Kalamullah

Kalamullah

Thursday, February 25, 2010

Lotus...... TAR Road

Semalam selepas kerja, tak tahu nak buat apa... gym lagipula tutup.. RABU-HARI WANITA MEMBAKAR LEMAK Di GYM. nak balik rumah awal bosan.. duduk sorang-sorang tak buat apa2. end up... pegang pisang.

Panggilan dibuat.. mendapat sambutan terus lepak kat LOTUS, capati 2 keping dengan kuah kacang dal diperindah dengan teh 'O' panas kurang manis. Benar-benar membangkitkan berahi. Best betul menge'teh' kat sini betul-betul dihadapan tempat orang berlalu-lalang.. Maka, banyaklah cerita yang boleh diwujudkan dan dikutuk dan direkakan.. ada yang gemuk, kurus, cantik, kurang cantik, hitam manis, cina, india, melayu, nepal, bangla, indon, macam-macam.. sedar-sedar jam 8... balik maghrib nak habis dah!






















notakakiku:
malam tadi dia datang, tapi tak cakap apa-apa pun, meneysal agaknya terus balik rumah.. padan muka saya

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH