Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, December 21, 2010

Syawal edisi 2

Salam sayang semua pembaca kesayagan ku biar pun tak pernah ku tahu ada yang membaca...

Seperti yang dijanjikan, PEB akan menyambung semula kisah raya tahun ini yang dah lama PEB tinggalkan, banyak yang PEB kena ceritakan, dan mungkin juga cerita yang PEB ceritakan ini tak lengkap lagi dan ada banyak yang kurangnya sebab dah lama PEB tinggalkan... raya puasa pun dah lama berlalu... heheheheh


Petang hari raya pertama tu, PEB dan parent bersiap-siap nak pergi ziarah kubur nenek PEB di masjid Kg. Kota. nak pergi waktu pagi tak sempat sebab ramai yang datang menziarah ke rumah. Dekat atas ni Izat anak sedara PEB dan abang ipar PEB.. dua-dua pakai baju sedondon. yang tengah berdiri tu mak PEB.

 Ni pulak sebahagian kecil anak-anak buah PEB, dengan yang PEB dukung tu paling muda sekali dalam keluarga PEB. anak adik PEB. sedangkan PEB sendiri masih bujang.... masih mencari cinta yang entah kali ke berapa ratus entah. Seriusly suka dengan kaler baju raya PEB tahun ni, purple dah sama kaler dengan kaler lampu bangunan Sultan Abdul Samad pada waktu malam. Kadang-kadang PEB tengok muka PEB ni terlampau matang pun ada jugak, tak kena dengan usia rasanya..

 
 Before PEB dan famili pergi menziarahi arwah nenek di pusara, PEB dan paernt singgah di rumah besan PEB di kampung yang sama, manariknya besan parent PEB ni duduk satu kampung sahaja dan sangatlah pandai memasak, kira raya hari tu dapatlah PEB merasa Mee Rebus Jawa yang paling sedap sekali. menambah dua pinggan jugak PEB rasa. 

Jarak perjalanan dari kampung PEB ke pusara nenek taklah jauh mana pun lebih kurang 5 minit driving, PEB pergi kesana dengan menaiki kereta adik PEB, kereta PEb simpan sahaja di dalam garaj.... tak nak bagi kotor.



Gambar-gambar diatas tu semasa di pusara arwah nenek, arwah nenek PEB dah hampir 14 tahun meninggal dunia, nenek meninggal dunia semasa PEB ditingkatan 5, sampai sekarang ni wan (datuk) setia pada arwah nenek, masih menduda, bukannya tak ada yang nak dengan wan, tetapi wan yang lebih senang hidup menduda... senang nak beribadat pada tuhan katanya.. alhamdulilah wan PEB masih sihat walafiat sampai ke saat ini walaupun usianya dah mencecah 90 tahun. Thanks Allah.

Alhamdulillah, selesai menziarah ke pusara nenek kami berganjak kepada pusara abg azizan, iaitu abg PEB yang meninggal dunia semasa berumur 2 tahun, semasa tu PEB baru berusia 1 tahun. tak putus menyusu badan lagi. PEB baru tahu yang PEb ada abang bila PEB sekolah rendah. Pusara pak ndak baharum yang meninggal 18 tahun dahulu juga tak ketinggalan kami ziarah. Pulang dari pusara PEB dan parent terus menyambung aktivi beraya yang terhenti seketika tadi....


Dekat atas ni gambar sebahagian kecil famili PEB, ni cuma famili dari dua kakak PEB sahaja, tak termasuk yang lain lagi... ni pun dah sesak dalam kamera, gal yang pakai baju putih tu anak sedara sulung dalam famili PEB.. umur dia muda satu tahun dari PEB... tahun depan dah nak kawin, PEB masih macam ni lagi.

 Pada sebelah malamnya, sesi beramah-mesra bersama-sama dengan sanak dan saudara, rancangannya malam tu nak menuju ke rumah kak PEB di pekan Beruas, semua akan menikmati makan malam di situ. so malam tu PEB dan semua bergerak ke rumah kakak yang terletak lebih kurang 10 minit memandu dari rumah kampung.


Sampai disana, terus makan apa yang dihidangkan, maklumlah perut pun dah muak dengan kuih muih dari siang tadi.


Selesai makan berehat diluar rumah lah pulak.






Habis dah untuk hari ni, sambung esok pulak lah....











.

Monday, December 20, 2010

Aku tahu semuanya....

Tuhan maha berkuasa menjadikan siang dan malam,
maha menentukan arah perjalanan setiap makhluk di dunia ini,
tidak ada satu pun yang mampu mengubahnya tanpa izinNya
tuhan sekalian alam, segala rahman dan pujian ke atas Mu
yang menghidup dan mematikan ku...

Aku datang kepada mu memohon petunjuk dari mu
aku datang ke pada mu mengadu damba nasib ku yang entah kemana
nasib ku sejak dari dahulu lagi
nasib yang kuciptakan sendiri barangkali

apakah benar ini keputusan ku Ya Tuhan ku
meneruskan kesetiaan dan kejujuran aku pada insan yang kau anugerahkan pada ku..
3 tahun hampir menjelma, dia masih sama terus dengan tingkah dan laku nya...
tiada apa lagi yang aku nak usahakan lagi, terlampau penat rasanya bertepuk sebelah tangan...

menyambut tanpa keikhlasan dihati...
kejujuran aku diperbodohkan, diperkotak katikkan...
kau melayan aku umpama banjingan kurapan...
sempurnakan kah engkau di mata tuhan?
sempurnakah diri mu dimata malaikat?
sempurnakan jasadmu di mata cacing-cacing di dalam tanah....?

tak jauh mana kau berada dibumi fana ini, 
esok lusa kau akan pergi jua..
ke angkuhan mu itu takkan sampai ke padang mahsyar,
kerna tersangkut di pintu pusara 
menanti pengampunan insan-insan yang kau perbodohkan

andai terampun maka pergilah kau dengan aman
sebaliknya kau akan menderita disana
bersama kayu-kayu api yang panas membara..

Mudahan tuhan mengampuni semua dosa-dosa keji mu....
tapi bukan aku...

#notakakiku:
taubatlah sebelum mata terpejem,
ingatanku untuk mu dan diriku sendiri...
insyallah



Suara tanpa rasa dari Jogjakarta

Beda itu Indah
harmoninya musik kerna bedanya nada
Indahnya panorama kerna bedanya warna
beda ialah anugerah ilahi yang tidak ternilai
tak perlu diasing dan dihinakan
...kerna beda menjadikan kita hidup... 

Wednesday, December 15, 2010

Mungkin yang terbaik untuk 10 tahun terdahulu....

Dengar tajuk je dah macam tak best kan.. lantaklah.... tajuk jer yang macam tak best tapi pengisian penuh bermakna untuk aku.. mungkin aku sendiri boleh mengistilah ini smeu asebagai raya yang terbaik untuk akus etelah menganjak ke usia 30an...

selama ni aku sendiri tak pernah mengendahkan tentang raya, kalau boleh nak puasa dan lepas abis puasa terus macam biasa saja... tak perlu ada apa-apa celebration.... tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku begitu excited untuk menyambut shawal tahun ni..

Bayangkan baju melayu sahaja aku beli sampai 3 pasang sepertyi dibawah ini.. gilakan? kalah Rosnah Mat Aris... apa-apalah duit aku sendiri.! mungkin ini ramadhan ataupun syawal yang terakhir untuk aku ( mintak-mintak bukanlah).. tapi aku benar-benar sungguhh teruja untuk menikmati shawal tahun ini, dan mudahan ianya akan berkekalan hingga ke tahun-tahun yang berikutnya...





Dan seperti yang telah dirancangkan aku cuti lama sangat tahun ini, selama 10 hari dikampung, sejarah dalam hidup aku cuti raya yang paling lama. Aku pulang ke kampung pada hari terakhir puasa dan tentu sekali tidak berkesempatan beriftar bersama-sama keluarga dikampung.. hanya membatalkan puasa dengan extra Power Root tongkat Ali 2 x tin. sungguh seronok melalui jalan tanjung karang - sabak bernam dimalam raya.. paling best tengok lampu panjut dan pelita raya di halaman rumah dikiri dan kanan jalan.. dan kadang kala diselang selikan dengan bunyi mercun pompompom... tak ada lagi bunyi meriam buluh. sempat singgah sebentar di sekinchan untuk beli kueh dan biskut raya tunjuk-tunjuk!

Yup jalan nak pulang kampung sedikit sesak tapi perjalanan masih lancar.. jam 10 malam aku menjejakkan kaki ke terata bonda dan ayahnya... rindunya! perkara pertama yang dibuat bial sampai ke rumah.. mengisi perut denan hidangn makan besar ... banyaknya lauk.... ada ikan tenggiri masak cuka, ikan terubuk bakar, sambal petai ikan bilis, daging bakar cicah air asam dan tidak dilupakan sup tulang kaki lembu.... (konpom gemuk balik, penat diet dibulan puasa)


sambung tidor.. malam raya layan tv pun tak berapa nak syok!

Selamat pagi 1 Syawal, lidah pertama ku dipagi shawal berbicara, tenang dan syahdu.. bunyi takbir dari surau sayup-sayup bunyinya.... lain rasanya raya tahun ni, lain sangat.... 

mungkin selepas melalui macam-macam saat sukar dalam hidup membuatkan aku lebih menegrti erti raya dan kekeluargaan...... terima kasih tuhan menyedarkan aku!

Selesai solat sunat Eid Al Fitr... aku sekeluarga menuju ke rumah wan aku yang terletak berhadapan dengan surau Kg. Tengah, Beruas, rumah peninggalan pusakan yang kini didiami wan aku bersama anak bongsunya dan seorang cucunya. Ini sememangnya aktiviti wajib kami semua dipagi raya, akan ada sedikit majlis tahlil ringkas disini untuk memberkati lagi syawal. 

wan aku ada empat orang anak dan semuanya pulak aktif menghasilkan anak.. maka ramailah anak cucu dirumah ini.. wan aku masih sihat cuma tidak beberapa larat untuk berjalan, dan banyak masanya dihabiskan dirumah sahaja...
 geng baju merah..anak-anak abang sulung aku

 geng baju biru dari kuala kubu bharu.. anak lelaki sulung Pak Ngah aku...

 anak-anak abang sulung dan ketiga aku, kira dorang ni sepupu-sepupu lah!



Ini suami kakak aku no 2, yang diberbaju sedondon tu anak dia yang pernah suatu masa dahulu sutu rumah dengan saya. Sekarang ni dah duduk asing... asing pun hanya selangkah dari rumah saya ... namun demikian tidak pernah ketemu.... dunia berbeza mungkin... orang muda darah muda

Ini pulak ilya... adik kepada mamat yang berbaju hijau tu, sekarang ni di tahun 2
UiTM Kota Melaka... memang cantik dan cun.... antara cucu yang tervogue sekali.




Ini abang sulung aku.... kurus sahaja, dulu sepuluh tahun yang lalu, dia mempunyai perniagaan sendiri sebagai kontrktor dan kedai menjual peralatan elektrik, namun disebabkan persaingan dan sikap orang melayu yang penuh dengan hasad dengki.. abang aku jatuh tersungkur dengan hutang dikeliling pinggang. namun syukur isteri disebelah sentiasa memberikan sokongan dan galakan agar terus bangun dan pandang ke depan...





Kedua-dua gambar diatas adalah anak-anak abang wan aku... i.e yang berbaju melayu merah dan yang comel diatas ini. 4 orang cukup untuk meneruskan legeasi

 Penulis setelah kekenyangan

Anak bongsu abang ke 3 aku.....
Adik bongsu aku dan anaknya..... tak sangka juga kadang-kadang cuma ku seorang sahaj yang amsih belum mendirikan rumah tangga lagi

Anak-anak buah aku beratur nak mintak duit raya
Aleysya : ahli baru dalam keluarga besar Pak Long Azit dan Mak Long Mah baru berumur 5 bulan, tapi aktif dan senang nak dijaga... anak adik aku..... aku dah ada cucu dah.. heheheh


Cucu-cucu pak ngah aku


 ini wan aku (memangku anak bongsu abang sulung aku), umur dia dah dekat 90 tahun tapi msih kuat dan bertenaga lagi, yang kiri tu pulak chu dan anak tunggal dia (anak bongsu wan) yang mana menjaga dan tinggal sekali dengan wan.. yang berbaju purple tu tak payah nak dikenalkan lagi lah.


Salam aidil fitri untuk semua, maaf zahir dan batin dari hujung rambut ke hujung kaki..... ikhlas dari pinkfranggipanni.blogspot.com
 Yang ini pulak mahadzir anak keempat Pak Ngah aku dan yang hensem berbaju merah Hafizul Azril anak teruna kakak sulung aku.... tengah dok laku dia ni sekarang










djnefjknajk











kawan

Kita merancang, Allah menentukan. Dia Maha Mengetahui apa yang lebih baik untuk kita. Benarlah kata-kata ini. Tak perlulah kita risau akan apa yang bakal digantikan oleh Dia untuk kita. Semuanya dalam pengetahuanNya. Kita rancang, usaha sebaik mungkin, berdoa & bertawakal kepada Dia. Moga-moga memperoleh apa yang terbaik kita inginkan.

Hidup kena teruskan. Bergerak ke hadapan. Yang lepas-lepas aku kena jadikan  sebagai satu pengalaman yang indah dalam hidup. Jadikan cikgu yang paling hampir dengan diri. Guru yang terbaik adalah pengalaman hidup. Adalah diri sendiri... sampai bila aku nak merenung ke masa yang yang telah berlalu. Ntah betul ntah tidak.

Thanks sebab jadi kawan aku. Lama kita kenal, dari tahun 2008 sampai la sekarang. Pernah berkawan, berkawan rapat, bercinta, putus, bergaduh, kembali baik sebagai kawan, dan berkawan sehingga sekarang. Tahniah kepada awak sbb awak memang seorg yg sgt kuat. Tak lama pun bercinta. cuma 3 bulan. Kita putus bukan sebab kita bergaduh, cuma keputusan tak matang yang kita buat. Kita HANYA KAWAN. Forever ok. 

Perjalanan masih jauh. Manfaatkan dengan sesuatu yg lebih bermakna. 

Dua Manusia, Satu Cerita, Pengalaman Berbeza...

Friday, December 10, 2010

Isu yang tak sudah

Ya Allah Ya Tuhan ku...

terlampau besar dan berat dugaan yang kau berikan pada ku selama ini, tak tertanggung lagi rasanya... 

semakin hari semakin parah dan sesak hati ini.. apakah aku yang perlu terusan berkorban dan bersalah dalam semua hal..terlampau banyak peluang lain yang aku tinggalkan demi satu impian yang tak pasti ini.

kadang-kadang aku rasakan aku punyai kawan yang bisa menjadi tempat untuk aku meluahkan segala gundah gulana dihati.. tapi ya lah.. rambut sama hitam tapi hati lain-lain. kisahku terjaja dari mulut ke mulut. mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia tak boleh kan...

Bayang-bayangnya terlampau kuat, semua salahnya aku terima. tapi sampai bila aku harus terima...aku hidup dalam penipuan, yang bodoh adalah aku sendiri kerana memperbodohkan diri sendiri pada orang yang sememangnya cerdik dan pintar dalam memperbodohkan orang lain. 


Ya Allah bukakan lah hatiku aku pergi jauh dari kekusaran dan belenggu ini. aku semakin takut dan tak terdaya untuk menuju ke depan lagi.
Tuhan aku mahu keluar dari semua ini....

Insyallah

Thursday, December 2, 2010

Aku yang salah


Yes, i admit i like u... like no one else.. but maybe u don't.. im just a back up plan for u..sad, im really sad.. i tot is a miracle..but is a dream...
REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH