Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, June 29, 2010

Kunci Kebebasan


Semua orang mahukan kebebasan kewangan setiap hari.... kalau boleh kita semua tak nak ada masalah kewangan langsung..... kalau boleh kita nak hidup tenang saja hari ke hari

Tapi kalau 25 tahun dahulu mungkin... (di kampung-kampung) tetapi sekarang dunia telah berubahan.. di desa ataupun dikota semuanya memerlukan duit.... duit menguasai semuanya... dlam semua perkara perlukan duit.. dekat rumah pun perlukan duit...

Contoh: Pelajaran anak-anak- Pakaian (anak-anak dah tak nak baju cap ayam), yuran sekolah yang dikatakan PERCUMA itu?, yuran kokorikulum, duit gaji cikgu, duit poket anak-anak RM2 paling kurang satu hari, Tuisyen, transport ke sekolah, duit komputer...... macam-macam lah.

Itu baru dicakapkan tentang pelajaran diperingkat sekolah rendah, belum lagi masuk sekolah menengah dan universiti. Pokoknya semuanya perlukan duit... duit adalah segala-galanya sekarang ini. tanpa duit hidup pasti kucar kacir....

Sama juga seperti aku, aku perlukan duit untuk hidup, duit untuk bayar hutang piutang, duit untuk penuhi impian aku dan keluarga aku.. Walaupun aku mempunyai saving yang agak banyak hasil dari simpanan aku sebelum ini, namun dari hari ke hari semakin menyusut gara-gara taraf kehidupan yang semakin meningkat...

aku sendiri pada masa yang sama turun menjalankan beberapa pekerjaan sampingan untuk menambahakn pendapatan aku... antaranya mengajar dipusat tuisyen....

Mengajar sememangnya pekerjaan yang amat memenatkan kepala otak sebab nak kawal emosi pelajar dan nak bagi budak-budak ni paham... sudahnya aku sendiri yang stress dan tak ada masa untuk diri aku sendiri... bayaran yang aku dapat pun tak setimpal dengan penat lelah yang aku dapat....

So aku decide untuk benda yang lebih menguntungkan aku, malah lebih berisiko untuk aku... E-business.. Networking... senang cerita MLM.... alhamdulillah perlahan-lahan kayuh.. insyallah aku tak akan giveup... aku percaya aku boleh buat.. kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh buat.

MLM yang aku buat ni nama nya UNSTOPPABLE... kenapa nama dia macam tu sebab duit masuk tanpa henti-henti....


Wednesday, June 23, 2010

Tuhan sayang aku

Entah kenapalah aku ni gatal sangat nak duit senang, tanpa usaha... gatal-gatal pegi buat payment untuk syarikat yang entah wujud entah tak wujud ni. Memang aku marah sungguh... merah padam muka aku sebab e-book yang aku dapat tu entah apa-apa entah.. tidak memberikan apa-apa kesan dan ilmu untuk aku.. melainkan menghabiskan duit RM69 aku sahaja.http://www.response2u.official.ws/

Preview kat webpage ni cantik bagai bidadari dengan ayat yang dikarang indah.. Key note syarikat ini mengambil pekerja untuk bekerja dengan dorang sebab dorang tak cukup kakitangan untuk menampung lambakan pelanggan baru, ajen baru diminta untuk memberikan response kepada persoalan yang diajukan oleh pelanggan (Client).. Kemudian selepas sahaja selesai memberikan respon, RM50 akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank... (skrip gila cantik, surelah orang yang bodoh macam aku ni senang terkena)

Lagi pula aku tengok benda ni di promotekat page minah, nama dia Sarah Fuad.....siap ada ramai lagi penyokong dan follower yang mengiakan dan menyokong tindakan itu.. siap buat proof lagi.... before saya join tu, saya online chat dan dia push saya masuk... siap cakap benda ni berkesan..

Langkah 1 : Saya kena buat payment then tunggu 12 jam untuk verification.
Langkah 2: Manual kerja akan dihantar yang memuatkan langkah-langkah untuk memulakan kerja

Esoknya selepas 12 jam membuat payment dan menunggu, akhirnya dapat juga e-book yang kononnya hebat sungguh dalam e-mail saya. Saya sudah lain macam tengok e-book tu ( PENIPU punya kompeni) mana ada manual yang ko bagi... ko just nak amik duit orang yang bodoh macam aku....Affliate program yang menipu dengan produk yang tak ada kualiti dan nilaid.

Saya tak puas hati, say hantar message kat dia (Saraf Fuad) minta penjelasan dan penerangan macam mana sistem ni berfungsi.. haram dia tak reply.... sudahnya mungkin dah terlampau ramai si minah ni menipu orang dan tak tahan kena hentam..minah ni terus delete Facebook dia. Sampai sekarang tak dapat mengesan dia dimana.

Saya nekad nak selongkar sapa punya angkara di Facebook dan nak tuntut balik RM69 saya. Mungkin pada sesetengah pembaca RM69 tu kecil nilainya, tapi bagi saya yang income aktifni nilai itu cukup untuk menampung duit makan dan minum saya selama 3 minggu. Akhirnya selongkar punya selongkar sampai saya terjumpa Facebook team yang hebat ini....

GTP7 & UNSTOPPABLE


Bermula dengan mengadd minah comel ni Ann Mohd Arshad... dia salah seorang dari mereka yang menjalankan biz Paip Online ni.... serius saya sungguh teruja dengan kehebatan dan kekuatan yang dia dan team dia ada... sembang-sembang saya nekad saya kena mencuba dan akhirnya kini ini yang saya buat hari-hari. walaupun banyak perkara yang saya tak paham... dan saya akan terus belajar dari hari ke hari... insyallah tanpa gagal dan pandang ke belakang lagi.

Nama dia Ann Mohd Arshad

Sememangnya biz ni tidak mudah, tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh semua yang mustahil akan berjaya betul tak? alhamdulillah income mulai nampak dari hari ke sehari.... saya takkan pandang ke belakang lagi... Kawan-kawan semua sokonglah usaha dan doalkanah kejayaan saya, saya ingin mengubahh kehidupan saya dan keluarga saya...amin

Wednesday, June 16, 2010

Peluang RM69

Salam, mood untuk mengupdate blog kembali datang!.. insyallah

Semalam aku mengamuk sakan! rasa macam kena tipu sangat! habis aku maki hamun semua orang.... aku tak berfikri secara positif langsung semua apa yang berlaku.. berfikir panjang barulah paham macam mana nak buat semua ni.... alhamdulilah barulah faham secara positif bagaimana perkara ni bergerak dan berfungsi....

Insyallah aku akan mulakan..... kalau orang lain boleh buat aku akan buat memanfaatkan ilmu yang berguna bersama-sama.

Mudahan tuhan mempermudahkan hidup aku....

Thursday, June 10, 2010

Selamat Hari Cikgu

Selamat Hari Guru....

Tak pernah aku sendiri terfikir dalam hidup ini aku akan menerima ucpan tersebut.... barulah aku tahu apakah rasanya menjadi pendidik kepada anak bangsa sendiri... menurunkan ilmu yang asalnya aku sendiri pun tak tahu.

Terima kasih pada yang mengingati dan menghargai.... mungkin hadiah dan nilainya kecil tetapi begitu bermakna buat aku...


Selamat Hari Guru!

Berkat usaha dan risiko

Alhamdulilah seronoknya aku bukan main... dapat keuntungan yang pertama dari perniagaan yang aku jalankan.. mungkin untungnya tidak seberapa tapi.. cukup untuk membuatkan aku sangat gembira

Perjalanan hidup aku masih panjang, tentu sahaja banyak keperluan kewangan yang aku perlukan.. aku kena berusaha kuat dan gigih untuk mendapatkan dan memenuhi semua keinginan...

Aku semakin seronok.. hari demi hari pelbagai peluang datang menerpa. aku kena berhati-hati


notakakiku:
bulan depan rezeki pasti akan terus bertambah, terus berusaha tanpa rasa jemu.. insyallah!

Friday, June 4, 2010

Singapore


May 27' 2010 4:00 am till May 28' 2010 4:00 am
Center Singapore

Sudah lama sangat menyimpan impian untuk sampai ke sini, tempat yang jauh sudah pun aku sentuh dan lihat, tapi negeri disebelah masih belum lagi.

peluang dan kesempatan yang ada aku gunakan sewajar mungkin. boleh sahaja aku aku menaiki bas ataupun tren ke sana, tiket penerbangan ditempah semata-mata mahu merasai suasana mendarat di Changi International Airport dan sudah pasti Terminal 3 barunya. (serius sungguh excited yang maha azab)

Sekadar mahu berkongsi idea dan perancangan, asalnya saya merancang aktiviti suka suki ni bersama dengan sahabat saya... tiket kapal terbang pun saya beli dua... tapi malangnya keadaan tidak mengizinkan... sahabat saya tidak dapat bercuti maka suka atau tidak saya terpaksa pergi seorang diri ke sana. Mahu sahaja menikmati keindahan matahari terbit di Jambatan Pulau Batam, bergembira di Universal Studio Sentosa dan bersnap shot di Bugis Street. Nak buat macammana... program terbantut... buat dan teruskan sahaja apa yang termampu.

Seawal jam 4 pagi mohon pertolongan En. Aby Fizwan untuk hantar ke KL Sentral, suasana di KL Sentral jam 4 pagi memeng berbeda sekali.. sunyi sepi tiada apa yang menarik perhatian.... sunyi sangat.

Didalam skybus ke LCCT aku cuba memanfaatkan masa sewajarnya untuk memejamkan mata dan nyatanya tidak berkesan langsung.... penat memikirkan apa yang akan berlaku di sana nanti.

kena keluarkan dari simpanan lagi... (ini buku yang ke dua.. yang pertama sudah penuh)


Check In counter ketika jam 5 pagi, alangkah bagusnya suasana seperti ini di KLIA... barulah bisnes tak rugi. Rata-ratanya flight untuk long distance dan ke negara ke 3 (pengeksport tenaga kerja lah ni.. bangladesh, colombo, Central Java, Chennai)

tak nak cerita banyak.... dalam flight tido sahaja!

Welcome to Singapore.... unfortunately touchdown di Terminal 1...
so so tidy and clean terminal... yang paling best disini muka pekerja dorang semua senyum dan cool... nampak ikhlas sangat warga singpura ni membuat kerja.. berbeda dengan di KLIA ataupun LCCT ataupun others domestic airport.. yang menyambut semuanya muka-muka pendatang

Changi Airport Communication Tower, captured from skytrain... aku berani potong jari kualiti service kat airport ni setanding dengan airport terbaik di dunia i.e Incheon International Airport and Hong Kong International Airport.... bersih, kemas dan teratur.. suke sekali!


Muka mengantuk di dalam toilet at Terminal 3...
sungguh mengantuk! (benci melihat rambut yang semakin membotak!)

Suatu objek yang menarik perhatian di Terminal 3... nature inspiration
sculpture from singapore local artist which crafted from original granite.

Signboard di airport ni betul-betul jelas untuk pendatang yang tak pernah sampai ke sini macam aku sendiri... guide untuk menggunakan MRT dan LRT juga dinyatakan dengan jelas. stesen MRT terletak betul-betul dibawah Terminal 2... interior design memang maha superb.. kalah Dubai! to use publict transport kat sini especially bus and train sangatlah senang....disuggestkan gunakan EZ link card, kalau di Malaysia lebih kurang macam Touch & Go card... dibeli dengan pek permulaan $15 dollar dan dalamnya mengandungi $10 dan kad ni boleh digunakan selama 5 tahun.. boleh ditop-up dimana-mana saja.. so easy!


Sistem tren yang sungguh efisien, on time tak pernah delay lebih dari 3 minit.. tren laju, cepat, besar dan bersih. Apa yang saya perhatikan orang-orang disini sungguh berdisiplin dan memahami apakah yang dimaksudkan dengan udang-undang!



Destinasi pertama saya : Singapore Expo... nuthing much to explore here... banyak sale buku dan sale lain-lain.. kebetulan time saya datang Singapore Tourism Board nak launch Singapore Grand Sale... bulan Jun.. tapi untuk saya ianya tidak memberikan kesan.. saya tidak berapa minat untuk bershopping.

Singapore Expo MRT Station... first station selepas changi Airport..Apa yang saya boleh kongsikan.. stesen disini sungguh cantik sekali....
sangatlah cantik.. sangat sesuai untuk dijadikan lokasi photoshoot!

Raffles Link Mall.... sungguh tertarik dengan kincir air ....

Gambar-gambar dibawah ini kebanyakkannya diambil di Esplanade









Finally, aku pun ada gambar ni macam orang lain.... hehehehe suke





Gambar-gambar dibawah ini diambil berhampirkan taman berhampiran City Hall.... war memorial, dan disini jugalah aku telah ditilik nasib oleh seorang sami yang katanya aku akan hidup sampai umur 83 tahun.. kalau betul sapa yang tak mahu betul tak?.. tapi kenalah berdoa hidup panjang dengan kesihatan dan kewangan yang kukuh!





The Fountain of Wealth... fountain yang terbesar didunia.. terletak betul-betul di tengah Suntec City... alhamdulilah.. impian aku untuk ambil gambar kat sini tercapai.. kerana apa aku nak datang sini sangat sebab tempat ini pernah menjadi pitstop untuk Amazing Race Asia tak salah aku 2 tahun lepas... huhuhhu im at the same place... veru nice




Singapore Flyers... sangat besar... sangat hebat.. apalah sangat yang ada pada Eye on Malaysia yang diperkatakan itu... nuthing... serius aku tidak berkemampuan untuk naik kedalam gondolanya.. cukuplah sekadar bergambar sahaja...





Memang boleh berbasikal ke kat sini?


at 1:00pm... infront of main enterance Esplanade Theatre!





Me and counting the balance dollar.... satu, dua, tiga.. tiga lagi!




The ION Mall at Orchard Road, mall yang lain dari yang lain, macam-macam ada dalam ni... tak beli apa-apa pun dah kira ok dah.. seronok dapat mencuci mata... hi tech and futuristic building betul.... dengan exterior cladding steel and glass dekat luar dan didalam pulak dinding yang bercerita tentang keindahan alam dasar laut... Consisit of huge mall, office and apartment tower.....huhuhuhu sungguh syok lepak disini.


Ini gambar terakhir yang dapat di snap di Marina Bay... enterance untuk ke Sentosa Island dan juga ke Resort World @ Sentosa.

Petang itu juga keluar dari negara singa ni melalui tambak johor.. melalui kompleks kastam woodlands yang efisien tapi sedikit berterabur.... dengan bertembung dengan pekerja Malaysia dan rakyat Singapura yang keluar dari sini untuk ke Tanah Besar Malaysia untuk menyambut hari Wesak....

Bila sampai ke Kompleks Gerbang Selatan.. huhuhuh suasana terus berbeza selesa dan cool... tak ada crowded macam kat Woodlands... Malaysia tanah airku

terus ambil bas ke Larkin RM1.20 (air cond) sampai ke Terminal Bas Larkin bertembung dengan suasana sesak.. kebanyakkan tiket bas ke Kuala Lumpur habis terjual yang ada cuma tiket yang dijual dengan harga yang sungguhlah mahal.

Pusing-pusing dengan buat muka penuh simpati dan kasihan akhirnya aku berjaya juga mendapatkan satu tiket untuk perjalanan ke KL dengan harga RM45 jam 9:30 malam... VIP Super seat..

Perasaan dapat naik bas memang berbeza, sudah lama tak merasai pengalaman macam ini....

Insyallah aku akan datang lagi ke sini... datang dengan rombongan satu bas......
REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH