Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, December 15, 2010

Mungkin yang terbaik untuk 10 tahun terdahulu....

Dengar tajuk je dah macam tak best kan.. lantaklah.... tajuk jer yang macam tak best tapi pengisian penuh bermakna untuk aku.. mungkin aku sendiri boleh mengistilah ini smeu asebagai raya yang terbaik untuk akus etelah menganjak ke usia 30an...

selama ni aku sendiri tak pernah mengendahkan tentang raya, kalau boleh nak puasa dan lepas abis puasa terus macam biasa saja... tak perlu ada apa-apa celebration.... tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku begitu excited untuk menyambut shawal tahun ni..

Bayangkan baju melayu sahaja aku beli sampai 3 pasang sepertyi dibawah ini.. gilakan? kalah Rosnah Mat Aris... apa-apalah duit aku sendiri.! mungkin ini ramadhan ataupun syawal yang terakhir untuk aku ( mintak-mintak bukanlah).. tapi aku benar-benar sungguhh teruja untuk menikmati shawal tahun ini, dan mudahan ianya akan berkekalan hingga ke tahun-tahun yang berikutnya...





Dan seperti yang telah dirancangkan aku cuti lama sangat tahun ini, selama 10 hari dikampung, sejarah dalam hidup aku cuti raya yang paling lama. Aku pulang ke kampung pada hari terakhir puasa dan tentu sekali tidak berkesempatan beriftar bersama-sama keluarga dikampung.. hanya membatalkan puasa dengan extra Power Root tongkat Ali 2 x tin. sungguh seronok melalui jalan tanjung karang - sabak bernam dimalam raya.. paling best tengok lampu panjut dan pelita raya di halaman rumah dikiri dan kanan jalan.. dan kadang kala diselang selikan dengan bunyi mercun pompompom... tak ada lagi bunyi meriam buluh. sempat singgah sebentar di sekinchan untuk beli kueh dan biskut raya tunjuk-tunjuk!

Yup jalan nak pulang kampung sedikit sesak tapi perjalanan masih lancar.. jam 10 malam aku menjejakkan kaki ke terata bonda dan ayahnya... rindunya! perkara pertama yang dibuat bial sampai ke rumah.. mengisi perut denan hidangn makan besar ... banyaknya lauk.... ada ikan tenggiri masak cuka, ikan terubuk bakar, sambal petai ikan bilis, daging bakar cicah air asam dan tidak dilupakan sup tulang kaki lembu.... (konpom gemuk balik, penat diet dibulan puasa)


sambung tidor.. malam raya layan tv pun tak berapa nak syok!

Selamat pagi 1 Syawal, lidah pertama ku dipagi shawal berbicara, tenang dan syahdu.. bunyi takbir dari surau sayup-sayup bunyinya.... lain rasanya raya tahun ni, lain sangat.... 

mungkin selepas melalui macam-macam saat sukar dalam hidup membuatkan aku lebih menegrti erti raya dan kekeluargaan...... terima kasih tuhan menyedarkan aku!

Selesai solat sunat Eid Al Fitr... aku sekeluarga menuju ke rumah wan aku yang terletak berhadapan dengan surau Kg. Tengah, Beruas, rumah peninggalan pusakan yang kini didiami wan aku bersama anak bongsunya dan seorang cucunya. Ini sememangnya aktiviti wajib kami semua dipagi raya, akan ada sedikit majlis tahlil ringkas disini untuk memberkati lagi syawal. 

wan aku ada empat orang anak dan semuanya pulak aktif menghasilkan anak.. maka ramailah anak cucu dirumah ini.. wan aku masih sihat cuma tidak beberapa larat untuk berjalan, dan banyak masanya dihabiskan dirumah sahaja...
 geng baju merah..anak-anak abang sulung aku

 geng baju biru dari kuala kubu bharu.. anak lelaki sulung Pak Ngah aku...

 anak-anak abang sulung dan ketiga aku, kira dorang ni sepupu-sepupu lah!



Ini suami kakak aku no 2, yang diberbaju sedondon tu anak dia yang pernah suatu masa dahulu sutu rumah dengan saya. Sekarang ni dah duduk asing... asing pun hanya selangkah dari rumah saya ... namun demikian tidak pernah ketemu.... dunia berbeza mungkin... orang muda darah muda

Ini pulak ilya... adik kepada mamat yang berbaju hijau tu, sekarang ni di tahun 2
UiTM Kota Melaka... memang cantik dan cun.... antara cucu yang tervogue sekali.




Ini abang sulung aku.... kurus sahaja, dulu sepuluh tahun yang lalu, dia mempunyai perniagaan sendiri sebagai kontrktor dan kedai menjual peralatan elektrik, namun disebabkan persaingan dan sikap orang melayu yang penuh dengan hasad dengki.. abang aku jatuh tersungkur dengan hutang dikeliling pinggang. namun syukur isteri disebelah sentiasa memberikan sokongan dan galakan agar terus bangun dan pandang ke depan...





Kedua-dua gambar diatas adalah anak-anak abang wan aku... i.e yang berbaju melayu merah dan yang comel diatas ini. 4 orang cukup untuk meneruskan legeasi

 Penulis setelah kekenyangan

Anak bongsu abang ke 3 aku.....
Adik bongsu aku dan anaknya..... tak sangka juga kadang-kadang cuma ku seorang sahaj yang amsih belum mendirikan rumah tangga lagi

Anak-anak buah aku beratur nak mintak duit raya
Aleysya : ahli baru dalam keluarga besar Pak Long Azit dan Mak Long Mah baru berumur 5 bulan, tapi aktif dan senang nak dijaga... anak adik aku..... aku dah ada cucu dah.. heheheh


Cucu-cucu pak ngah aku


 ini wan aku (memangku anak bongsu abang sulung aku), umur dia dah dekat 90 tahun tapi msih kuat dan bertenaga lagi, yang kiri tu pulak chu dan anak tunggal dia (anak bongsu wan) yang mana menjaga dan tinggal sekali dengan wan.. yang berbaju purple tu tak payah nak dikenalkan lagi lah.


Salam aidil fitri untuk semua, maaf zahir dan batin dari hujung rambut ke hujung kaki..... ikhlas dari pinkfranggipanni.blogspot.com
 Yang ini pulak mahadzir anak keempat Pak Ngah aku dan yang hensem berbaju merah Hafizul Azril anak teruna kakak sulung aku.... tengah dok laku dia ni sekarang










djnefjknajk











No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH