Allah.

Alhamdulillah, selesai menziarah ke pusara nenek kami berganjak kepada pusara abg azizan, iaitu abg PEB yang meninggal dunia semasa berumur 2 tahun, semasa tu PEB baru berusia 1 tahun. tak putus menyusu badan lagi. PEB baru tahu yang PEb ada abang bila PEB sekolah rendah. Pusara pak ndak baharum yang meninggal 18 tahun dahulu juga tak ketinggalan kami ziarah. Pulang dari pusara PEB dan parent terus menyambung aktivi beraya yang terhenti seketika tadi....


Dekat atas ni gambar sebahagian kecil famili PEB, ni cuma famili dari dua kakak PEB sahaja, tak termasuk yang lain lagi... ni pun dah sesak dalam kamera, gal yang pakai baju putih tu anak sedara sulung dalam famili PEB.. umur dia muda satu tahun dari PEB... tahun depan dah nak kawin, PEB masih macam ni lagi.

 Pada sebelah malamnya, sesi beramah-mesra bersama-sama dengan sanak dan saudara, rancangannya malam tu nak menuju ke rumah kak PEB di pekan Beruas, semua akan menikmati makan malam di situ. so malam tu PEB dan semua bergerak ke rumah kakak yang terletak lebih kurang 10 minit memandu dari rumah kampung.


Sampai disana, terus makan apa yang dihidangkan, maklumlah perut pun dah muak dengan kuih muih dari siang tadi.


Selesai makan berehat diluar rumah lah pulak.






Habis dah untuk hari ni, sambung esok pulak lah....











.

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH