Kalamullah

Kalamullah

Thursday, September 2, 2010

Kursus di bulan Ramadhan

Dah lama sangat aku tak mengisi apa-apa ke dalam blog kesayangan aku ni. Bukalah aku terlampau sibuk sehinggakan tak ada masa untuk melakukan sesuatu. Masa itu sentiasa ada sahaja, tetapi mungkin aku sendiri yang malas untuk melakukan sesuatu. lebih selesa merumitkan kepala memikirkan sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Selalu sangat suka memeningkan kepala aku yang dah semakin botak ni. 


Hahahaha.. dah mula nak merepek dah.. nak dijadikan cerita pada bulan ramadhan tahun ni jadual aku terlampau ketat sikit. dari minggu pertama ramadhan sampai ke minggu lepas 26 Ogos 2010, aku kena menghadiri kursus Induksi pengesahan jawatan aku, kursus wajib ni, kalau reject sure tak sah jawatan. 2 minggu penuh berkampung di Memorial Tun Abdul Rahman... sampai menongkat dagu mendengar ceramah yang kadang-kadangh aku sendiri pun tak dapat menerima tahap kepatriotikkannya. Tapi apakan daya aku hanya seorang penjawat awam biasa, nak ke tak nak aku kena ikut lah jugak. Tapi gaya penampilan diri tak nak lah nampak gomen sesangat.. membosankan.


 gaya tak macam penjawat awam pun!

Sepanjang 2 minggu berkursus ni, emosi dan fizikal badan memang tak sekata, memenatkan sangat dari jam 8 pagi sampai ke 5 petang termasuk Sabtu dan Ahad. Tentu sahaja aku sendiri tak ada masa untuk bersama dengan kawan-kawan aku yang tak berapa ramai itu. Manakan tidak sampai ke rumah jam 11 malam setiap hari, memang sure aku terlentang atas tilam. 

Bila dah berkursus ni maka ramailah kawan-kawan baru yang aku dapat kenal dan belajar dari dia orang semua, 104 peserta tentu sahaja pelbagai karenah dan perangai yang berbeza dan pelik-pelik. 

Satu persoalan yang baru-baru ni terjawab dalam fikiran aku iaitu kenapa kursus induksi ni dibuat di Bulan Ramadhan dan dibuat di pejabat (lembah Kelang)

1. Kerajaan Malaysia (Kementerian Kerja Raya) dah kekurangan budget untuk buat kursus di resort lagi.
2. Nak memudahkan urusan pentadbiran urusetai dan peserta kursus. Hanya perlu menyediakan makanan untuk berbuka puasa sahaja, itu pun nasi sikit, lauk ayam atau ikan dan sayur kobos goreng yang dah basi (sedapkah???)

Tak apalah asalkan semuanya selesai berkursus dan cepat-cepat disahkan jawatan, nanti boleh keluarkan duit KWSP secepat mungkin, boleh buat down-payment untuk umah ke dua pulak. bestnyer lepas ni boleh dapat rumah bawah pulak, dah bosan duduk rumah tinggi ni.

Selepas 14 hari berkampung bersama 104 yang lain tamatlah sudah kursus yang terpanjang sepanjang aku berkhidmatan sebagai penjawat awam setakat ini. Segala kenangan yang wujud akan aku kenang sampai bila-bila. 

Gambar kat bawah ni team semasa kursus pengenalan tempoh hari, bertemu kembali semasa kursus induksi ni pulak, perangai masing-masing still tak berubah lagi.. gila-gila dan kelakar ya amat.


Setiap hari kena menyanyi lagu yang aku tak suka, tapi akhirnya aku hafal jugak... lagu Negaraku tercinta dan lagu warisan Sudirman Hj Arshad.


Entah lah dekat mana yang silapnya aku sendiri pun tak tahu, aku rasa bahasa omputih aku memang berterabuh gila, grammar entah ke hapa-hapa entah, spelling macam haram... tetiba ajer nama aku dinobatkan sebagai penerima best public speaking.. macam mana tu.. terima aje lah dah ada orang nak bagi anugerah.. yahoo!


Terima kasih pasukan Kuih Sarang Semut : Arif, Ku Amir, Zaki, Nashriq, Khairul Faizi, RCM, Dayang Saleha, Fiza, Intan, Chak, Aku, Nani... korang semua memang best sekali walaupun umur dah dekat 30.

Pose paling menarik sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan tahun ini.. pose mantap dibalik tugu peringatan Tun Abdul Rahman... credit untuk en. syahree kerana pandai mengedit gambar..



Selamat berkonvo semua.. cheers!


No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH