Kalamullah

Kalamullah

Thursday, August 19, 2010

Aset Baru Saya

Salam pembaca semua,

Dulu aku teringin sangat nak ada kamera, then aku beli satu kamera kompak biasa semasa PC Fair pada tahun 2007 jenama PENTAX tapi tak tahan lama sebab aku cuai dan kamera tu rosak sampai ke hari ini. Hantar ke kedai untuk dibaiki tapi ta berbaloi, kos nak baiki boleh beli kamera baru. Dan kemudiannya bermulalah edisi aku kurang gambar, sebab kamera tak ada.. hanya mengharapkan kamera daripada orang lain sahaja... dan kadang-kadang aku sendiri terpaksa meminjam kamera orang lain untuk kegunaan peribadi aku.. kadang-kadang kamera elin, kamera opis, kamera shashim dan juga tidak ketinggalan kamera zaidi.

Cukuplah zaman pinjam meminjam, banyak sangat aku terhutang budi dengan orang nanti. tak syok lah pulak. so pada PC Fair yang lepas aku mengambil kesempatan ke sana untuk mendapatkan kamera, niat nak dapatkan NIKON D3000, harganya baru cuma RM1500 siap dapat macam-macam gift lagi. tapi bila fikir-fikir balik aku ni jenis tak suka nak bimbit barang banyak-banyak, suka atau tidak suka kenalah aku cari kamera kompak yang biasa yang senang-senang masuk dalam poket. and finallya aku jumpa yang ni dan harganya pun bersesuaian dengan budget yang aku ada... so akhirnya kini aku dah ada kamera sendiri kawan2.


Kamera yang aku ada sebijik macam ni.. im hepi now!,
kembali banyaklah gambar aku lepas ni

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH