Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, May 18, 2010

Ekiden Run 2010

Putrajaya May 16' 2010:
aku sendiri pun dah penat berlari-lari,
Berat badan semakin bertambah,
kalau diberikan peluang aku mahu seperti dulu
68kg dalam genggaman

tapi kenapa
semuanya berubah
bila disini semuanya ceria
hinggakan perut aku ceria juga

apa yang perlu aku lakukan....

UEM cuma berjaya menghantar 4 pasukan sahaja tahun ni.... mungkin kerana sambutan yang kurang.. anyhow satu team disqualified.... ala ciannya


Medel untuk run tahun ni memang gempak.. kristal tu, berbaloi berlari



aku dilihat sungguhlah gemuk didalam gambar ini.. menci




Sebelum balik semacam biasa sesi post mortem dan menggemukkan balik..
presint 9.. tempat layan makanan biasa sahaja.

notakakiku:
- terus terang aku semakin benci melihat keadaan diriku, semacam tidak terurus... semakin gemuk dari hari ke hari. kalau dulu betul-betul menjaga makan. tapi sekarang ni aku bantai semua masuk asalkan over kenyang.
- malahan bila dah kenyang pun aku sumbat masuk lagi sampai kenyang membuncit, malahan bila bangun tidur pun makanan ada kat sebelah.
- betul cakap orang aku sepatutnya kawin.. dah masuk kategori super wajib ni....
- tuhan berilah kekuatan kepada aku untuk kembali kepada berat badan dulu semula.

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH