Kalamullah

Kalamullah

Monday, April 5, 2010

Flying Coffin

Location : National Museum, Kuala Lumpur
Date : 31 March 2010

Bersempena dengan sesi membeli tiket teater meo dan ju di Istana Budaya, aktiviti menular petang itu dilanjutkan keMuzium Negara dan seterusnya melakar sejarah menjadi sebahagian yang pertama pada hari pertama pameran Keranda 2010 ini.

Pameran yang ulang kalinya diadakan bagi memaparkan mistik kaedah dan prosedur pengkebumian masyarakat di Malaysia dan Asia Tenggara amnya.

Dengan bayaran masuk cuma RM2 sahaja, sememangnya berbaloi-baloi benar untuk melihat misteri dan keunikan ritual yang dipersembahkan.

Lagi pula pameran ini diadakn agak lama, dari 1 April 2010 sehinggalah ke 20 Jun 2010, lama tu.. so moh le kite beramai-ramai ke sana....

jeng jeng jeng!

Tiada yang percuma lagi, semuanya kena bayar.... just RM2..
lebih murah dari toilet di Garden, Mid Valley


Enterance fee Muzium Negara, Rm 2 jugak

Didepan Poster utama... nampak tak benda putih dalam keranda tu... uhuhuhuhu
(over je nih, dalamnya biasa-biasa ajer)

Selamat datang ke alam kubur... 'welkomen'
cun, kepok kubur berukir moda in kelantan siap dengan pokok kemboja original lagi

Mula-mula para penonton akan dipersembahkan dengan ritual persemadian mayat pada zaman kuno, mayat-mayat dibogelkan begitu sahaja dan di letakkan diatas kepingan kayu ataupun sampan.. dan dihanyutkan mengikut arus sungai untuk cepat sampai ke syurga
(aku sendiri pun kurang pasti samada itu rangka manusia yang betul atau mainan kanak-kanak)


Sekadar pameran, cara pengkebumian masyarakat orang asli, mayat dibungkuskan dalam kulit kayu dan diletakkan didalam sangkar buluh sbelum ditanam ataupun diletakkan diatas pokok. reason letak atas pokok
i) supaya mayat tidak dimakan binatang buas
ii) lebih dekat dengan syurga

Bila tengok barang-barang ni pasti aku akan teringat semasa sibuk menguruskan jenazah nenek yang meninggal dunia last 10 years. mudahan DIA ditempatkan dikalangan orang-orang yang terpuji. sayang TOK

Introduction to prosedur pengkebumian cara liang lahat

Yang ni tak perlulah diterangkan... sendiri mau ingat...
mengucap banyak banyak ingat tuhan, hidup ats pentas dunia ni tak lama


Keranda primitif masyarakat dayak.. Kalimantan Indonesia, figura yang digunakan lembu dan binatang ternakan. tetapi lebih moden dan berwarna warni.. sure simati ni mati dalam keriangan


Berlatarbelakangkan keranda kayu yang digunakan pada zaman dulu-dulu
oleh masyarakat pedalaman Indonesia


Mood cerita seram Siam telah kembali, nang nak, 707, hahahahahahah tatut!, Yang ini keranda dari siam, foresure digunakan oleh masyarakat siam... keranda ni sungguh menarik.. banyak kerawang dan hasil kerja yang amat indah... ( mesti mahal kan kos nak beli ni)

Kelengkapan pengkebumian masyarakat dulu-dulu di Filipina (Pulau mana aku tak pasti). tembikar sebelah kiri tu, tempat menyimpan mayak @ abu mayat. Yang menariknya pada lid tembikar tu diukirkan 2 patung lelaki yang menaiki sampan. Berdasarkan cerita yang ditulis, 2-2 lelaki tersebut mati lemas semasa mengemudi sampan tersebut.

Kerusi rotan tu pulak tempat mayat orang golongan bangsawan didudukkan dan dipamerkan untuk kalin yang terakhirnya didepan khalayak umum sebelum disemadikan... sure kerusi ni berhantu kan

Keranda kayu shape kerbau daripada suku kaum di tanah Toraja, Sulawesi Selatan....
Mungkin simati yang disimpan dalam keranda ni mungkin asalnya seorang petani ataupun penternak, semakin besar coffin, semakin besarlah status dan pangkat simati, aku sendiri kurang pasti samada keranda yang dipamerkan ini adalah keranda yang pernah digunakan ataupun keranda untuk pameran sahaja (baru)


Yang ni pulak aku berbackgroundkan keranda lama dari suku kaum indonesia
tengah (natuna, Kalimantan, Ternate dan raj Ampat).
Daripada bentuk ukiran yang ada pada keranda tu rasanya macam suku kaum dayak

Kesimpulannya trip menular kali ini lain dari yang lain, banyak info yang aku sendiri pun tak terfikir boleh aku penuhkan dalam kotak pemikiran aku. luas rupanya budaya dan adat masayarakat di kepulauan melayu ni.. HIDUP MELAYU!

Dalam pada tu juga, aku mencapaikan hajat aku untuk mejengahkan kaki ke muzium negara alhamdulilah, yang tinggal sekarang ni cumalah istana negara.... (patriotik sikit)

notakakiku:
- manusia sekarang lebih mengutamakan kepentingan diri sendir, kadang-kadang aku sendir juga semacam itu
-selamat hari lahir cik didot

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH