Kalamullah

Kalamullah

Thursday, August 19, 2010

Aset Baru Saya

Salam pembaca semua,

Dulu aku teringin sangat nak ada kamera, then aku beli satu kamera kompak biasa semasa PC Fair pada tahun 2007 jenama PENTAX tapi tak tahan lama sebab aku cuai dan kamera tu rosak sampai ke hari ini. Hantar ke kedai untuk dibaiki tapi ta berbaloi, kos nak baiki boleh beli kamera baru. Dan kemudiannya bermulalah edisi aku kurang gambar, sebab kamera tak ada.. hanya mengharapkan kamera daripada orang lain sahaja... dan kadang-kadang aku sendiri terpaksa meminjam kamera orang lain untuk kegunaan peribadi aku.. kadang-kadang kamera elin, kamera opis, kamera shashim dan juga tidak ketinggalan kamera zaidi.

Cukuplah zaman pinjam meminjam, banyak sangat aku terhutang budi dengan orang nanti. tak syok lah pulak. so pada PC Fair yang lepas aku mengambil kesempatan ke sana untuk mendapatkan kamera, niat nak dapatkan NIKON D3000, harganya baru cuma RM1500 siap dapat macam-macam gift lagi. tapi bila fikir-fikir balik aku ni jenis tak suka nak bimbit barang banyak-banyak, suka atau tidak suka kenalah aku cari kamera kompak yang biasa yang senang-senang masuk dalam poket. and finallya aku jumpa yang ni dan harganya pun bersesuaian dengan budget yang aku ada... so akhirnya kini aku dah ada kamera sendiri kawan2.


Kamera yang aku ada sebijik macam ni.. im hepi now!,
kembali banyaklah gambar aku lepas ni

Tuesday, August 17, 2010

Selamat Hari Lahir Mohd Suhaimi Azit

Salam pembaca budiman, Maafkan saya kerana sudah terampau lama tidak updatekan blog ni!

Selamat Hari Lahir ke 29, Mohd Suhaimi Azit

Asalammualaikum, Dah tua rupanya aku, tak sedar-sedar umur aku dah 29 tahun, sikit lagi dan nak masuk kelab 30 (kelab orang tua). Tetapi masih banyakjlagi perkara dan impian yang belum lagi aku capai dalam hidup aku. Karier, kasih dan sayang, emosi, perasaan, keluarga dan naluri aku sendiri serta tidak ketinggalan kehidupan sosial aku sendiri.

Namun aku sendiri tak mampu menahan ketentuan dan takdir tuhan yang maha kuasa, kalau dulu aku punyai ramai teman hinggakan aku sendiri tidak punyai masa untuk diri aku sendiri, setiap malam kesana kesini dengan aktiviti macam-macam. hari sabtu dan ahad aku masuk kedalam hutan trekking sana dan kesini dan malam pula sibuk keluar dengan kawan-kawan. Dan tidak dinafikan pada usia aku 27 tahun barulah aku tahu apa itu karaoke dan bowling. Naifnya aku kan. banyak sangat perkara yang aku tak dapat gapai dulu kini aku berjaya rasa. Tapi kini semuanya telah tiada, aku kembali seorang diri seperti usia aku sebelum 25 tahun. terima kasih tuhan mengizinkan aku merasai semua itu.

Biasalah tak selamanya langit akan sentiasa cerah, sampai masanya hujan akan turun jugak. dan hujan kini turun dengan lebat tanpa henti-henti. aku basah lenjun terduduk diam tak boleh bangun lagi. Bukan aku tak mahu bangun tetapi kerana setiap kali aku cuba bangun pasti aku akan jatuh semula. Hummm! sememangnya aku sendiri pun dah penat sangat rasanya. kadang-kadang aku sendiri amat kagum dengan en. zaidi sedang usia dia menjangkau usia 40 tahun. tetapi segala kebahgiaan dan ketenangan menyebelahi dia, aku cuba buat apa yang dia buat sebagai petunjuk, tetapi aku gagal juga.. indah aku rasa cuma sekejap sahaja..kini aku semakin malas untuk berubah, aku lebih suka begini. makan gaji dan berusaha untuk berubah, tetapi bagaimana nak berubah sedangkan teman tidak ramai mana pun... satu soalan yang aku sendiri tidak mampu untuk menjawab

Terima kasih en. Zaidi sebab mengajar pada aku tentang erti hidup sepanjang 3 tahun ni. dunia ni plastik, penipuan, dan penuh dengan lakonan kan! alangkah indahnya kalau aku dapat mati ketika ini. Dulu orang yang baik untung, tapi sakarang terbalik orang yang jahat yang sungguh beruntung.


Baju t-shirt putih Jeep ni pulak pemberian Elin kawan baik aku dipejabat, satu-satunya kawan aku yang tahu kisah silam hidup aku, mudahan tuhan memmurahkan rezeki dia di dunia dan diakirat.


Perfume Carolina Harrera pemberian En. Zaidi,
Pemberian dia yang terakhir dalam hidup aku, selepas tiga tahun mengenali dia, ini yang dia berikan kepada aku sempena hari lahir aku.. sampai ke hari ini aku tak gunakan lagi perfume ni. Bukan aku tidak mahu tapi tak layak rasanya untuk merasai semua ini, bukan taraf aku.... cukuplah one drop perfume yang aku pakai!


Baldish Kaur & Cikgu Suhaimi
Hari lahir kami masing-masing jatuh pada hri yang sama. Baldish anak murid saya umurnya baru sahaja 13 tahun dan aku pula telah separuh usia. Mudahan dia mencapai mengecapi apa sahaja yang dia impikan dan idamkan, perjalanan hidupnya masih jauh lagi.. amin

notakkakiku:
1. Terima kasih pada elin dan zaidi yang telah memberikan gift kat aku, aku hanya mampu mengucapkan terima kasih yang tak terhingga.. mudahan tuhan sahaja yang membalas budi dan baik korang..
2. Terima kasih pada Cikgu Dilip dan Cikgu Tan sebab sudi selebrate besday aku sama dengan besday anak murid aku sekali, kek coklat memang sedap apatah dimakan beramai-ramai.
3. Untuk rakan-rakan di Widuri Impian yang aku mohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, semuanya salah dan silap aku sendiri... aku undur diri. aku tak mahu lagi perkara ni berlaku lagi, aku tak mahu lagi dikatakan bermasalah, buat masalah dan bersalah dalam semua perkara.. kini dan selamanya aku yakin berdiam diri adalah seribu kebaikan dari aku bersuara hatta sepatah perkataan.
4. Kepada yang mengucapkan selamat kepada aku di Facebook dan tagged serta friendsters serta di handphone aku kalungkan sejuta ucapan penghargaan... insyallah
REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH