Kalamullah

Kalamullah

Friday, April 9, 2010

4236 Sepi






April 8' 2010, Sambal Hijau Restaurant, Kg Sungai Penchala. Sesi makan-makan yang terakhir FAREWELL bersama dengan Mr. A, Mr. A merupakan bos aku di opis. Beliau akan bersara pilihan awal. Alasan nak bersara awal sebab:

1) Tak berminat lagi nak melayan karenah dan prosedur kerajaan yang menyusahkan. (Yang ini aku memang setuju seratus peratus)
2) Nak concentrate kepada BSKL investment.
3) Nak makan dan tidur.

Sepanjang 1 tahun lebih banyak perkara yang aku dapat pelajari daripada beliau. banyak ilmu dan maklumat berguna yang saya perolehi, tak ketinggalan juga perkara-perkara yang kurang baik (cerewet sungguh!).. Hahahaha biasalah aku ni suka memberontak dan melawan.... banyaklah pertelingkahan dan rasa tidak puas hati yang beranak pihak dalam hati aku. Aku mintak maaf dan 0-0 semuanya.

Sedar tak sedar semalam hari terakhir beliau sebagai kaki dan tangan kerajaan, cepat sungguh masa berlalu. Aku sebagai ex staf beliau (sekarang ni) mendoakan beliau berjaya dalam apa jua perkara yang beliau nak buat demi membesarkan anak-anak dan keluarga.. amin











Selepas ini tiada lagi deringan dari bilik 4236
terima kasih

Notakakiku:
- Gulai lemak urat kaki lembu Sambal Hijau sememangnya menyelerakan. Walaupun semangkuk besar penuh dengan lemak dan lendir sendi, tanpa kegagalan aku berjaya menghabiskan jua... nyum nyum nyum, ada sapa-sapa tahu ke mana nak cari sendi lembu dan resepinya untuk saya masak sendiri di rumah.
- Jumlah harga yang Mr. A kena bayar cuma RM114 sahaja. Memang berbaloi sangatlah dengan apa yang kami makan.
- Datang jam 11 memang best, pelanggan masih belum ramai lagi masa tu, makanya bolehlah memilih lauk yang masih belum disentuh lagi.
- Selamat Bercuti terus Mr. A

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH