Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, February 3, 2010

Kerja Malam

Dah masuk bulan Februari... terasa macam baru semalam je tahun baru..


cepat betul masa berlalu kan.... tak sedar satahun dua lagi masuklah aku ke kelab 30



Tersenyum sorang-sorang aku ketika ini.. senyum sebab aku semakin tua, senyum sebab aku semakin membesar dan mula matang, senyum sebab memimpikan apa yang akan berlaku dihari-hari akan datang dan tersenyum sebab tertanya-tanya bila aku nak mengakhiri zaman bujang... mampukah aku???

...



Bila aku fikirkan balik, dah bermacam-macam benda yang aku telah tempuhi, pahit manis.... tersenyum lagi...... mungkinkah aku boleh senyum awal memikirkan perkara baru dan rintangan yang akan aku tempuhi dan lalui di usia yang selanjutnya.

Bercakap soal karear dan pendapatan... benda yang aku akan bercakap dan mengkritik tidak henti-henti sampai orang lain naik bosan.

semuanya kerana apa... kerana RM.. ayat keramat dimuka bumi

orang cakap kita guna duit untuk hidup,k duit yang mengikut cara kita hidup.. tetapi aku menjadi hamba duit

mungkin inilah akibatnya pernah mendapat gaji yang besar.. sekarang ini bila dapat gaji bulanan yang kecil, sememangnya sukar sangat.....

terpaksa lah buat kerja haram.... kerja diluar waktu bekerja

aku dah buat macam-macam untuk dapatkan extra income....MLM usah cakaplah... dah ebribu-ribu modal habis.. tapi satu hasil pun tak ada... mungkin aku terlampau gelojoh sangat...

namun hari ini aku gembira dengan duit tambahan yang aku perolehi

walaupun tidak seberapa cukup untuk menggembirakan aku... sekurang-kurangnya dapatlah menokok tambah membayara bil api, air dan talipon....

terkadang aku sendiri msih merungut dengan extra yang aku perolehi, namun sekurang-kurangnya aku lebih baik dari yang lain dari segi extra.

mungkin sebelum ini dengan kesibukan dimalam selasa dan khamis, tetapi kini bertambah lagi dua malam setiap malam isnin dan rabu...8 jam seminggu...
mungkin ini sahaja jalan yang terbuka untuk aku... tidak seberapa, tetapi yang terbaik....

malam ini bermula lagi.. umpama kerja dari pagi sehingga malam

penat sememangnya penat.. tak cukup masa untuk diri sendiri apatah lagi nak meluangkan masa untuk orang lain..

Nak buat macam mana, semuanya kerana RM... dengan pendapatan sediada memang cukup untuk hidup dan makan di ibu kota.. tapi kalau nak lebih sedikit, nak beli itu, ini nak jalan-jalan.... sememangnya tak cukup.. ini jalan yang aku pilih

mungkin selepas ini jalan lain akan terbuka...

insyallah

aku teruskan mimpi dan berharap


walaupun beramai, berseorangan, sekumpulan.. aku tetap kena tempuhi juga kan.... kerana demi mencari sesuap kebahagiaan

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH