Kalamullah

Kalamullah

Thursday, March 11, 2010

Penawar buat si Bujang


Penawar Buat Si Bujang macam saya:

Bila nak kawin???

Selalu sangat orang menyoal, sana sini asyik bertanyakan perkara yang sama.. kadang-kadang naik bosan sampai sanggup tak balik kampung........ Di sini orang bertanya. Di sana orang menyoal. Tak kira teman mahu kenalan. Asyik-asyik itu je yang jadi bualan

Begitulah nasib orang bujang.Tak kira lelaki mahupun perempuan. Bila nak kawin??? Keluarga pun dah mula risau. Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak. Si dara, ayah takut bergelar andalusia. Bila nak kawin???Jiran turut sama menumpang tanya. Bila dijawab jodoh belum ada. Kata mereka, kita kenalah usaha. Mandi bunga salah satu caranya. Tak pun mandi ais boleh dicuba. Bila nak kawin???Aduuuhh...aku disoal lagiKawin??? Nak kawin dengan sapa? Calon pun takde. Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya

Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

(aku ambil tunang @ isteri kau, baru padan muka) Bila nak kawin???Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa) Andai memilih isteri semudah bershopping di pasar malam takpun kat downtown Atau semudah membeli VCD cetak rompak Takpun sesenang memakan pop corn.. ataupun macam kad touch and go..(lazat sekali.. tak suka buang, cari yang lain)

Bila nak kawin???Aaahhh....sungguh aku bosan. Banyak yang lain boleh jadi persoalan. Kenapa asyik itu yang dihadapkan. Apa kita nak heran lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin??? Pada yang masih bujang. Biarkanlah mereka terus bertanyaUsah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..) Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.Bila nak kawin???Pada yang asyik bertanya usah dirisaukan jodoh orang. Jaga masjid sendiri agar tidak goyang. Lain orang lain rezekinya. Syukurlah dengan apa yang kita ada..

MORAL OF THE STORY: DONT ASK ME BILA NAK KAWEN!

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH