Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, April 28, 2010

Aku mahu kamu lagi


Jujur ku katakan pada mu
bahawa kamu yang paling mengerti tentang hati ku
takkan ada yang lainyang dapat menggantikan diri mu...

Berulang kali telah ku mencoba, membuka hati untuk yang lain
namun semua tak pernah bermula dan berakhir kerna cinta ku hanya untukmu

salahkah diri ku yang tak bisa untuk melupakanmu
memaaf aku bisa mencari yang lain

Monday, April 26, 2010

Rumah Lama Kampung Baru


Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, April 18' 10: Teater baru yang aku sendiri tak sangka akan begitu meruntun jiwa dan sanubari aku sendiri. Terkadang aku terlupa asal usul diri sendiri.. datang dari tanah akan balik ke tanah juga. aku terlupa untuk berpijak dibumi yang nyata.. selalu sangat menggapai benda yang takkan tercapai.. jauh panggang dari apa.... tidak berusaha dan hanya terus menyalahkan takdir dan tuhan

semakin lama, semakin banyak yang aku sedar tentang kelemahan dan kedaifan diri aku....
huhuhuhuhu...



Pelokon utama.. paling suka lakonan En. Zul (askar pencen)
Notakakiku:
Tahniah pada semua yang pandai berlakon diatas pentas dan berjaya membuatkan jiwaku meruntun sayu....

Tragedi Pisang Spaghetti


April 24'10 : Terminal Putra Gombak, perjanjian dengan MiG dah berlangsung hampir satu purnama setengah, kotak di monthly planner pun dah basi....akhirnya masa yang ditunggu pun menjengah jugak... punyalah lama tunggu..... asyik tengok kat FB ngan multiply orang lain saja.. akhirnya aku sendiri yang sampai.. memang tak jauh pun.. setengah jam dari KL.. tapi sungguh berbaloi..... sangatlah cantik.. air terjun dinding... susah nak cari!

Jam 9:00 pagi lagi aku dah sampai kat LRT Putra Gombak, yang sudah sampai MiG, Sham dan Bedah Ritz Carlton ajer .. tunggu menunggu akhirnya jam 12 baru gerak ke sana.. kalau aku tahu janji melayu tentu aku layan mimpi puas-puas dulu ngan tilam busuk aku.... takpe apologieskan sajo!


Time ni dah matahari tegak terpacak di anak rambut barulah mula nak sampai..
khatam jugak la paper kosmo dibaca.. Topik paling best
" Budak lelaki tingkatan 2 sekolah agama kat kangar nak bunuh diri terjun dari tingkat 3 sekolah gara-gara cinta ditolak.. siap pakai baju melayu lagi....ala comelnya dia posing nak jumpa sakaratulmaut!"

kena cross twin tunnel ni dulu baru sampai ke tempat yang ditujui

Lompat si katak lompat .. LOMPAT!

Sekadar hiasan

Sekadar Hiasan

Sekadar Hiasan

Appertizer.... jagung bakar sapu butter and pepper.. 3 batang RM2.50 mana nak cari....?

Spaghetti as lunch dish.... pujian lah kepada yang bersusah-payah menyediakan makanan ni, memang ucapan tahniah yang tak terhingga dari hujung rambut sampai ke hujung kuku ibu jari. dan dengan spaghetti ni jugak la... seluar pendek dengan kain pelikat aku bau haprak sebab aku tercirit birit.. 4 kali satu malam sampai aku tak tido langsung dan tak payah nak buka seluar dalam sure tak sempat... dalam underwear jugak dia kuar.. aroma dia toksah nak cakap lah!

Add ImageSubhanallah cantiknyer! dah macam bukan kat sini dah!

Sesi memanaskan badan sebelum berjimba-jimba


Time ni kering lagi.. cute dan secocok kan couple kat kanan tu! :)

Yeay! dah basah dah... air yang mengalir kat sini tak lah jernih pun.. kaler dia ala-ala kaler cokelat tangki flet kat umah aku.... kena filterkan dulu... tapi yang best tu view dia...
tak rugi mata memandang

14:00 , mengemas semula..... banyak perkara sebenarnya aku sendiri kurang bersetuju dengan penggiat rekreasi ni... berjuang menegakkan keindahan alam semulajadi tapi dalam masa yang sama masih lagi melakukan kekotoran dan pembakaran dalam hutan....kat kawasan camp site sendiri bersepah dengan tin-tin kosong dan plastik yang sure cacaing takkan boleh gigit..... pikirlah sendiri... aku ckap untuk diri aku sendiri jugak

Rombongan Tuan MiG ke Sg Pisang.... dari awal ingatkan yangjoin cuma 15 orang dan sungguh teruja pabila menjadi keluarga yang besar.. tahniah kepada Tuan MiG sukses sekali....

Message tak dapat nak dipastikan.... yang pasti semuanya sangat penat....
Next time sure aku akan datang sini lagi, tak nak camping dah...
cukuplah datang pagi balik petang!

notakakiku:
- tak tersengaja tema pakaian kali ini abang rimau, beg rimau, baju rimau, hemmock rimau, sandal rimau selamat tak pakai underwear rimau... ngauuuuuuum!
- Salam kenal pada yang tak kenal.... Masterskill unibesti kolej, Budak Genius, Budak kena tipu, student UNIKL, budak silat, Budak approvekan skrip ajen insuran, budak investor... sungguh banyak ilmu yang aku pelajari semalam.
- AJK makanan memang best semuanya amatlah sedap... BBQ kambing dengans sos black paper...

Thursday, April 22, 2010

Monday, April 19, 2010

Minyak Habis di Gunung Raya

LANGKAWIEEEE!

April 12-14' 2010 :

Trip yang seterusnya ke Langkawi dengan menaiki feri penumpang, kali terakhir aku ke langkawi dengan menaiki feri tak salah aku tahun 1994 tahun itu aku baru tingkatan 1, kebetulan ke sana atas undangan menghadiri majlis kenduri rakan ayah aku.

Masa telah begitu lama berlalu, perkhidmatan feri masih lagi sama seperti dahulu, ferinya juga masih dari koleksi-koleksi muzium yang sama.. tiada kelihatan feri penumpang yang canggih seperti di Singapura hatta seperti catamaran di sydney.... Alhamdulilah kecekapan pengedalian penumpang dan terminal penumpang sememangnya harus diberikan pujian.

Aku kesini pun kebetulan atas ajakan teman sepejatku atas urusan kerja.. kami kesana cuma untuk 4 hari... walaupun jadual kerja sememangnya pack dan ketat, tapi masih sempat untuk menular dan explore seluruh pulau.....

Ada jugak tempat yang tak sempat sampai... Datai beach, Tanjung Rhu beach (rindu kat pulau batu andaman) dan yang paling mengecewakan kabel car ditutup dengan memberikan alasan maintenance untuk menyedapkan hati.... sehingga kini sudah 3 kali nasib yang sama untuk aku... yang sempat cuma drive ke puncak Gunung Raya hinggkan minyak habis di puncak.. terpaksalah drive turun tanpa menghidupkan enjin langsung. Hahahahahahah :( kenangan yang terbaik

Hari pertama lagi aku dah kena kelentong manja dengan teammate... aku sendiri ingatkan dengan shot jam 12 malam dari kuala lumpur sempatlah earlybird feri ke langkawi. sudahnya jam 12:30 tenggahri baru gerak ke langkawi, sebab apa.. sebab masing-masing nak balik rumah parent dulu.. suka ke tak suka, paksa rela jugak lah aku ikut.... huhuhu


satu inovasi yang baguih sungguh..
dapat mengelakkan bayi-bayi yang dibuang daripada menyumbatkan tali air sawah


Jom bergaul mesra! pelik dan menarik

Kubota.. dulu ayah aku ada satu macam ni, tapi dah dijual kepada peniaga besi buruk sebab tak buat sawah padi lagi


Projek gajah putih BN

Dibawah ini adalah kerja saya






Ok, cukup cakap pasal kerja.. sekarang masa untuk bergembira dah pun bermula..selamat tinggal kerja..... yeay!


meh sini papa bagi makan karet.... nyum nyum nyum (sambil feling makan sate kelinci)


Walking on the fine pearl sands....... enjoying the spectacular sunset


Selepas matahari menyembunyikan dirinya....



Diatas, diatas dan diatas sana... semasa dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting....
Pengalaman yang paling menyeramkan semasa berenang di tasik yang dimaksudkan tersebut, terasa seolah-olah ada tangan asing yang menarik badan aku ke dasar tasik.. cukuplah sekali aku berenang kat siti.. tak nak lagi!


menumpang ditangga depan rumah orang....

dah lupa dah ni kat mana!





Semua diatas... aku terbang..... best aku cakap korang...


Sapa nak tumpang balik rumah.. meh sini aku bawakkan

Makan-makan sesion : Laksa Langkawi, lokasi di depan beach kat end runway Padang Matsirat Airport... sungguh menyelerakan dan amat menakjubkan... mungkinkah mereka mencampurkan air ketum ataupun nakkoba yang menghayalkan.... sesungguhnya aku tak pedulikan semua itu sebab nilainya kan amatlah murah apatahlagi dimakan bersama cendul pulut langkawi


Langkawi Geopark ~ Oriental Village .. tak nak cakap banyak ..
ecause kecewa sebab cable car tutup lagi

Cantikkah mahsuri? sampai sekarang aku tertanya-tanya?


At Gunung Raya summit.... average view due to haze condition


Pagi yang terakhir sebelum bertolak pulang.... nak naik jugak ke puncak Gunung Raya, walaupun dah tahu minyak kereta dah menyala dari malam tadi dah.. akibatnya kena turun gunung dengan engine off (kerja gila) . jangan la buat lagi... selamat tuhan masih sayangkan umatnya


Afternoon scene ~ Chenang Beach.... awalnya mencuba juga tak nak pakai selipar..
memang merah padam muka mengerut menahan kepanasan dan kepedihan di tapak kaki atas pasir panas.... bagus kan untuk kesihatan badan


Yang terakhir sebelum take off....
sungguh penat, nak tido dalam mobil..esok nak keja lagi

notakakiku:
- barulah kini aku tahu dan menerima hakikat langkawi syurga membeli belah juga
- if stay more than 3 hari, barang-banrang belain takkan kena cukai..... syarat tak lebih rm500 per person.
- tempat stay paling terbaik di Pantai Cenang, kalau stay ditempat lain memang ninght life zero
- Pengalaman 3 hari lebih mendekatkan diri aku dengan keperluan diri ....

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH