Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, March 30, 2010

Wednesday, March 24, 2010

Tuesday, March 23, 2010

Peluang seterusnya


terima kasih kerana meminjamkan aku sedikit ruang dihatimu

akan aku buktikan kisah cinta agungku

Sunburst Fest = Tanned + Tired

Date : 20-21 March 2010
Location: Pusat Latihan Sukan Air Pulau Pinang

Terima kasih pada yang sudi membenarkan saya sertai (thanks Cik Syuhaida)
..... dah lama sangat rasanya tak masuk kayak ekspedisi, adalah lebih kurang 8 tahun.. Alhamdulilah kekuatan dan mental masih sama seperti dulu, leading dihadapan always.. bukan nak riak... itulah kekuatan diri saya yang sebenarnya.. mungkin saya seorang yang emosional tetapi saya sangat hebat dalam kekuatan fizikal

Sebelum bermula... nikmatilah dulu 3 pic perasaan bagus ni!



Aww!

Awwww!

Awwww! mmmbekk!

Bertolak dari KL jam 8 malam... sebenarnya dari jam 7:30 lagi dah ready depan balai polis... pergi dengan mimi yang aku tak pernah kenal.... (pool car + takut)

Sampai di R&R Rawang untuk menantikan yang lain... sesungguhnya berkat berfikiran positif.. aku mampu menahan nafsu amarah ku sampai jam 12 barulah geng-geng penganjur sampai... siap2 tak mintak maaf lagi tu.. salam kenal untuk semua yang baru kenal malam tu.

Journey ke Penang malam tu agak memenatkan sebab tak tidur asyik bersembang, singgah memanaskan badan dengan kopi jantan di R&R Bukit Gantang. Sampai ke Pusat Latihan Sukan Air Pulau Pinang, Teluk Kumbar jam 4:30 pagi.. mmmm sungguhlah mengantuk...


Pagi esoknya seawal jam 8:30 breakfast (nasi lemak lagi) and membuka
telinga untuk briefing ekspedisi.... im soo excited!

Sedikit maklumat tentang ekspedisi ni,

Jarak perjalanan lebih kurang 20 km iaitu sekitar 4 jam jika non-stop mendayung dan 6 jam mendayung bersuka ria dan 30 minit naik bot.

Perjalanan dari Teluk kumbar akan melalui teluk berselut dan seterusnya melintasi Teluk Bayu (2 jam 30 minit) sebelum berhenti lunch di Tanjung Kuari.... (perjalanan sedikit perlahan kerana air mati, dan perlu lebih berhati-hati dikhuatiri banyak batu-batu didasar pantai). Tanjung Kuari berhadapan dengan pulau perlindungan nelayan iaitu Pulau Rimau.

Dari Tanjung Kuari terus ke Piling Rig second bridge lebih kurang 2 jam.... derita betul-betul bermula dari sini sampai ke Pulau Aman dengan keadaan angin arus laut dan angin yang tak menentu... panat tangan mengayuh!

Mental betul-betul hilang apabila menghampiri muka sauh (pintu masuk) Pulau Aman yang membuatkan hati tidak aman. arus laut betul-betul menyeksakan kayuhan.. namun amat beruntung memiliki partner yang memahami, mental dan tenaga yang kaut.. sekitar jam 4:30 petang selamat landing di Pulau Aman. disebelah Pulau Aman, Pulau Kendi

Pulau Aman memang aman, sebuah pulau nelayan yang mendpat batuan penuh ICU, jabatan Perdana Menteri untuk dibangunkan sebagai sebuah produk eco-pelancongan, maka tidak hairanlah pulau ini sangat cantik dan bersih walaupun punduduknya tidak ramah tamah.... Apapun mee udang paling best, menyelerakan dan sangat murah ya amat! seperti kata En. Kenya (terima kasih belanja makan, mudahan murah rezeki)

Sesi memilih partner dan kayak yang paling comel....
YAHOO! aku dapat yang paling comel diantara yang comel
walaupun aku hanya dapat melihat belakangnya sahaja dikebanyakkan waktu

Satu-satunya kucing kurap yang bernafsu pada manusia.... hihihihi i like!
(spesis baru ni kena dipaternkan)

Jam 11 pagi baru memulakan dayungan selepas air benar-benar pasang, nasiblah kayak ditengahhari.... kompom hitam legam

Rafting yang pertama.... masa ni sanggup lagi bawak kamera dalam kayak!
Is it chomey?


melebar sampai ke telinga

Berhenti untuk lunch di Tanjung Kuari... masa ni dah ramai yang naik bot....
yang muntah dan pening pun ramai jugak


Hidangan makan tengahhari... ayam goreng, ikan belanak masin goreng, nasi putih dan sayur goreng. Namun tumpuan lebih kepada buah tembikai merah

berehat di Tanjung Kuari... ramai yang dah pening masa ni

Setelah selamat sampai ke Pulau Aman, bergambar kejayaan bersama partner saya

Saya dan paddle biru

Saya dan paddle berwarna-warni

Muka seposen

Padde biru dan putih.... beruntung dapat guna paddle ni, kalaulah guna
paddle besi satu hari belum tentu sampai lagi

Bersama Cik Puan Dee.... berjumpa lagi setelah setahun menyepi

Yang banyak membantu

Kayak putih penyelemat situasi

Senarai menu makanan di Pulau Aman

Mee Udang Pulau Aman yang sedap itu

Close Up udang-udangnya yang besar





Malamnya... dinner jam 9:00 malam, seperti dijanjikan sesi makan-makan BBQ.... ayam dan sosej... tak banyak soal walaupun kurang 'kick'...
sebab dah lapar sangat makan cepat-cepat dan terus tidor

Selamat pagi.... hari kedua, nak pulang ke Pulau Pinang kembali... hari yang indah
walaupun tak cukup tidur dan badan amatlah penat, tetapi still excited nak
teruskan kayuhan..dimulakan dengan hidangan bihun goreng nyum nuym nyum!

Kayak bertuah... laju dan lancar membelah badai

Bersiap-siap untuk memulakan kayuhan.. lihat di belakang sana,
air laut yang benar-benar tenang mengujakan untuk terus berkayuh.



Muka tak mandi pagi....

satu spesis yang lain dari adik-beradik yang sama


Memanaskan badan

kayuh sepuluh minit.. rafting.. kayuh sepuluh minit rafting


gambar terakhir sebelum dimasuki air... :(
Notakakiku:
- Hari ini hari ke ke tiga since sabtu lepas... kulit aku terbakar teruk... mula mengelupas disana sini.. malu nak keluar rumah.. macam mana nak attend meeting kat EPU Jumaat ni... matilah
- Lain kali kalau nak ke mana-mana better pool car.. betul2 berjimat... KL-Penang-KL just RM 60....
- Seronok mengenali seorang budak yang dulunya 105kg.... skg 70 kg... motivasi besar ni
-Terima kasih kepada penganjur sebab berjaya organize event ni, anda memang hebat.... mudahan aktiviti seperti ini diteruskan lagi dimasa akan datang...
-Mohon maaf jika ada terkasar bahasa.. almaklumlah saya ni bualnya lucah.. tetapi dihati baik

Wednesday, March 17, 2010

Berhenti Berharap

Aku dah penat berharap dan mengharap.. aku benar-benar dah penat

Dulu Ku Tak Pernah Percayakan Cinta
Yang Tak Harus Memiliki
Pernah Ku Paksakan Walau Tak Sejalan
Meski Ku Tahu Ku Salah

Dan Ku Coba Melupakanmu
Karena Ku Tahu Kau Bukan Milikku
Dan Ku Berhenti Berharap
Akan Cinta Mu Yg Dulu Ada Di Hati
Dan Ku Coba Tuk Bertahan
Walau Berat Kini Ku Berhenti
Berharap...

Kini Ku Akui Hatiku Tak Bisa
Selalu Miliki Dirimu
Pernah Ku Paksakan Walau Tak Sejalan
Meski Ku Tahu Ku Salah

Dan Ku Coba Melupakanmu
Karena Ku Tahu Kau Bukan Milikku
Dan Ku Berhenti Berharap
Akan Cinta Mu Yg Dulu Ada Di Hati
Dan Ku Coba Tuk Bertahan
Walau Berat Kini Ku Berhenti
Berharap...

Makan-makan sesion kat Seksyen 19, Shah Alam

Sorotan yang berlaku pada ahri tersebut : Taman Desa, Kuala Lumpur - Seksyen 19, Shah Alam - Bukit Kemuning - masjid Sultan Salahuddin - Stadium Melawati (Jualan Gudang) - Amik Gambar - Stadium Shah Alam - Lake Garden - Taman Desa .... Penat










Tuan Rumah dan anak pertamanya, anak kedua masih didalam perut lagi

Tengah menunggu giliran nak makan

notakakiku:
- Mekasih pada workmate comel aku yang sanggup datang amik aku di rumah sampai sesat-sesat ke Kuchai Lama
- Mekasih sebab sudi melayan perangai emosi dan gila aku...
-Makanan kat umah kenduri sedap sungguh.. nyum nyum nyum
-Shah Alam best, banyak tempat yang menarik... rugi tak tahu sebelum ni
REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH