Kalamullah

Kalamullah

Monday, April 19, 2010

Minyak Habis di Gunung Raya

LANGKAWIEEEE!

April 12-14' 2010 :

Trip yang seterusnya ke Langkawi dengan menaiki feri penumpang, kali terakhir aku ke langkawi dengan menaiki feri tak salah aku tahun 1994 tahun itu aku baru tingkatan 1, kebetulan ke sana atas undangan menghadiri majlis kenduri rakan ayah aku.

Masa telah begitu lama berlalu, perkhidmatan feri masih lagi sama seperti dahulu, ferinya juga masih dari koleksi-koleksi muzium yang sama.. tiada kelihatan feri penumpang yang canggih seperti di Singapura hatta seperti catamaran di sydney.... Alhamdulilah kecekapan pengedalian penumpang dan terminal penumpang sememangnya harus diberikan pujian.

Aku kesini pun kebetulan atas ajakan teman sepejatku atas urusan kerja.. kami kesana cuma untuk 4 hari... walaupun jadual kerja sememangnya pack dan ketat, tapi masih sempat untuk menular dan explore seluruh pulau.....

Ada jugak tempat yang tak sempat sampai... Datai beach, Tanjung Rhu beach (rindu kat pulau batu andaman) dan yang paling mengecewakan kabel car ditutup dengan memberikan alasan maintenance untuk menyedapkan hati.... sehingga kini sudah 3 kali nasib yang sama untuk aku... yang sempat cuma drive ke puncak Gunung Raya hinggkan minyak habis di puncak.. terpaksalah drive turun tanpa menghidupkan enjin langsung. Hahahahahahah :( kenangan yang terbaik

Hari pertama lagi aku dah kena kelentong manja dengan teammate... aku sendiri ingatkan dengan shot jam 12 malam dari kuala lumpur sempatlah earlybird feri ke langkawi. sudahnya jam 12:30 tenggahri baru gerak ke langkawi, sebab apa.. sebab masing-masing nak balik rumah parent dulu.. suka ke tak suka, paksa rela jugak lah aku ikut.... huhuhu


satu inovasi yang baguih sungguh..
dapat mengelakkan bayi-bayi yang dibuang daripada menyumbatkan tali air sawah


Jom bergaul mesra! pelik dan menarik

Kubota.. dulu ayah aku ada satu macam ni, tapi dah dijual kepada peniaga besi buruk sebab tak buat sawah padi lagi


Projek gajah putih BN

Dibawah ini adalah kerja saya






Ok, cukup cakap pasal kerja.. sekarang masa untuk bergembira dah pun bermula..selamat tinggal kerja..... yeay!


meh sini papa bagi makan karet.... nyum nyum nyum (sambil feling makan sate kelinci)


Walking on the fine pearl sands....... enjoying the spectacular sunset


Selepas matahari menyembunyikan dirinya....



Diatas, diatas dan diatas sana... semasa dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting....
Pengalaman yang paling menyeramkan semasa berenang di tasik yang dimaksudkan tersebut, terasa seolah-olah ada tangan asing yang menarik badan aku ke dasar tasik.. cukuplah sekali aku berenang kat siti.. tak nak lagi!


menumpang ditangga depan rumah orang....

dah lupa dah ni kat mana!





Semua diatas... aku terbang..... best aku cakap korang...


Sapa nak tumpang balik rumah.. meh sini aku bawakkan

Makan-makan sesion : Laksa Langkawi, lokasi di depan beach kat end runway Padang Matsirat Airport... sungguh menyelerakan dan amat menakjubkan... mungkinkah mereka mencampurkan air ketum ataupun nakkoba yang menghayalkan.... sesungguhnya aku tak pedulikan semua itu sebab nilainya kan amatlah murah apatahlagi dimakan bersama cendul pulut langkawi


Langkawi Geopark ~ Oriental Village .. tak nak cakap banyak ..
ecause kecewa sebab cable car tutup lagi

Cantikkah mahsuri? sampai sekarang aku tertanya-tanya?


At Gunung Raya summit.... average view due to haze condition


Pagi yang terakhir sebelum bertolak pulang.... nak naik jugak ke puncak Gunung Raya, walaupun dah tahu minyak kereta dah menyala dari malam tadi dah.. akibatnya kena turun gunung dengan engine off (kerja gila) . jangan la buat lagi... selamat tuhan masih sayangkan umatnya


Afternoon scene ~ Chenang Beach.... awalnya mencuba juga tak nak pakai selipar..
memang merah padam muka mengerut menahan kepanasan dan kepedihan di tapak kaki atas pasir panas.... bagus kan untuk kesihatan badan


Yang terakhir sebelum take off....
sungguh penat, nak tido dalam mobil..esok nak keja lagi

notakakiku:
- barulah kini aku tahu dan menerima hakikat langkawi syurga membeli belah juga
- if stay more than 3 hari, barang-banrang belain takkan kena cukai..... syarat tak lebih rm500 per person.
- tempat stay paling terbaik di Pantai Cenang, kalau stay ditempat lain memang ninght life zero
- Pengalaman 3 hari lebih mendekatkan diri aku dengan keperluan diri ....

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH