Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, September 8, 2010

Tak puas hati!


Kalau nak cakap aku ni tak berotak, tak berakal dan gila. Tapi rasanya aku ni masih waras dan berakal fikiran. Bukan aku ni kedekut ataupun kemut nak mampus..  tapi sebab aku rasakan itu hak aku... memang aku perasan yang sememangnya kau memang nak merampas perniagaan ni yang sama-sama kita jalankan dan kau ingin menjadi bos. harus kau ingat pernigaan ni kita buat sama-sama. kita sama-sama keluarkan modal.

Itulah yang terjadi kat perniagaan pendidikan yang aku dah aku jalan kan bersama dengan rakan kongsi perniagaan aku, pada awal permulaan perniagaan ni semuanya berjalan lancar. yelah awal-awal semasa tak ada lagi keuntungan tapi bila dah mula dapat duit ni mulalah nak tunjukkan taring.

Keuntungan yang pertama dan kedua dia nak extra RM300 sebab katanya keja dia banyak daripada aku. Mungkin masa tu aku rasa bodoh sangat. Aku pun setujulah padahal masa tu aku tak happy dan ikhlas langsung bagi pada dia. Now mana boleh dia dapat almost 80% extra daripada aku. 

So semalam aku berkeras nak semua profit dibahagi sama rata 50-50. akhirnya aku dapat apa yang aku nak. alhamdulilah.... aku ni kuat sebenarnya mungkin sebab kerana aku ni penakut sahaja. Aku kena kuat... kalau tak kuat sure aku kena pijak kepala...

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH