Kalamullah

Kalamullah

Monday, September 27, 2010

Ramadhan Kareem

Salam to all visible readers, kelmarin lalu aku melalui pengalaman 5 hari berada di kampung sambil melalui bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, bersahur dan iftar bersama ayah dan bonda tersayang dan terhebat merupakan antara kenangan terbaik dalam hidup aku.  Keseluruhannya satu keseronokan yang aku sendiri tak pernah kecapi selama  ini. Sesungguhnya aku tidak pernah merasa ketenangan seperti ini dalam hidup aku, syukur aku masih dapat melalui semua ni pada ramadhan kali ini (dah mula nak merapu ni.....)

Kisah dimulakan dengan saat yang begitu menenangkan selepas solat terawih melalui laluan FT07 dari Kuala Selangor menuju ke Teluk Intan dan seterusnya memasuki FT03 hingga melewati Bandar Seri Manjung. Dan akhirnya seawal jam 4 pagi aku berjaya mencium pipi ayah dan ibu. 2 bulan tidak pulang ke kampung sudah cukup lama aku rasakan. tanpa ku sedari ketika itu juga air jernih mengalir keluar dari kelopak mataku pabila melihat tubuh badan ayahku yang semakin susut, berbeza benar dengan seperti kali terakhir aku lihat 2 bulan yang lalu. Maknanya betapa lama aku tidak pulang ke kampung, pasti terlalu banyak saat sukar yang terpaksa ayahku tempuhi.

Dan dengan nawaitu itu lah, aku nekan untuk bersama-sama dengan ayah dan bonda sepenuhnya kali ini. aku akan sempurnakan mana yang kurang dan tambahkan mana yang  patut.Alhamdulillah mungkin tak sesempurna mana, tetapi aku benar-benar berpuas hati... 

Aku sayang sangat mak dan ayah aku dunia dan akhirat... betul cakap orang bila bila kita semakin susah dan melalui saat-saat sukar baru kita akan ingat pada orang yang sayang pada kita.. itu silap aku dan aku sendiri tak mahu ulang lagi apa yang aku dah silap.

Masa cuti dikampung ni aku banyak menamani dan membantu ayah dan ibu aku dikebun sambil memetik hasil sayur-sayur yang ditanam... dah lama aku tak datang kesini, sedap sungguh pabila dapat menghidu bau hutan dan embun pagi.... (mesti korang semua tak tahu macam mana bau hutan kan?)


Kebun @ dusun ayah aku ni terletak berhampiran  dengan Hutan Simpan Gunung Bubu, ayah aku tanam macam-macam pokok buah-buahan kat sini durian, rambutan, manggis, langsat, pulasan, dukong, salak, kelapa sawit, buluh rebung, rambai dan juga pokok $$$ Teja. ayah tanam untuk anak-anak dan cucu-cucu makan..... disini ayah aku  ada membela seekor anjing kurap, juga bukan untuk suka-suka sebagai perhiasan macam bela kucing tapi mdemi menjaga ketenteraman kebun daripada gangguan makhluk macam babi dan monyet hutan.

Mak aku pula tanam pokok sayur seperti  babe ailan, sawi, lobak putih dan juga bayam.. tak ketinggaan makanan kegemaan aku jeruk maman. sebab tulah family aku jarang-jarang sekali nak membeli sayur-sayur dipasar. kalau membeli pun mungkin sayur yang tak boleh ditanam seperti kobis dan bunga kobis serta juga brocoli.

Dulu ayah aku ada menternak lembu disini yang mana sebahagian dari lembu tersebut adalah dimodalkan oleh aku sendiri. lembu-lembu ni dibela oleh abang ipar kau sendiri. tapi mungkin bukan rezeki kami. biz lembu ni tak menjadi.. banyak yang mati adari yang hidupu, sudahnya lembu tu dipindahkan kepada orang lain untuk dijaga. alhamdulillah lembu-lembu ni mula meromen-romen dan beranak pinak.. senyum $$$$ 

Ayah aku seorang yang berpandangan jauh.. banyangkan dari seorang pesawah padi biasa yang tak punyai apa-apa harta dapat memebsarkan kami semua 9 adik beradik sampai sekarang ni bapak aku tak kerja dan walaupun tak kerja income ayah aku tak kurang dari 5 K setiap bulan. kalah gaji aku yang belajar tinggi-tinggi ni. .

Ayah aku ni suka membaca, banyak sangat surat khabar dan buku-buku ilmiah yang ayah aku ebli kat rumah. ayah aku cukup minat dengan isu semasa dan politik, ayah aku tidak pro ke mana-mana pihak tetapi ayah aku cukup tak suka kepada ketidakadilan.... so korang boleh pikirlah belah man yang ayah aku sokong.

  ayah
 mak
 ayah marahkan mak

Mak aku pula seorang yang sangat cekal, penyabar dan paling penting hobi suka berleter.. dengan leterannya itulah aku hidup senang sekarang ni... terima kasih mak, anak mak sayang sangat kat mak..


 kata ayah dia nak tanam kat sini lagi 100 pokok sawit 
untuk tambah aset kepada anak cucu dia... mana tau kot-kot dalam
ramai-ramai mungkin ada yang perlu

Sebelum balik kerumah untuk tidur dan seterusnya sesi membantu ibu untuk masak memasak.. aku, mak dan ayah sempat menghiburkan hati dengan mandi dilata berhampiran dengan kebun ayah aku.. sejuknya air hutan... tenang dan menghiburkan... bunyi unggas dan pepohon bersatu... rasa macam tak nak balik dah.... 



mak skodeng ayah



Alhamdulillah walaupun pada usia 70 tahun manakala mak aku pula dah hampir 65 tahun tetapi masih kuat dan bertenaga. insyallah aku akan berkorban aku untuk memastikan kesempurnaan mak dan ayah aku... itu niat dan azam aku, yang lain ddah bekeluarga, tak apalah aku galas tanggungjawabnya.



Pekan Koboi beruas telah banyak yang berubah... macam lagu zaman dulu-dulu yang selalu keluar kat tv1... 


Kampungku sudah berjaya
ada jentera ada kereta proton saga
sawah padi menguning
majulah kampungku


 Lama dan baru

 Pembangunan untuk perut orang-orang BN dan UMNO.. kami merasa ke?

 belakang "market" 

modenisasi menghambat orang-orang disini untuk terus bangit berusaha keras... dulu air tebu satu 50 sen sekarang dah 1 ringgit. dulu ada bas loncat-loncat sekarang dah tak ada sebab ramai yang dah mampu beli kereta sendiri.

Yang kuat dan rajin akan terus kedepan.. yang malas ketinggalan dibelakang...

Semakin hari semakin sayang aku dengan keluarga aku dan beruas tercinta, terlampau banyak kenangan manis yang terukir disini tak mampu untuk aku lupakan sampai ke dunia yang satu lagi...


Jom BALIK!

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH