Kalamullah

Kalamullah

Thursday, April 8, 2010

7.2 Richter

sekadar hiasan

Aceh digegar gempa 7.2 skala Richter

JAKARTA 7 April - Gempa dengan kekuatan 7.2 skala Richter menggoncang Aceh pagi ini menyebabkan penghuni di kawasan yang pernah dilanda tsunami pada tahun 2004 itu bertempiaran menyelamatkan diri.

Badan Meteorologi dan Geofizik Indonesia sempat mengeluarkan amaran tsunami, tetapi kemudiannya menariknya semula kira-kira dua jam selepas itu.

Belasan orang dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.15 pagi itu dan berpusat di Sinabang, Pulau Simeuleu dengan kedalaman 34 kilometer.

Pengarah Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Indonesia, Dr. Fauzi berkata, kejadian itu tidak menyebabkan kerosakan yang serius kerana kawasan terbabit mempunyai tanah yang kukuh. - Utusan

Semalam terjadi sekali lagi rumah aku digegarkan dengan kesan gempa bumi di Acheh, masa itu jam sekitar 6:20 pagi, katil aku bergoyang, bunyi kipas siling bergoyang... langsir dan gelas2 bar pun berbunyi ting-ting-ting, memang menakutkan.... ingatkan serangan hantu puaka...

Cuma gegaran yang kecil saja sekitar 5 saat, dan tiada gegaran susulan.. Alhamdulilah semuanya selamat dan hingga ke saat ini aku masih boleh bernafas dengan tenang dan lancar.

Yang kelakarnya orang semua dok sibuk berlari macam ribut salji turun tangga, dengan yang meraung-raung menangis tak nak mati.

Yang aku pulak buat sempoi je, berak, basuh pinggan dengan dressing semi naked baru bangun tidur. Bukan lah tak takut, tapi gegaran tu sekejap.... dan kalau betul-betul shaking memang tak sempat nak lari turun,, sure mati tersepit dekat tangga.. biarlah aku selesa mati dalam rumah aku sendiri... (boleh ka aku cakap macam tu)

Namun aku sendiri sentiasa memohon tuhan selamatkan aku dunia akhirat dari segala macam malapetaka dan kecelakaan. Semua orang pasti nakkan yang terbaik dan terindah dalam hidup tentunya aku juga tidak ketinggalan.

Dulu aku hanya dengar gempa bumi ni di luar negara sahaja dan negara yang lazimnya diancam bencana ni Jepun, Indonesia, Amerika dan filipina... tapi sejak 5 tahun kebelakangan ni Malaysia sendiri tak terlepas... malah makin popular. Apapun aku pernah merasai gegaran tersebut biarpun berskala kecil yang kedua semalam dan yang pertama semasa gempa bumi di Padang, Indonesia.

Info tentang Gempa Bumi (copied from wikipedia):

An earthquake (also known as a quake, tremor, or temblor) is the result of a sudden release of energy in the Earth's crust that creates seismic waves. Earthquakes are recorded with a seismometer, also known as a seismograph. The moment magnitude (or the related and mostly obsolete Richter magnitude) of an earthquake is conventionally reported, with magnitude 3 or lower earthquakes being mostly imperceptible and magnitude 7 causing serious damage over large areas. Intensity of shaking is measured on the modified Mercalli scale.

At the Earth's surface, earthquakes manifest themselves by shaking and sometimes displacing the ground. When a large earthquake epicenter is located offshore, the seabed sometimes suffers sufficient displacement to cause a tsunami. The shaking in earthquakes can also trigger landslides and occasionally volcanic activity.

In its most generic sense, the word earthquake is used to describe any seismic event — whether a natural phenomenon or an event caused by humans — that generates seismic waves. Earthquakes are caused mostly by rupture of geological faults, but also by volcanic activity, landslides, mine blasts, and nuclear experiments. An earthquake's point of initial rupture is called its focus or hypocenter. The term epicenter refers to the point at ground level directly above the hypocenter.

Global earthquake epicenters, 1963–1998
Global plate tectonic movement

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH