Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, June 23, 2010

Tuhan sayang aku

Entah kenapalah aku ni gatal sangat nak duit senang, tanpa usaha... gatal-gatal pegi buat payment untuk syarikat yang entah wujud entah tak wujud ni. Memang aku marah sungguh... merah padam muka aku sebab e-book yang aku dapat tu entah apa-apa entah.. tidak memberikan apa-apa kesan dan ilmu untuk aku.. melainkan menghabiskan duit RM69 aku sahaja.http://www.response2u.official.ws/

Preview kat webpage ni cantik bagai bidadari dengan ayat yang dikarang indah.. Key note syarikat ini mengambil pekerja untuk bekerja dengan dorang sebab dorang tak cukup kakitangan untuk menampung lambakan pelanggan baru, ajen baru diminta untuk memberikan response kepada persoalan yang diajukan oleh pelanggan (Client).. Kemudian selepas sahaja selesai memberikan respon, RM50 akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank... (skrip gila cantik, surelah orang yang bodoh macam aku ni senang terkena)

Lagi pula aku tengok benda ni di promotekat page minah, nama dia Sarah Fuad.....siap ada ramai lagi penyokong dan follower yang mengiakan dan menyokong tindakan itu.. siap buat proof lagi.... before saya join tu, saya online chat dan dia push saya masuk... siap cakap benda ni berkesan..

Langkah 1 : Saya kena buat payment then tunggu 12 jam untuk verification.
Langkah 2: Manual kerja akan dihantar yang memuatkan langkah-langkah untuk memulakan kerja

Esoknya selepas 12 jam membuat payment dan menunggu, akhirnya dapat juga e-book yang kononnya hebat sungguh dalam e-mail saya. Saya sudah lain macam tengok e-book tu ( PENIPU punya kompeni) mana ada manual yang ko bagi... ko just nak amik duit orang yang bodoh macam aku....Affliate program yang menipu dengan produk yang tak ada kualiti dan nilaid.

Saya tak puas hati, say hantar message kat dia (Saraf Fuad) minta penjelasan dan penerangan macam mana sistem ni berfungsi.. haram dia tak reply.... sudahnya mungkin dah terlampau ramai si minah ni menipu orang dan tak tahan kena hentam..minah ni terus delete Facebook dia. Sampai sekarang tak dapat mengesan dia dimana.

Saya nekad nak selongkar sapa punya angkara di Facebook dan nak tuntut balik RM69 saya. Mungkin pada sesetengah pembaca RM69 tu kecil nilainya, tapi bagi saya yang income aktifni nilai itu cukup untuk menampung duit makan dan minum saya selama 3 minggu. Akhirnya selongkar punya selongkar sampai saya terjumpa Facebook team yang hebat ini....

GTP7 & UNSTOPPABLE


Bermula dengan mengadd minah comel ni Ann Mohd Arshad... dia salah seorang dari mereka yang menjalankan biz Paip Online ni.... serius saya sungguh teruja dengan kehebatan dan kekuatan yang dia dan team dia ada... sembang-sembang saya nekad saya kena mencuba dan akhirnya kini ini yang saya buat hari-hari. walaupun banyak perkara yang saya tak paham... dan saya akan terus belajar dari hari ke hari... insyallah tanpa gagal dan pandang ke belakang lagi.

Nama dia Ann Mohd Arshad

Sememangnya biz ni tidak mudah, tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh semua yang mustahil akan berjaya betul tak? alhamdulillah income mulai nampak dari hari ke sehari.... saya takkan pandang ke belakang lagi... Kawan-kawan semua sokonglah usaha dan doalkanah kejayaan saya, saya ingin mengubahh kehidupan saya dan keluarga saya...amin

1 comment:

Anonymous said...

encik,

lenkali kalau jumpa apa2 program, check dulu dalam forum..

> http://carigold.com
> http://wangcyber.com

sini tmpt check n balance biz online kat mesia ni n kalu org ni scam cepat2 la buat satu thread kat ruangan scam kat sana supaya org len x kene sama..

mekasih.

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH