Kalamullah

Kalamullah

Thursday, September 2, 2010

Tadarus Al Quran 2010






Salam semua
Hari ni mood untuk menaip dan menceritakan apa yang berlaku terlampau banyak sangat. Mungkin seronok sangat hari ni sebab permulaan yang indah dan mungkin juga semalam mendapat tidur yang cukupnya. 

Hari ni dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci dari Al Quran Nur Qareem. ketenangan yang aku rasai sungguh luar biasa.. lepas satu surah dibaca diberikan tafsiran setiap surah pulak. lebih banyak kefahaman yanga aku perolehi.


Majlis Tadarus Al Quran ni merupakan acara tahunan yang dibuiat di pejabat tempat aku bertugas. Tahun lepas aku sempat join sekali, ketika itu surah yang aku baca cuma surah yang pendek sahaja, tahun ni kena surah panjang sedikit, alhamdulilah dapat membaca walaupun ada sikit cacat dan lari grammar. hahahah :)








Biasa lah bacanya sekejap saja, tapi biasalah bergaya untuk sesi photoshot mengalahkan artis hollywood. tak apa asalkan senang hati, Aku pakai baju kaler purple dipadankan dengan sampin yang warnanya tak beberapa nak matching, tapi puas pakai, senang cerita baju untuk raya tahun ni. Baju ni sebenarnya baru beli semalam, semata-mata untuk majlis hari ni, bukan apa, cuma nak berkongsi keseronokan majlis. insyallah mudahan sampai maksudnya nanti




goodies tahun ni lebih bagus dari tahun lepas, kalau tahun lepas cuma pulut kuning, rendang dan sekotak coklat dan bunga telur, tapi tahun ni meriah siap dengan butang baju melayu, box of raya cookies dan jugak kain pelikat gajah duduk.


Alhamdulillah semua selesai dengan ceria dan gembira insyallah jika aku masih disini lagi tahun depan, aku join lagi majlis ilmu ni.. amin...




"menuju ke bintang"

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH