Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, September 28, 2010

Maafkan Saya

Asalammualaikum bintang-bintang
Buah Cempedak Di Luar Pagar 
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

Bila aku bersuara belum tentu ada yang suka, aku telah kebal dengan semua itu
ini rumah aku, aku bebas untuk buat apa sahaja,
kalau Tuan Hamba tak suka jangan ambil peduli!
Rumah ini lebih lama dari mengenali Tuan Hamba...
terima kasih diatas peringatan!

Luka di tangan nampak berdarah, luka dihati siapa yang tahu

Monday, September 27, 2010

Ramadhan Kareem

Salam to all visible readers, kelmarin lalu aku melalui pengalaman 5 hari berada di kampung sambil melalui bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, bersahur dan iftar bersama ayah dan bonda tersayang dan terhebat merupakan antara kenangan terbaik dalam hidup aku.  Keseluruhannya satu keseronokan yang aku sendiri tak pernah kecapi selama  ini. Sesungguhnya aku tidak pernah merasa ketenangan seperti ini dalam hidup aku, syukur aku masih dapat melalui semua ni pada ramadhan kali ini (dah mula nak merapu ni.....)

Kisah dimulakan dengan saat yang begitu menenangkan selepas solat terawih melalui laluan FT07 dari Kuala Selangor menuju ke Teluk Intan dan seterusnya memasuki FT03 hingga melewati Bandar Seri Manjung. Dan akhirnya seawal jam 4 pagi aku berjaya mencium pipi ayah dan ibu. 2 bulan tidak pulang ke kampung sudah cukup lama aku rasakan. tanpa ku sedari ketika itu juga air jernih mengalir keluar dari kelopak mataku pabila melihat tubuh badan ayahku yang semakin susut, berbeza benar dengan seperti kali terakhir aku lihat 2 bulan yang lalu. Maknanya betapa lama aku tidak pulang ke kampung, pasti terlalu banyak saat sukar yang terpaksa ayahku tempuhi.

Dan dengan nawaitu itu lah, aku nekan untuk bersama-sama dengan ayah dan bonda sepenuhnya kali ini. aku akan sempurnakan mana yang kurang dan tambahkan mana yang  patut.Alhamdulillah mungkin tak sesempurna mana, tetapi aku benar-benar berpuas hati... 

Aku sayang sangat mak dan ayah aku dunia dan akhirat... betul cakap orang bila bila kita semakin susah dan melalui saat-saat sukar baru kita akan ingat pada orang yang sayang pada kita.. itu silap aku dan aku sendiri tak mahu ulang lagi apa yang aku dah silap.

Masa cuti dikampung ni aku banyak menamani dan membantu ayah dan ibu aku dikebun sambil memetik hasil sayur-sayur yang ditanam... dah lama aku tak datang kesini, sedap sungguh pabila dapat menghidu bau hutan dan embun pagi.... (mesti korang semua tak tahu macam mana bau hutan kan?)


Kebun @ dusun ayah aku ni terletak berhampiran  dengan Hutan Simpan Gunung Bubu, ayah aku tanam macam-macam pokok buah-buahan kat sini durian, rambutan, manggis, langsat, pulasan, dukong, salak, kelapa sawit, buluh rebung, rambai dan juga pokok $$$ Teja. ayah tanam untuk anak-anak dan cucu-cucu makan..... disini ayah aku  ada membela seekor anjing kurap, juga bukan untuk suka-suka sebagai perhiasan macam bela kucing tapi mdemi menjaga ketenteraman kebun daripada gangguan makhluk macam babi dan monyet hutan.

Mak aku pula tanam pokok sayur seperti  babe ailan, sawi, lobak putih dan juga bayam.. tak ketinggaan makanan kegemaan aku jeruk maman. sebab tulah family aku jarang-jarang sekali nak membeli sayur-sayur dipasar. kalau membeli pun mungkin sayur yang tak boleh ditanam seperti kobis dan bunga kobis serta juga brocoli.

Dulu ayah aku ada menternak lembu disini yang mana sebahagian dari lembu tersebut adalah dimodalkan oleh aku sendiri. lembu-lembu ni dibela oleh abang ipar kau sendiri. tapi mungkin bukan rezeki kami. biz lembu ni tak menjadi.. banyak yang mati adari yang hidupu, sudahnya lembu tu dipindahkan kepada orang lain untuk dijaga. alhamdulillah lembu-lembu ni mula meromen-romen dan beranak pinak.. senyum $$$$ 

Ayah aku seorang yang berpandangan jauh.. banyangkan dari seorang pesawah padi biasa yang tak punyai apa-apa harta dapat memebsarkan kami semua 9 adik beradik sampai sekarang ni bapak aku tak kerja dan walaupun tak kerja income ayah aku tak kurang dari 5 K setiap bulan. kalah gaji aku yang belajar tinggi-tinggi ni. .

Ayah aku ni suka membaca, banyak sangat surat khabar dan buku-buku ilmiah yang ayah aku ebli kat rumah. ayah aku cukup minat dengan isu semasa dan politik, ayah aku tidak pro ke mana-mana pihak tetapi ayah aku cukup tak suka kepada ketidakadilan.... so korang boleh pikirlah belah man yang ayah aku sokong.

  ayah
 mak
 ayah marahkan mak

Mak aku pula seorang yang sangat cekal, penyabar dan paling penting hobi suka berleter.. dengan leterannya itulah aku hidup senang sekarang ni... terima kasih mak, anak mak sayang sangat kat mak..


 kata ayah dia nak tanam kat sini lagi 100 pokok sawit 
untuk tambah aset kepada anak cucu dia... mana tau kot-kot dalam
ramai-ramai mungkin ada yang perlu

Sebelum balik kerumah untuk tidur dan seterusnya sesi membantu ibu untuk masak memasak.. aku, mak dan ayah sempat menghiburkan hati dengan mandi dilata berhampiran dengan kebun ayah aku.. sejuknya air hutan... tenang dan menghiburkan... bunyi unggas dan pepohon bersatu... rasa macam tak nak balik dah.... 



mak skodeng ayah



Alhamdulillah walaupun pada usia 70 tahun manakala mak aku pula dah hampir 65 tahun tetapi masih kuat dan bertenaga. insyallah aku akan berkorban aku untuk memastikan kesempurnaan mak dan ayah aku... itu niat dan azam aku, yang lain ddah bekeluarga, tak apalah aku galas tanggungjawabnya.



Pekan Koboi beruas telah banyak yang berubah... macam lagu zaman dulu-dulu yang selalu keluar kat tv1... 


Kampungku sudah berjaya
ada jentera ada kereta proton saga
sawah padi menguning
majulah kampungku


 Lama dan baru

 Pembangunan untuk perut orang-orang BN dan UMNO.. kami merasa ke?

 belakang "market" 

modenisasi menghambat orang-orang disini untuk terus bangit berusaha keras... dulu air tebu satu 50 sen sekarang dah 1 ringgit. dulu ada bas loncat-loncat sekarang dah tak ada sebab ramai yang dah mampu beli kereta sendiri.

Yang kuat dan rajin akan terus kedepan.. yang malas ketinggalan dibelakang...

Semakin hari semakin sayang aku dengan keluarga aku dan beruas tercinta, terlampau banyak kenangan manis yang terukir disini tak mampu untuk aku lupakan sampai ke dunia yang satu lagi...


Jom BALIK!

Lewat Semesta

Terasa ke sum-sum tulang...


video

Satu kata bertulis cinta
telah merasukiku
tak berwujud, tak tersentuh hanya ku rasa 
 
dan jika wujud dan menjelma pada sebentuk hati
bukankah itu amanah dari yang kuasa
menjaganya - menjaganya

Wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan
giu gini berbatin-batin
mendengarkan hasrat dijiwa
oh tuhan pertemukan aku 
sebelum hatinya kaku

  dan jika wujud dan menjelma pada sebentuk hati
bukankah itu amanah dari yang kuasa
menjaganya - menjaganya

Wahai insan yang di sana
mungkin saja ini kau dengar
melewati semesta ini
aku sampaikan
giu gini berbatin-batin
mendengarkan hasrat dijiwa
oh tuhan pertemukan aku 
sebelum hatinya kaku


melayan perasaan terus!

BENGONG!



Kenapalah ada manusia BENGONG macam ni....

8:48 pagi, September 2010
Hahahaha... at least sy x kena tipu lg..thks... biler kita tipu akhirnya org tau jua.. tu penting jujur... itu sebaba aku reject kau...
8:53 pagi, September 2010
U r welcome... x payah susah2 nk tunjuk baik dgn aku... 2 tahun di tipu... kita bole kwn lg tp sekadar kwn biasa yg tx perlu share person story masing2. X baik putus kwn... dosa kan

Seronok sungguh pagi ni mendapat message ni..... manusia bila hati dah bercampur dengan darah kotor busuk... apatah lagi bercampur dendam kesumat... akan buat apa sahaja untuk jatuhkan orang lain.... itulah manusia... mudahan aku tak termasuk ke dalam golongan macam ni... amin

Monday, September 20, 2010

Baru balik!

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua.


Aku baru pulang dari bercuti beraya di kampung selama seminggu.. dan tentu sekali perlukan masa untuk recover semula... banyak sangat yang ingin dikonsikan.;. terlampau banyak.... heheheh

mencari perasaan dan emosi yang semakin menghilang

mudahan nanti bertemu...

Wednesday, September 8, 2010

Iftar di Rumah Wong a.k.a Dugong

Minggu lepas sedang sibuk mentelaah kerja-kerja yang bertaburan atas meja, aku mendapat jemputan daripada kak T dan Nurul untuk pergi berbuka puasa di rumah Ustaz Dugong di TTDI Shah Alam. Beria-ia Kak T dan Nurul nak ajak pegi sekali. maka aku pun dengan rela dan terbuka hati pun setujulah untuk join sekali. Sudahnya cuma aku sendiri yang pergi ke sana tak ada sapa-sapa pun yang jon, sampai sana terjumpa kawan-kawan lain yang aku kenal antaranya Izuan Wan Danau Murni, Lapore, Rahim, Bob, MiG dan AIsyah.. yang lain-lain pun aku tak beberapa nak kenal. Syukur akhirnya aku sampai jugak ke rumah ni untuk kesekian kalinya.

Untuk majlis berbuka puasa hari tu , Dugong dan isteri masah nasi bukhara, memang sedap dimakan dengan kurma daging lembu dan masak merah ayam... ada pulak pelbagai pencuci mulut... alhamdulilah murah rezeki dia dan keluarga. Sayangnya malam tu aku tak dapat join diaorang semua mengerjakan solat terawih berjemaah atas sebab aku ada urusan yang kena selesaikan di Kuala Lumpur terlebih dahulu. so sebelum isyak aku dah berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Seterang-terangnya aku ni agak kagum dengan Dugong ni. belajar hebat kerja pun hebat .Rumah dia pulak bukannya sembanrangan kalau nak dibandingkan dengan aku, ruamh di TTDI Shah Alam. Dia bekerja dalam bidang oil and gas. Yang paling penting aku kenal dia daripad a dunia outdoor ni, dia memang otai, senang cerita dia ni tempat terbaik untuk berguru dalam bidang ni. dia ni memang tak kedekut ilmu langsung. Kalau lepak dengan dia sure banyak benda yang dapat dipelajari. dia ni seorang coach and motivational jugak. pengalaman mendaki dengan dia ke Gunung Semeru di Surabaya memang banyak mengajar aku kepada benda-benda yang aku tak pernah ambil tahu sebelum ni.

Final Iftar @ KL





Hari ni berbuka dengan one of kawan terbaik yang saya penah kenal, sudah hampir 5 tahun aku mengenali dia.. macam-macam yang terjadi dan hingga kini dia masih lagi teman saya... bila susah saya bagitau dia, bila gembira aku lupakan dia. tapi dia tak pernah lupakan saya..... terima kasih.... insyallah hubungan akan terus bertambah baik. 

Iftar hari ini akan bersama-sama di Kenny Rogers Roaster di Concourse Mid Valley Megamall, reservation dah buat dah. Aku memang minat betul dengan ayam panggan dia, walaupun mahal sikit tapi tak apa berbaloi makan sebab sedap dan berkhasita... senang cerita diet yang amat lengkap sekali.

Tak puas hati!


Kalau nak cakap aku ni tak berotak, tak berakal dan gila. Tapi rasanya aku ni masih waras dan berakal fikiran. Bukan aku ni kedekut ataupun kemut nak mampus..  tapi sebab aku rasakan itu hak aku... memang aku perasan yang sememangnya kau memang nak merampas perniagaan ni yang sama-sama kita jalankan dan kau ingin menjadi bos. harus kau ingat pernigaan ni kita buat sama-sama. kita sama-sama keluarkan modal.

Itulah yang terjadi kat perniagaan pendidikan yang aku dah aku jalan kan bersama dengan rakan kongsi perniagaan aku, pada awal permulaan perniagaan ni semuanya berjalan lancar. yelah awal-awal semasa tak ada lagi keuntungan tapi bila dah mula dapat duit ni mulalah nak tunjukkan taring.

Keuntungan yang pertama dan kedua dia nak extra RM300 sebab katanya keja dia banyak daripada aku. Mungkin masa tu aku rasa bodoh sangat. Aku pun setujulah padahal masa tu aku tak happy dan ikhlas langsung bagi pada dia. Now mana boleh dia dapat almost 80% extra daripada aku. 

So semalam aku berkeras nak semua profit dibahagi sama rata 50-50. akhirnya aku dapat apa yang aku nak. alhamdulilah.... aku ni kuat sebenarnya mungkin sebab kerana aku ni penakut sahaja. Aku kena kuat... kalau tak kuat sure aku kena pijak kepala...

Reunion KUiTTHO'rians

Salam kepada pembaca semua yang aku sayangi sangat-sangat walaupun ramai yang aku sendiri tak tahu dan tak kenal langsung... Alhamdulillah semakin seronok saya melalui bulan Ramadhan pada tahun ini. Banyak peristiwa dan perkara baru yang terjadi kepada diri aku dan sesungguhnya ianyanya menjadi pengaran dan teladan yang terbaik untuk diri aku terus bertahan dipaksi yang penuh dengan pancaroba ni. insayallah dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada diri aku ini akan aku terus maju kehadapan... segala kelemahan, aku jadikan kekuatan..... amin

Just nak berkongsi sedikit kenangan ber'iftar' bersama-sama dengan bekas teman sekolej aku di KUiTTHO, Batu Pahat dahulu. Ini merupakan gathering berbuka puasa kali kedua yang sempat aku join diaorang semua. Yang rata-rata dihadiri oleh budak-budak kejuruteraan awam am, bangunan dan budak kayu sendiri, aku sendiri dari budak kayu. Tahniah pada organizer Cik Irni yang berjaya organize event ni dengan jayanya dari setahun ke tahun tanpa penah gagal sekalipun. So gathering kali ni memang meriah sungguh, ramai yang hadir siap bawak anak, bini, suami dan couple masing-masing lagi. Aku masih macam dulu sorang sahaja. Tak silap aku dekat 28 orang yang hadir ke paku cafe dan restaurant di Taipan 2, Ara Damansara ni. makanan not bad boleh tahan lah jugak.... sesuai sangatlah dengan RM30 yang dikenakan tu... banyak italini dan mat salih food yang diservekan.. memang kena sangatlah dengan selera aku. 


Selamat menikmati gambar-gambar yang aku dah tapis ni untuk tatapan korang semua ....

 

Yang ni gambar yang paling aku suka sekali, gambar budak-budak kelas aku yang hadir malam tu... seronok sungguh sebab dapat bertemu ramai yang dah lama tak jumpa... antara yang paling lama tak jumpa fara diba dan talib... fara dah ada anak dah hasil buatan Nik Arif dan talib still macam tu lagi.. bujang sama macam aku jugak.

Posing maut budak-budak BQW : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kejuruteraan Perkayuan) L to R : Budak Botak, Noraini Naseran (dia ni kira antara budak kelas aku yang terlaku sekali lah, ramai betul peminat dia, akhirnya sapa sangka jadi milik Dud Saifuddin), Nor Eriya Mat Rani( Mengajar kat Politeknik Sabak Bernam dah kawin dengan Azri), Farah Deba Ayeop (awal-awal lagi dah menamatkan zaman bujang dengan nik arif), Wahida Mohd Nor (Nak kawin dah hujung tahun ni dengan mamat dari geng kenari jugak), Talib Abdul Rahman (dah explain kat bawah ni) dan Edi Shahril Kamal (budak kelas aku geng taman teratai jugak, sekarang mengajar di Politeknik Kota Kinabalu - dan dah mula panjat gunung-gunung)




Geng-geng Taman Teratai.. L to R :

Taufik, Budak seremban kelas BQA, serumah pulak dengan edi sahril dan Talib. Dulu semasa zaman belajar fizikal bdannya sungguh sihat walafiat sekarang ni sapa sangka kacak bergaya.. dan dah mendirikan rumah tangga dah.. alhamdulillah keja pulak dengan kompeni besar TH Properties di Senawang.... dah 5 tahun aku tak jumpa dengan dia..

BotaK: tak perlu diperkenalkan lagi... empunya beloog ni! 


Talib Abrul Rahman: kawan sekelas dengan aku, budak kelas aku tak ramai yang lelaki.. kira dia ni antara kawan aku yang terapatlah walaupun jauh dilubuk hati aku tak selesa sungguh dengan perangai dia... dia ni orang jerantut, sepupu kepada Abidah budaks ekelas aku jugak.. apa pun dulu dia ni banyak yang menyusahkan daripada menguntungkan.... masih lagi bujang dan sekarang ni bekerja di Tampin buat keja Infra. Yang paling penting muka langsung tak berubah.. maintain muda. 


Besut: Nama penuh dia Norakmal Bin Awang, kenapa panggil dia Besut sebab dia datng dari Kuala Besut..kampung Nelayan.. satu rumah dengan aku dari tahun satu sampai tahun akhir... perangi dia ni pendiam nak mampus dan tak suka kacau hal orang lain.. muka gila baik tapi sapa sangka kisah hidup dia lebih kurang macam aku jugak... sedih!. jadi cara dia nak release kan tension dengan dengar lagu-lagu ganas dan keras..... minat gila dengan game2 mission counter strike.....





terlampau banyak yang ingin dicoretkan dan dikhabarkan... masa yang sesingkat ini pasti tak sempat kan.. cukuplah dengan mengambil no telefon untuk terusan berhubung...

Dalam pada terlena mengharap pada yang tak sudi sapa sangka datang yang lain menyerikan kehidupan, alhamdulillah semakin terasa nikmat hidup


Geng-geng yang stylo pada zaman belaja dulu. kecuali saya lah sebab saya menumpang bergambar dengan dorang saja...L to R : Poji, Budak Botak, Irni Organizer, Syikin dan Mama Rina... dorang ni dari zaman bujang sampai ke sekarang ni maintain jer badan selim melim... tak de pening kepada nak buat kuruskan badan ke apa ke... heheheh rezeki badan cantik lah katakan.. kesian kat poji sebab baru baik dari demam campak.. muka penuh dengan parut campak, sabarlah yeop!




Ni pic pertama yang berjaya dirakamkan setelah aku berjaya mendapatkan lokasi tempat duduk yang paling sesuai untuk bergambar, hanya aku seorang sahaja yang beria-ia kacak berbaju melayu bewarna biru... yang lain mengamalkan pakaian rasmi orang moden. Ni keseluruhan table panjang yang diwarnai oleh budak-budak KUiTTHO


Dah tak tahu apa lagi yang diceritakan lagi... cukuplah dengan yang aku dah ceritakan, biarlah gambar sendiri yang bercakap.

Monday, September 6, 2010

Selepas 3 Tahun

3 tahun aku menyimpan diri, jiwa dan perasaan aku untuk dia, terlampau banyak masa, usia, $$$, dan segalanya untuk dia tapi sudahnya aku still tak dapat apa-apa, beribu kali peluang aku berikan dan sudah habis segala daya... aku tak mampu untuk melawan takdir yang maha kuasa... akhirnya aku pasrah pada suratan takdir... aku akan lupakan mu, aku akan luputkan segala ingatan yang lalu... aku akan bermula semula, aku takkan berpatang ke belakang lagi

Friday, September 3, 2010

Welcome Shawal


Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum ramadhan yang indah ini akan meninggalkan aku, entah tak tahu sempat lagi atau tidak untuk aku mencium baunya tahun depan. Aku masih lalai dan alpa seperti dahulu... tak ada banyak yang berubah, masih lagi terkapai-kapai dalam mencari arah perjuangan kehidupan. entah sampai bila pun aku tak tahu.... aku doa mudahan aku masih dapat merasa nikmat ramadhan lagi.

Iftar @ KGPA






Asalammualaikum Semua,

Seperti yang diwar-warkan petang semalam, aku berkesempatan untuk beriftar bersama dengan rakan-rakan sekantor aku di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Bukit Kiara, Dah lama tak makan ramai-ramai macam ni, dalam ramai-ramai yang datang cuma aku seorang sahaja yang masih bujang trang tang tang dan masih mencari-cari, nasrul dah ada koleksi 3 anak, reduan dah ada dua dah, nizan dah ada uda, syahreen dah ada sorang taufik pulak nak masuk tiga. Aku bini pun tak ada lagi.

Ape-pun semalam makan-makan sesion ni memang enjoy betul walaupun aku dan nizan sampai lambat ke sana, but still masih masih belum terlambat untuk merebut makanan.. macam biasa lah manusia punyalah ramai, tapi disebabkan KGPA ni besar makan tak nampaklah sangat ramainya orang yang datang. makanan pada aku biasa-biasa sahaja, berbaloilah jugak dengan RM52.80.

Alhamdulilah aku amkan tidak banyak mana, mungkin kerana beringat yang badan aku semakin membesar dan memboroi. Hahahahah nak buat macam mana nawaitu sahaja besar tapi usaha sebesar kuman ada hati nak badan macam Brader Askar. 

Seronok rupanya ada anak ni, best! itu yang aku dapat cakapkan..... nak ada anak jugaklah! memang seronok kalau ada anak seramai ni kan.




Ini sebahagian hasil kerja aku malam tu, melaram dengan baju baru.. tak tahu dimana silapnya kenapa aku beli baju warna terang tahun ni.... apapun aku suka dan selesa
  






Yang ni pulak gambar ketika beramai-ramai, macam-macam kaeranah dan perangai budak-budak. paling tak disangka, dalam diam-diam rupanya si taufik ni bakal menambah cahaya-mata dah. tahniah taufik.. anak ayah hero!

Semua yang hadir semalam, Hasmidi, Nizan & family, Taufik & family, Reduan & Family, Nasrul & Family and aku yang berbaju maroon. Ni gambar pemula sesi bergambar beramai-ramai.

Pose terakhir sebelum pulang, terima kasih nizam sebab bawak kamera mahal dan sudi menjadikan aku sebagai sebahagian daripada bahan eksperimen..
REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH