Kalamullah

Kalamullah

Thursday, April 15, 2010

Laksamana DO RE MI



Lokasi: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka
Time : Sabtu, 8:30 - 10:30 pm

Bangsawan LAKSAMANA DO RE MI

Show bangsawan yang ke-2 dalam siri pementasan teater bangsawan tahun 2010. Kali ni dipersembahkan oleh kelab teater dan bangsawan Shah Alam (Selangor) RESAM. Aku sendiri yakin jalan cerita teater ni semua orang tahu, berdasarkan 100% diciplok dari filem hitam putih P.Ramlee Laksamana Do Re Mi. Pelakonnya pada aku biasa-biasa saja, banyak muka baru yang terjun ke seni lakonan (5-6 orang dari pada program realiti Raja Lawak) dan yang betul-betul modal untuk penonton datang menonton cuma Raja Azrey.


Banner Rasmi

Penulis bersama bersama salah seorang penonton bangsawan yang tegar..
tak pernah miss siri-siri jelajah dan terjah terdahulu



Scene satu.... adegan semasa di gelanggang pertarungan... Ezzat EXIST sebagai raja.... sememangnya pilihan yang kurang menyengat!

Kerajaan Pasir Berdengung
kelakarkan tengok kostum dorang kan...
safety helmet site, baju Nipon Go! muahahahaha nice prop!
Dukun @ bomoh dayak (dilakonkan oleh Pak Tam Raja Lawak)

Snapshot musician

Last pic sebelum masing-masing pulang ke rumah.
dari kiri Kak T, Sepat Kedah, Nurul, Hanyza dan Pantas berlari

Keputusan Persembahan

2/5 bintang sahaja

notakakiku:
- Paling seronok apabila masuk paling lambat & dapat duduk pada baris paling hadapan.... riak terus
- Memang sah peruntukan dan budget show tahun ni kena cut.... semua prop dan set pentas status berjimat, paling ketara seluar tight trekking dan kasut Phua chu Kang.
-tabir belakang direcycle semula dari siri persembahan tahun lepas.
-Tahniah kat RESAM sebab berjaya menjayakan show walaupun pada dana peruntukan yang amat rendah.
- Terima kasih sepat kedah coz tolong beli tiket. duit pun tak bayar lagi ni

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH