Kalamullah

Kalamullah

Monday, May 31, 2010

Sang Hujan


Dia selalu datang , tetapi aku tak pernah ambil kisah kehadirannya dalam hidup aku... malah aku sendiri buat tak peduli dengan kehadirrannya. sedangkan suatu masa dahulu dengannya lah aku membesar dan mengenal erti dunia... mengenal erti kehidupan yang penuh dengan mengharap dan pengharapan

itulah dia si titisan hujan

Kebetulan pulang sahaja dari pulau temasik aku terus pulang ke kampung, kangen sangat sama ibu dan ayah. pertemuan yang amat menyeronokan.... petang sabtu sedang sibuk mengemas stor usang dibelakang rumah.. hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya...... sambil membasuh sang naga yang dah 2 bulan tak mandi dan sambil menyeronokan diri bermain-main air hujan, air hujan yang turun dari bumbung zink rumah mak dan ayah meluncur laju ke kok -kulvet- yang siap sedia menanti dpenghujung talang besi.

kali terakhir aku mandi hujan pada usia aku disekolah rendah..... ketika ini kenangan itu benar-benar menerpa ke fikiranku... inya betul-betul mengingatkan aku pada kenangan aku dimasa aku kecil-kecil dulu. .. saat aku tak sabar-sabar mempelajari dunia, disaat aku sering mempertikaikan takdir... dinginnya air hujan hanya aku sahaja yang tahu.... bunyinya, baunya mengasyikan benak mindaku.

yang pada waktu itu yang aku tahu cuma bermain, tidak menghiraukan kilat dan guruh yang sabung menyabung.. berdentummmm! bunyinya...

(Sekadar pelengkap cerita, cuba perhatikan bukit yang
semakin membangkak di perut 'BOROI!)

Bila musim hujan macam ni, air diparit-parit semuanya penuh, masa ni aku dah advance sikit.. bila abang aku yang sulung balik ke kampung, tanpa disuruh aku mengenen untuk dia menghadiahkan aku $10 untuk beli mainan kapal jet yang ada power bateri untuk dimain di parit-parit yang digenangi air.

Dapat duit esoknya lepas habis sekolah jam 1 petang terus naik bas ke pekan beruas untuk beli mainan kat kedai apek kedekut sebelah kedai buah. (sampai sekarang kedai buah ni masih ada!). balik tunggu ayah minum kat kedai kopi dekat stesen minyak shell.

kadang-kadang main air sampai tak sedar hari dah senja, sang suria pun dah kembali ke tempat peraduannya.. suara mak terjerit-jerit panggil balik sambil ditangan memegang batang kayu api untuk membantai anak mak yang degil ni.....

Entah esok atau lusa belum tentu aku dapat mandi hujan lagi.... :p

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH