Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, September 8, 2010

Reunion KUiTTHO'rians

Salam kepada pembaca semua yang aku sayangi sangat-sangat walaupun ramai yang aku sendiri tak tahu dan tak kenal langsung... Alhamdulillah semakin seronok saya melalui bulan Ramadhan pada tahun ini. Banyak peristiwa dan perkara baru yang terjadi kepada diri aku dan sesungguhnya ianyanya menjadi pengaran dan teladan yang terbaik untuk diri aku terus bertahan dipaksi yang penuh dengan pancaroba ni. insayallah dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri aku ini akan aku terus maju kehadapan... segala kelemahan, aku jadikan kekuatan..... amin

Just nak berkongsi sedikit kenangan ber'iftar' bersama-sama dengan bekas teman sekolej aku di KUiTTHO, Batu Pahat dahulu. Ini merupakan gathering berbuka puasa kali kedua yang sempat aku join diaorang semua. Yang rata-rata dihadiri oleh budak-budak kejuruteraan awam am, bangunan dan budak kayu sendiri, aku sendiri dari budak kayu. Tahniah pada organizer Cik Irni yang berjaya organize event ni dengan jayanya dari setahun ke tahun tanpa penah gagal sekalipun. So gathering kali ni memang meriah sungguh, ramai yang hadir siap bawak anak, bini, suami dan couple masing-masing lagi. Aku masih macam dulu sorang sahaja. Tak silap aku dekat 28 orang yang hadir ke paku cafe dan restaurant di Taipan 2, Ara Damansara ni. makanan not bad boleh tahan lah jugak.... sesuai sangatlah dengan RM30 yang dikenakan tu... banyak italini dan mat salih food yang diservekan.. memang kena sangatlah dengan selera aku. 


Selamat menikmati gambar-gambar yang aku dah tapis ni untuk tatapan korang semua ....

 

Yang ni gambar yang paling aku suka sekali, gambar budak-budak kelas aku yang hadir malam tu... seronok sungguh sebab dapat bertemu ramai yang dah lama tak jumpa... antara yang paling lama tak jumpa fara diba dan talib... fara dah ada anak dah hasil buatan Nik Arif dan talib still macam tu lagi.. bujang sama macam aku jugak.

Posing maut budak-budak BQW : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kejuruteraan Perkayuan) L to R : Budak Botak, Noraini Naseran (dia ni kira antara budak kelas aku yang terlaku sekali lah, ramai betul peminat dia, akhirnya sapa sangka jadi milik Dud Saifuddin), Nor Eriya Mat Rani( Mengajar kat Politeknik Sabak Bernam dah kawin dengan Azri), Farah Deba Ayeop (awal-awal lagi dah menamatkan zaman bujang dengan nik arif), Wahida Mohd Nor (Nak kawin dah hujung tahun ni dengan mamat dari geng kenari jugak), Talib Abdul Rahman (dah explain kat bawah ni) dan Edi Shahril Kamal (budak kelas aku geng taman teratai jugak, sekarang mengajar di Politeknik Kota Kinabalu - dan dah mula panjat gunung-gunung)




Geng-geng Taman Teratai.. L to R :

Taufik, Budak seremban kelas BQA, serumah pulak dengan edi sahril dan Talib. Dulu semasa zaman belajar fizikal bdannya sungguh sihat walafiat sekarang ni sapa sangka kacak bergaya.. dan dah mendirikan rumah tangga dah.. alhamdulillah keja pulak dengan kompeni besar TH Properties di Senawang.... dah 5 tahun aku tak jumpa dengan dia..

BotaK: tak perlu diperkenalkan lagi... empunya beloog ni! 


Talib Abrul Rahman: kawan sekelas dengan aku, budak kelas aku tak ramai yang lelaki.. kira dia ni antara kawan aku yang terapatlah walaupun jauh dilubuk hati aku tak selesa sungguh dengan perangai dia... dia ni orang jerantut, sepupu kepada Abidah budaks ekelas aku jugak.. apa pun dulu dia ni banyak yang menyusahkan daripada menguntungkan.... masih lagi bujang dan sekarang ni bekerja di Tampin buat keja Infra. Yang paling penting muka langsung tak berubah.. maintain muda. 


Besut: Nama penuh dia Norakmal Bin Awang, kenapa panggil dia Besut sebab dia datng dari Kuala Besut..kampung Nelayan.. satu rumah dengan aku dari tahun satu sampai tahun akhir... perangi dia ni pendiam nak mampus dan tak suka kacau hal orang lain.. muka gila baik tapi sapa sangka kisah hidup dia lebih kurang macam aku jugak... sedih!. jadi cara dia nak release kan tension dengan dengar lagu-lagu ganas dan keras..... minat gila dengan game2 mission counter strike.....





terlampau banyak yang ingin dicoretkan dan dikhabarkan... masa yang sesingkat ini pasti tak sempat kan.. cukuplah dengan mengambil no telefon untuk terusan berhubung...

Dalam pada terlena mengharap pada yang tak sudi sapa sangka datang yang lain menyerikan kehidupan, alhamdulillah semakin terasa nikmat hidup


Geng-geng yang stylo pada zaman belaja dulu. kecuali saya lah sebab saya menumpang bergambar dengan dorang saja...L to R : Poji, Budak Botak, Irni Organizer, Syikin dan Mama Rina... dorang ni dari zaman bujang sampai ke sekarang ni maintain jer badan selim melim... tak de pening kepada nak buat kuruskan badan ke apa ke... heheheh rezeki badan cantik lah katakan.. kesian kat poji sebab baru baik dari demam campak.. muka penuh dengan parut campak, sabarlah yeop!




Ni pic pertama yang berjaya dirakamkan setelah aku berjaya mendapatkan lokasi tempat duduk yang paling sesuai untuk bergambar, hanya aku seorang sahaja yang beria-ia kacak berbaju melayu bewarna biru... yang lain mengamalkan pakaian rasmi orang moden. Ni keseluruhan table panjang yang diwarnai oleh budak-budak KUiTTHO


Dah tak tahu apa lagi yang diceritakan lagi... cukuplah dengan yang aku dah ceritakan, biarlah gambar sendiri yang bercakap.

1 comment:

armouris said...

info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH