Kalamullah

Kalamullah

Friday, September 3, 2010

Iftar @ KGPA






Asalammualaikum Semua,

Seperti yang diwar-warkan petang semalam, aku berkesempatan untuk beriftar bersama dengan rakan-rakan sekantor aku di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Bukit Kiara, Dah lama tak makan ramai-ramai macam ni, dalam ramai-ramai yang datang cuma aku seorang sahaja yang masih bujang trang tang tang dan masih mencari-cari, nasrul dah ada koleksi 3 anak, reduan dah ada dua dah, nizan dah ada uda, syahreen dah ada sorang taufik pulak nak masuk tiga. Aku bini pun tak ada lagi.

Ape-pun semalam makan-makan sesion ni memang enjoy betul walaupun aku dan nizan sampai lambat ke sana, but still masih masih belum terlambat untuk merebut makanan.. macam biasa lah manusia punyalah ramai, tapi disebabkan KGPA ni besar makan tak nampaklah sangat ramainya orang yang datang. makanan pada aku biasa-biasa sahaja, berbaloilah jugak dengan RM52.80.

Alhamdulilah aku amkan tidak banyak mana, mungkin kerana beringat yang badan aku semakin membesar dan memboroi. Hahahahah nak buat macam mana nawaitu sahaja besar tapi usaha sebesar kuman ada hati nak badan macam Brader Askar. 

Seronok rupanya ada anak ni, best! itu yang aku dapat cakapkan..... nak ada anak jugaklah! memang seronok kalau ada anak seramai ni kan.




Ini sebahagian hasil kerja aku malam tu, melaram dengan baju baru.. tak tahu dimana silapnya kenapa aku beli baju warna terang tahun ni.... apapun aku suka dan selesa
  






Yang ni pulak gambar ketika beramai-ramai, macam-macam kaeranah dan perangai budak-budak. paling tak disangka, dalam diam-diam rupanya si taufik ni bakal menambah cahaya-mata dah. tahniah taufik.. anak ayah hero!

Semua yang hadir semalam, Hasmidi, Nizan & family, Taufik & family, Reduan & Family, Nasrul & Family and aku yang berbaju maroon. Ni gambar pemula sesi bergambar beramai-ramai.

Pose terakhir sebelum pulang, terima kasih nizam sebab bawak kamera mahal dan sudi menjadikan aku sebagai sebahagian daripada bahan eksperimen..

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH