Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, July 13, 2010

Langkah Sukar


Orang melayu semangnya suka makan gaji dan takut dengan benda yang baru,

aku ada mengedarkan flyers tantang perniagaan yang sedang aku jalan kan sekarang ni, dan hasilnya orang melayu cukup sukar untuk mengambil flyers yang diedarkan ini. bangsa lain berebut-rebut nak ambil peluang mendapatkan flyers ni.... sayangnya peluang yang dipromosikan ini hanya untuk bumiputra dan melayu sehaja... tapi kaum melayu sendiri yang tak nampak peluang ini. sapa yang harus dipersalahkan....

Beberapa kali aku sendiri mencuba dengan bergerak mengedarkan pamplet / flyers yang disediakan oleh team GTP7.... penat mengedarkan flyers tak usah nak ceritalah, semasa MIHAS 2010 yang lepas di MATRADE pun aku ada selitkan pada wiper kereta.. cuma dapat 2 panggilan sahaja... satu melayu dari Selayang dan satu lagi cina dari Kuala Lumpur.... aku cuba set appoinment tapi 2-2 gagal. Itu antara pengalaman yang aku sendiri terpaksa belajar dan tempuhi untuk mencapai kejayaan dalam bidang MLM ni.

Aku sendiri pun kadang-kadang tak faham kenapa aku tak serik-serik buat dan join business ni. aku tak pernah sayangkan duit aku... Dalam laci meja aku terpampang excess card Steady Global Network.. tak pernah aku gunakan pun. dah burn $410. Biz ni pulak almost 9K dan kena return kat bank dalam RM15K dalam tempoh 60 bulan...... pening jugak kadang2....

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH