Kalamullah

Kalamullah

Friday, June 4, 2010

Singapore


May 27' 2010 4:00 am till May 28' 2010 4:00 am
Center Singapore

Sudah lama sangat menyimpan impian untuk sampai ke sini, tempat yang jauh sudah pun aku sentuh dan lihat, tapi negeri disebelah masih belum lagi.

peluang dan kesempatan yang ada aku gunakan sewajar mungkin. boleh sahaja aku aku menaiki bas ataupun tren ke sana, tiket penerbangan ditempah semata-mata mahu merasai suasana mendarat di Changi International Airport dan sudah pasti Terminal 3 barunya. (serius sungguh excited yang maha azab)

Sekadar mahu berkongsi idea dan perancangan, asalnya saya merancang aktiviti suka suki ni bersama dengan sahabat saya... tiket kapal terbang pun saya beli dua... tapi malangnya keadaan tidak mengizinkan... sahabat saya tidak dapat bercuti maka suka atau tidak saya terpaksa pergi seorang diri ke sana. Mahu sahaja menikmati keindahan matahari terbit di Jambatan Pulau Batam, bergembira di Universal Studio Sentosa dan bersnap shot di Bugis Street. Nak buat macammana... program terbantut... buat dan teruskan sahaja apa yang termampu.

Seawal jam 4 pagi mohon pertolongan En. Aby Fizwan untuk hantar ke KL Sentral, suasana di KL Sentral jam 4 pagi memeng berbeda sekali.. sunyi sepi tiada apa yang menarik perhatian.... sunyi sangat.

Didalam skybus ke LCCT aku cuba memanfaatkan masa sewajarnya untuk memejamkan mata dan nyatanya tidak berkesan langsung.... penat memikirkan apa yang akan berlaku di sana nanti.

kena keluarkan dari simpanan lagi... (ini buku yang ke dua.. yang pertama sudah penuh)


Check In counter ketika jam 5 pagi, alangkah bagusnya suasana seperti ini di KLIA... barulah bisnes tak rugi. Rata-ratanya flight untuk long distance dan ke negara ke 3 (pengeksport tenaga kerja lah ni.. bangladesh, colombo, Central Java, Chennai)

tak nak cerita banyak.... dalam flight tido sahaja!

Welcome to Singapore.... unfortunately touchdown di Terminal 1...
so so tidy and clean terminal... yang paling best disini muka pekerja dorang semua senyum dan cool... nampak ikhlas sangat warga singpura ni membuat kerja.. berbeda dengan di KLIA ataupun LCCT ataupun others domestic airport.. yang menyambut semuanya muka-muka pendatang

Changi Airport Communication Tower, captured from skytrain... aku berani potong jari kualiti service kat airport ni setanding dengan airport terbaik di dunia i.e Incheon International Airport and Hong Kong International Airport.... bersih, kemas dan teratur.. suke sekali!


Muka mengantuk di dalam toilet at Terminal 3...
sungguh mengantuk! (benci melihat rambut yang semakin membotak!)

Suatu objek yang menarik perhatian di Terminal 3... nature inspiration
sculpture from singapore local artist which crafted from original granite.

Signboard di airport ni betul-betul jelas untuk pendatang yang tak pernah sampai ke sini macam aku sendiri... guide untuk menggunakan MRT dan LRT juga dinyatakan dengan jelas. stesen MRT terletak betul-betul dibawah Terminal 2... interior design memang maha superb.. kalah Dubai! to use publict transport kat sini especially bus and train sangatlah senang....disuggestkan gunakan EZ link card, kalau di Malaysia lebih kurang macam Touch & Go card... dibeli dengan pek permulaan $15 dollar dan dalamnya mengandungi $10 dan kad ni boleh digunakan selama 5 tahun.. boleh ditop-up dimana-mana saja.. so easy!


Sistem tren yang sungguh efisien, on time tak pernah delay lebih dari 3 minit.. tren laju, cepat, besar dan bersih. Apa yang saya perhatikan orang-orang disini sungguh berdisiplin dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan udang-undang!



Destinasi pertama saya : Singapore Expo... nuthing much to explore here... banyak sale buku dan sale lain-lain.. kebetulan time saya datang Singapore Tourism Board nak launch Singapore Grand Sale... bulan Jun.. tapi untuk saya ianya tidak memberikan kesan.. saya tidak berapa minat untuk bershopping.

Singapore Expo MRT Station... first station selepas changi Airport..Apa yang saya boleh kongsikan.. stesen disini sungguh cantik sekali....
sangatlah cantik.. sangat sesuai untuk dijadikan lokasi photoshoot!

Raffles Link Mall.... sungguh tertarik dengan kincir air ....

Gambar-gambar dibawah ini kebanyakkannya diambil di Esplanade









Finally, aku pun ada gambar ni macam orang lain.... hehehehe suke





Gambar-gambar dibawah ini diambil berhampirkan taman berhampiran City Hall.... war memorial, dan disini jugalah aku telah ditilik nasib oleh seorang sami yang katanya aku akan hidup sampai umur 83 tahun.. kalau betul sapa yang tak mahu betul tak?.. tapi kenalah berdoa hidup panjang dengan kesihatan dan kewangan yang kukuh!





The Fountain of Wealth... fountain yang terbesar didunia.. terletak betul-betul di tengah Suntec City... alhamdulilah.. impian aku untuk ambil gambar kat sini tercapai.. kerana apa aku nak datang sini sangat sebab tempat ini pernah menjadi pitstop untuk Amazing Race Asia tak salah aku 2 tahun lepas... huhuhhu im at the same place... veru nice




Singapore Flyers... sangat besar... sangat hebat.. apalah sangat yang ada pada Eye on Malaysia yang diperkatakan itu... nuthing... serius aku tidak berkemampuan untuk naik kedalam gondolanya.. cukuplah sekadar bergambar sahaja...





Memang boleh berbasikal ke kat sini?


at 1:00pm... infront of main enterance Esplanade Theatre!





Me and counting the balance dollar.... satu, dua, tiga.. tiga lagi!




The ION Mall at Orchard Road, mall yang lain dari yang lain, macam-macam ada dalam ni... tak beli apa-apa pun dah kira ok dah.. seronok dapat mencuci mata... hi tech and futuristic building betul.... dengan exterior cladding steel and glass dekat luar dan didalam pulak dinding yang bercerita tentang keindahan alam dasar laut... Consisit of huge mall, office and apartment tower.....huhuhuhu sungguh syok lepak disini.


Ini gambar terakhir yang dapat di snap di Marina Bay... enterance untuk ke Sentosa Island dan juga ke Resort World @ Sentosa.

Petang itu juga keluar dari negara singa ni melalui tambak johor.. melalui kompleks kastam woodlands yang efisien tapi sedikit berterabur.... dengan bertembung dengan pekerja Malaysia dan rakyat Singapura yang keluar dari sini untuk ke Tanah Besar Malaysia untuk menyambut hari Wesak....

Bila sampai ke Kompleks Gerbang Selatan.. huhuhuh suasana terus berbeza selesa dan cool... tak ada crowded macam kat Woodlands... Malaysia tanah airku

terus ambil bas ke Larkin RM1.20 (air cond) sampai ke Terminal Bas Larkin bertembung dengan suasana sesak.. kebanyakkan tiket bas ke Kuala Lumpur habis terjual yang ada cuma tiket yang dijual dengan harga yang sungguhlah mahal.

Pusing-pusing dengan buat muka penuh simpati dan kasihan akhirnya aku berjaya juga mendapatkan satu tiket untuk perjalanan ke KL dengan harga RM45 jam 9:30 malam... VIP Super seat..

Perasaan dapat naik bas memang berbeza, sudah lama tak merasai pengalaman macam ini....

Insyallah aku akan datang lagi ke sini... datang dengan rombongan satu bas......

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH