Kalamullah

Kalamullah

Friday, May 21, 2010

Stupid attire

Minggu lepas aku menjadi menghadiri satu mensyuarat yang level GAH dari rupa di MITC Malacca, perancangan asalnya aku sendiri malas nak hadir ke mesyuarat ini kerana bertegang lidah dengan masalah undang-undang birokrasi negara yang semakin membosankan. Dia mahu aku menghadirkan diri, tapi masalah keperluan dan kebajikan aku sendiri langsung tidak mahu dipedulikan... apakah aku ini satu robot besi yang boleh menghadirkan diri di mesyuarat jam 8:30 pagi dengan bergerak dari ibukota seawal jam 6:30 pagi. Selepas kebenaran diperolehi daripada penguasa pusat.... Yeap! i like (kata semanagat dikeluarkan) aku bebas bergerak dengan 100% claim paid!

Mesyuarat berjalan lancar, tiada isu yang kritikal berkaitan dengan pejabat pemeritahan cuma biasalah tiadak semua nafsu manusia boleh dipenuhi. dengan peruntukan daripada Rosmah Mansor (BN) yang terhad manakan mampu membina semuanya sekelip mata.. betul tak?. Jika tidak takkan membuat mesyuarat di grand ball room hotel yang hanya layak dipanggil dewan serbaguna di kampung aku...... projek sakit macam ni lah.. apabila rumah siap pahat berbunyi.

Mesyuarat selesai sekitar jam 12, aku ketika itu musafir, maka dengan rasa yang rendah diri tak ke masjid untutk bersolat jumaat.. memenuhi masa dengan picturaque disekitar ibukota melaka yang indah. Berkemeja putih dan mengenakan tali leher VAN Garie merah diperindahkan dengan seluar easy fit kegemaran ku hasil kerja tangan tukang jahit peribadi ku Mr. John Lim sememangnya merupakan satu tindakan yang paling bodoh pernah aku buat memandangkan melaka sangatlah panas 40'c.

Terus terang Ibu kota Melaka tidak pernah mengecewakan aku tiap kali aku datang ke sini, dan yang paling mengujakan pada kali ini aku adalah berpeluang untuk menaiki menara Taming Sari walaupun hakikatnya tidak berbaloi dengan kos yang dikeluarkan untuk berada selama 7 minit diatas sana. barulah nampak Pulau Besar yangs ering diperkatakan oleh orang-orang yang tidak mendapat anak.





Semua gambar-gambar diatas sana adalah merupakan suatu tindakan yang kurang baik untuk dicontohi, walaupun pada fizikalnya ianya sungguhlah indah dan sempurna. moralnya janganlah bagai tie ditenggahi buta (outdoor)

Okeh! selesai lunch nasi dengan asam pedas ikan pari melaka disuatu lokasi rahsia kegemaran aku.. uniform rasmi dikeluarkan, tema kali ini seluar bermuda petank kain stail kain pelikat ayah aku dipadankan dengan tshist england yang dibeli semasa sale MJ clearance stock di Stadium Juara Bukit Jalil bulan Mac tempoh hari.





















Bila aku berada kat tangga ni, di posisi yang sama ini mengigatkan aku pada kompeni 5 jari yang aku pernah bekerja dulu, bersama intan, zana, isrin dan zati together-gether membuat satu proposal mengenai pembangunan litar lumba malam ala-ala indy race seperti di Gold Coast di Bandar Hilir Melaka kepada Ketua Menteri Melaka, dulu, kini dan selamanya iaitu Datul Wira Ali Bin Mohd Rustam... status terkini proposal tersebut aku tak tahu sejak berhenti kerja dari sana... hanya sekadar mengingati kenangan lalu... kena terus bergerak ke hadapan...



Ini gambar yang terakhir yang berjaya disanap daripada kamera kawanku kerana kehabisan power supply... the next pictura semuanya daripada kamera subsidi.. sistem tidak diperiksa terlebih dahulu.. pakai ambil sahaja... kesannya 200 gambar yang tidak tersimpan.. padan muka kau!

notakakiku:

- Lain waktu aku tidak mahu lagi buat perangai pelik ni, pakai tie untuk outdoor pic ditengahhari buta, kesannya diri sendiri yang malu besar. kalau badan aku ni jenis peti ais tak apa lah.. ni jenis kilang peluh.. sekejap sahaja ketiak basah lenjun.
- Jangan mudah percaya pada orang lain, especially bila menggunaka barang-barang yang di welfarekan hatta diwakafkan... kena beringat backup plan dan usaha untuk mendapatkan sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.
- Aku sendiri dikatakan terlampau tua untuk mengenakana apa yang aku kenakan dibadan aku sendiri... keanak-anakan kata orang.. yeap! aku akui semua itu.. dan berharap hari ke hari penampilan aku akan lebih matang dan lebih bersesuaian dengan umur aku.
- Saya rindu sangat kat mak dan ayah saya.

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH