Kalamullah

Kalamullah

Friday, May 7, 2010

Keluar mulut rimau masuk mulut singa


Dalam hidup ni, kadang-kadang tak semua benda yang aku harapkan menjadi akan menjadi kenyataan... terlampau banyak sangat peraturan dalam kehidupan ni,
peraturan agama yang tidak boleh dinafikan
dan
peraturan yang diciptakan manusia autokratik dan diktator

dahulu aku dan teammate aku merasakan bos aku dulu yang paling teruk dan terlampau berjaga-jaga dalam segala keputusan, aku sering bermain dengan emosi dan perasaan dalam aspek kerja hatta kebajikan diriku (cuti lah ni)... kemudiannya selepas setahun dia pencen.... alhamdulilah gembira bukan kepalang kerana penggantinya orang muda.. sebaya dengan usia aku dan yang pastinya minda lebih terbuka dan tidak kolot..... anggapan aku je lah

dan

lain pula yang jadinya.... orang yang diharapkan membawa perubahan dan membangkitkan nasib orang dibawahnya sama saja seperti bos yang dahulu... ingatkan bagus mulanya sebab semasa dizaman perkhidmatan bos aku yang dulu, beliau selalulah membangkang tindakan bos ketika itu dan sentiasa menyokong kami dari belakang dan depan.

Tapi sebenarnya tidak, bila dah mendapat kuasa... semuanya menjadi lain.. tak gunalah membuat penjelasan panjang lebar pada beliau... sukar untuk dia memahami

isu cuti..... aku sendiri sangat sukar untuk mendapatkan cuti dan kelulusan, kalau dapat pun itu setelah mengamp[u dan menyembah dia. Apa dia tak fikir setiap individu apatah pekerja mempunyai hak untuk memenuhi keperluan diri.k alau macam tu tak perlulah diberikan cuti tahunan banyak-banyak..... bagi 10 hari pun belum tentu habis digunakan.. dia lebih suka aku duduk berteleku dalam opis ni jadi desktop officer.. gila!.... buat keja yang entah hapa-hapa entah....

isu kerja...

Mula mahu bersikap lepas tangan....... banyak kerja yang tergantung, mungkin kerana dia muda dan lebih suka kepada prosedur ISO yang menyusahkan dan melambatkan.....

Pengajarannya semuanya indah kabar dari rupa.... manusia bila dah dapat kuasa.. sememangnya tidak bertolak ansur..

KELUAR MULUT SINGA MASUK MULUT RIMAU DAN SEBALIKNYA

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH