Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, May 18, 2010

Suka Suki Cup Bowling

May 16, 2010, MINES Bowling, Seri Kembangan

Steady Global Network, Bowling Tournament "Suka Suki Cup"

Salam semua, ini merupakan penampilan sulung pic-pic aku bersama dengan kawan-kawan abru aku, terus terang kawan-kawan yang amat hebat dan mempunyai impian besar.. impian tentang RM. impian bukan tentang dapat gaji 25 haribulan tetapi lebih dari itu.... alhamdulilah akhirnya aku jumpa juga dengan geng-geng hebat yang aku tercari-cari selama ini.

Tournament ni suka-suka saja dibuat dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama partner-partner business. itu sahaja... tak ada niat yang terselindung... aku bawak abby ikut sekali terus terang dia agak blur jugak pada awalnya... tapi alhamdulilah dia pandai bawak diri...

Aku tak menang pun just tumpang bergambar dengan geng yang menang


bergambar ramai-ramai sebelum balik

aku Placing no 7 & dan dier no 8

Ambil duit dari orang yang dah pandai buat duit....

Terus terang time ni aku memang tak ikhlas senyum, aku sendiri pun tak tahu kenapa...
aku tak selesa mungkin...


keje part-time aku sekarang memandangkan gaji yang diberikan kerajaan
sememangnya tak mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan aku

barisan muka-muka yang lapar dan penat nak mampus baling bowling


2 gambar diatas.. aku dikenakan .. alahai nasib badan, menjadi bahan permainan


Besar punyer!


aku moody sebab benda ni mungkin



Entah la kadang-kadang aku rasa macam dorang semua tak selesa dengan aku atau aku yang tak beberapa nak selesa dengan dorang semua. perasaan aku jer kot.. benda baru macam ni la rasanya kan...!

Ahli baru, tapi kekuatan yang dia ada sangatlah mengujakan.. dia akan suksess dengan komunikasi dia yang hebat dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dia.. insyallah

Serius aku sendiri pun tak tahu macammana aku boleh join team ni... anyhow dorang semua hebat-hebat dan dashyat terlampau banyak perkara yang aku boleh pelajari dari semua orang. yang paling penting aku percaya semua orang ada kisah hidup masing-masing tapi tujuan yang sama untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

tak salah aku, minah yang ternganga macam mulut masuk lalat tu
awek si Izan.. emangnya sekarang ni musim mencari awek bersaiz besar yer..
saiz besar melambangkan kekayaan mungkin

Seronok tengok semua orang dah ada ank, giliran aku tak tahu lagi la.. calon untuk membuat anak pun tak ada lagi... anybody

notakakiku:
- terlampau banyak perkara yang aku kena pelajari dan baiki tentang kelantangan dan kelaseran mulut aku apabila bercakap....... (mulut jahat ni)
- masa event ni aku terkutuk sorang mamat ni tanpa aku sedari suara aku sangatlah kuat gila, dah macam serombong kapal dan pada masa yang sama empunya mangsa kutukan pun ada berdekatan kawasan tu juga... time tu barulah aku tahu tinggi rendah langit.... mudahan aku tak ulangi perkara yang sama lagi.

"menuju bintang"

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH