Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, September 8, 2010

Iftar di Rumah Wong a.k.a Dugong

Minggu lepas sedang sibuk mentelaah kerja-kerja yang bertaburan atas meja, aku mendapat jemputan daripada kak T dan Nurul untuk pergi berbuka puasa di rumah Ustaz Dugong di TTDI Shah Alam. Beria-ia Kak T dan Nurul nak ajak pegi sekali. maka aku pun dengan rela dan terbuka hati pun setujulah untuk join sekali. Sudahnya cuma aku sendiri yang pergi ke sana tak ada sapa-sapa pun yang jon, sampai sana terjumpa kawan-kawan lain yang aku kenal antaranya Izuan Wan Danau Murni, Lapore, Rahim, Bob, MiG dan AIsyah.. yang lain-lain pun aku tak beberapa nak kenal. Syukur akhirnya aku sampai jugak ke rumah ni untuk kesekian kalinya.

Untuk majlis berbuka puasa hari tu , Dugong dan isteri masah nasi bukhara, memang sedap dimakan dengan kurma daging lembu dan masak merah ayam... ada pulak pelbagai pencuci mulut... alhamdulilah murah rezeki dia dan keluarga. Sayangnya malam tu aku tak dapat join diaorang semua mengerjakan solat terawih berjemaah atas sebab aku ada urusan yang kena selesaikan di Kuala Lumpur terlebih dahulu. so sebelum isyak aku dah berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Seterang-terangnya aku ni agak kagum dengan Dugong ni. belajar hebat kerja pun hebat .Rumah dia pulak bukannya sembanrangan kalau nak dibandingkan dengan aku, ruamh di TTDI Shah Alam. Dia bekerja dalam bidang oil and gas. Yang paling penting aku kenal dia daripad a dunia outdoor ni, dia memang otai, senang cerita dia ni tempat terbaik untuk berguru dalam bidang ni. dia ni memang tak kedekut ilmu langsung. Kalau lepak dengan dia sure banyak benda yang dapat dipelajari. dia ni seorang coach and motivational jugak. pengalaman mendaki dengan dia ke Gunung Semeru di Surabaya memang banyak mengajar aku kepada benda-benda yang aku tak pernah ambil tahu sebelum ni.

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH