Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, May 11, 2010

Engagement Along

April 30 - May 02' 2010
Kampung Kenduri-kenduri sesion

Aku mulanya nak lari daripada masalah ni, tapi memikirkan apa yang bakal mak dan ayah aku rasa kalau aku tak muncul sedangkan aku bukanlah sibuk mana pun. lagipula majlis ni dibuat dikampung rumah mak ayah aku sendiri. takkan aku nak lari pulak betul tak?

Memanglah mula-mula aku sendiri takut tentang apa orang akan cakap pada aku, anak buah aku sorang dah kawin dan mungkin dah pun berisi perutnya... ni sorang lagi pulak nak kawin... segan dan malu tak usahlah nak cakap bila semuanya melibatkan perasaan aku dan keluarga.. sesungguhnya hidup ni sukar sangat bila semuanya dah jadi macam ni.


Nak dipendekkan cerita majlis tunang along anak sulung kakak aku yang kedua ni berlangsung dengan sempurnanya walaupun mak aku tak sihat, tangannya luka sebab kena zink.. aku sedih sangat part ni la. Along ni nama dia rozilla, muda dari aku setahun... kira cucu pertama dalam famili aku la ni, dulu masa kecik-kecik memang aku rapat dengan dia, tapi bila dah besar memang tak rapat sangat. dah tahu batas pergaulan.. lagipun dia keja kat ipoh. dulu mula-mula keja as operator skg ni dengarnya dah naik pangkat jadi senior supervisor.. and great thing tunang di engineer.. alhamdulilah keja bagus mudahan rezeki dorang dimurahkan lah yer!

tapi eberything going very-very well syukur sangat.. lepas majlis abis baru hujan....

giliran aku nak bertunang bila pulak ya...... doa-doalah semuannya cepat! tak pe be POSITIF and STRONG... (lakonan nak menyedapkan hati ni!).

just nak share dengan pic-pic kat bawah ni!



Mula-mula bila sampai umah tu, terkejut aku tengok benda ni.. ingatkan dah majlis nikah dah.. siap dengan pelamin tu... beria-ia sungguh.. pompuan la katakan.. tak salah aku kos sewa pun dah $300... banyak tu.. dah boleh cover kost travel aku balik kl siap balik sini semula


Ni yang buat aku sayang kat adik aku. adik aku dok kampung engan mak dan ayah aku sendiri.. dia memang rajin siap beli tanah sendiri.. ni antara hasil tuaian tanah dier.. serius aku sungguh kagum.. andainya aku punya tanah aku pun akan buat camtu jugak... labu manis yummy sungguh kalau buat serawa dan pengat lagi best kalau buat lepat.


jenjiran dan orang kampung yang datang membantu dan membanting tulang together-gether.... sure kalu tak de dorang semua ni semua kerja mesti tak siap.. and view ni memang susah nak dilihat di kuala lumpur, kat kolumpo ni orang lebih senang order katering jer... ye lah duit banyak boleh la...

Keladi untuk dibuat asam pedas + ikan bilis.... uhuhuhuhuhu sungguh lazat


Ini namanya nangka muda... atau dalam basaha advancenyer jackfruit dan kadang-kadang aku tertanya adakah ini buahnya yang terlibat secara tidak langsung dalam cite dongeng jack and the bean

ini hasil daripada nangka muda selepas direbus.. nangka ini akan dipotong halus-halus dan akan dicampur bersama taugeh, keridik, perut lembu udang kering tumbuk, hirisan bawang besar, merah dan wangian daun kesum dan bunga kantan, maka terhasillah kerabu nangka yang menyelerakan

Kisah paling sedih yang boleh dijadikan pengajaran. sempena kenduri bertunang anak buah aku ni mak dan ayah aku decide nak buat majlis akikah dan cucur jambul anak adik aku. makanya berusaha keraslah ayah aku mendapatkan kambing untuk dijadikan lauk. demi menjaga status ayah aku beli kambing brand australia yang didatangkan khas dari sana. sampai ke ladang di seri iskandar dicari untuk mendapatkan kambing ni. memang dasyat kambing ni nampak ganas... bapa aku beli sekor kambing jantan $600. nak dijadikan cerita kambing ni diikat dengan tali kecil saja.. so pagi sehari sebelum hari kenduri tali kambing ni putus. peluang didepan mata, terus lah kambing ni lari ke hutan yang berdiri gagah didepan rumah aku. penat mencari tapi tak jumpa-jumpa juga. nak tak nak terpaksalah beli juga kambing yang baru.. lagi $600 melayang lagi.


Variety of choice

Kambing pengganti...$600

Geng-geng merewang

Ibu pujaan hati ku

Mak kepada anak yang nak bertunang





ayam yang digoreng dan nak digoreng

Malamnya tak tahu nak buat apa, dan kebetulan ada pulak program juara rakyat anjuran kerajaan barisan nasional kat padang pakan beruas. aku memang dah bosan sangat dah malam , aku pegi ke sana dengan adik dan jiran aku. ada wayang kulit etong.... oklah benda culture-culture ni untuk aku... dah biasa accept dah.


Habis wayang kulit terus pegi main futsal kat padang.. penat lama sangat tak sentuh benda ni.

Semasa hari majlis berlangsung dimulakan dengan sesi berzanzi dan marhaban oleh persatuan ibu-ibu kampung aku. rasionalnya event ni dibuat untuk memeriahkan majlis dan memberikan keseronokan kepada bayi yang baru dapat lihat dunia.



Makan-makan time.... sekarang dikampung pun dah susah nak tengok cara makan berhidang, semua orang lebih selesa makan dengan cara buffet.. mudah dan senang nak manage.. lagipula budak-budak sekrang bukan minat dah nak tolong angkat-angkat ni.



3 gambar diatas.. sesi pertunangan bermula


2 gambar diatas sekadar hiasan sahaja semasa majlis kenduri kahwin
yang aku hadiri di tebuk yan pantai remis perak.

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH