Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, May 11, 2010

Saya Sayang Mak Saya!!!!

Seandainya mak pergi dulu, pasti surah hidup ini suram, hilang serinya, umpama kucing kehilangan anak. kekuatan yang ada pada mak tak dapat ditandingi, mak lah insan terhebat yang pernah anakmu ini kenal. diri mak membuatkan anakmu ini terus bersemangat untuk terus hidup.... tangisanmu dan jerih lelahmu memberkan kekuatan kepada diriku.

Jika aku gagal dan disaat kejatuhan, engkau datang memberikan dakapan dan ketenangan kepada ku. Sungguh indah tuhan menciptakan mak kepada ku, tuhan memberikan hadiah yang terindah untukku.

Mak aku tiada yang dapat menandingi kehebatannya. Mengandungkan aku didalam perut dan memberikan aku titisan nikmat untuk aku terus membesar dan mengharungi dunia ini yang penuh dengan permainan. Aku tahu aku tidak sebaik dan sesumprna insan lain, tapi aku akan terus berusaha untuk membahagiakan mu.....hanya tuhan sahaja yang tahu betapa aku tersangatlah menyayangi mu.. setiap saat dan waktu aku sentiasa berdoa agar kau sentiasa sihat dan tenang mengharungi hidup.

Andai mampu ingin sekali aku bersama mu setiap saat dan waktu, bersama memasak, membasuh baju, menyiram dan memangkas pokok.... menhalau ayam ke reban dan juga meracun biawak yang suka curi makan telur ayam dalam reban.. tapi apakan daya aku tak mampu untuk semua tu, aku disini mencari sesuap rezeki demi masa depan dan kehidupan aku.

aku yakin adik, kakak dan abang yang lain pasti akan senantiasa disana menjaga mu...... maafkan aku kerana kadang-kadang tidak dapat bersama mu

bayangkan bulan lepas aku langsung tidak pulang hampir 1 bulan setengah... macam-macam yang terjadi.. tangan mak aku luka kena zink bumbung rumah.. parah juga.. tetapi langsung dia tak bagitau pada aku... lihatlah dunia betapa hebatnya ibu ku... dia tak beritahu pada aku pun agar aku tidak risau tentang dia.

mak aku terlalu banyak berkorban untuk aku.. terlalu banyak kesukaran dan kesusahan yang mak aku lalui untuk membesarkan aku sembilan orang adik beradik. sanggup bersengkang mata tak tidur malam.... mengikat perut demi mendidik kami semua.... sanggup tak bertukar pakai....

ayah aku petani di sawah yang di pawah daripada atok aku. atok aku orang senang tapi dia tak mendidik ayah aku erti kesenangan, atok aku mahu ayah aku belajar bangun dan hidup sendiri... alahamdulilah kerana itulah ayah aku hidup senang sekarang.... ayah keluar pagi ke sawah, kadang-kadang seminggu masuk ke hutan simpan gunung bubu untuk mencari seikat rotan untuk dijual. yang tinggal cuma ibu yang membesar dan menjaga kami semua, dialah ketua keluarga, ayah dan iby.... mungkin tidak semua perkara dapat mak aku ceritakan pada aku.. mungkin mak aku sendiri telah melupakan semua kenangan dan saat pahit yang mak lalui dulu.

kini mak aku pasti berbangga dengan kejayaan anak-anak mak yang dah besar-besar semua, mungkin tak semua hidup senang tapi semuanya telah hidup sendiri dan berkahwin yang tinggal cuma aku yanga akan terus setia menyanyangi mak.


Selamat Hari Ibu
dari anak mak yang sayang sangat kat mak

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH