Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, May 18, 2010

Polis VS GPS


May 19'10 Kuala Lumpur: Pagi tadi aku terlibat dengan satu kurus mengenai pengendalian peralatan GPS bersama dengan polis di raja malaysia. seramai lebih kurang 40 orang polis dari pelbagai kontijen dari seluruh malaysia datang. sebenarnya tidak ada apa pun yang menarik tentang kursus ni, cuma aku tertarik dengan polis yang hadir dalam kurus ini. semuanya tegas, tegap, disiplin dan kemas.

Tidak dinafikan perasaan membenci aku kepada pasukan polis tidak pernah hilang dari dulu, sekarang dan selama-lamanya. kerana polis aku mengasingkan diri aku daripada dunia yang sebenar. walaupun aku selayaknya menerima kesalahan dan hukuman tersebut atas silap aku sendiri.
Tapi bila difikir-fikirkan balik sebab itulah aku boleh berdiri setinggi ini sekarang. kalau tak kerana peristiwa tu mesti aku masih menyusahkan mak dan ayah aku serta tergapai-gapai lagi.

Dan bohong lah kalau aku sendiri tidak mempunyai keinginan untuk menjadi sebahagian daripada mereka kalau aku mampu. masalahnya fizikal dan usia aku tak mengizikan. cukuplah sekadar aku dapat bergambar dan mengenali mereka.. mudahan suatu hari ini aku mendapat disiplin yang sama seperti mereka.

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH