Kalamullah

Kalamullah

Thursday, February 18, 2010

emo lagi... lepas CNY

Baru pagi ni, aku ada sedikit semangat untuk mula menulis kembali

diary kuning di dalam kamar merah sejak akhir-akhir ini jarang ku selak dan coret.. mungkin kecemburuan masa yang membuatkan aku leka seketika

minggu ni di kantor pun unsur-unsur kemalasan masih ketara jelas

masih banyak workstation yang kosong.... yang menyambut raya cina cuma dua orang sahaja.. tapi yang melayu pulak yang lebih-lebih bercuti... biasalah 1 Malaysia

mungkin inilah yang dikatakan budaya kerja disektor kaki dan tangan kerajaan...

mula-mula aku masuk sektor ni dulu... mungkin aku sendiri punya impian untuk mengubah persepsi ini.... supaya sektor ini dipandai mulia dan halal dimata swasta...

namun setelah satu tahun memegang jawatan makan gaji disini.. semuanya hanya tinggal angan-angan... kini aku adalah sebahagian daripada budaya 1 Malaysia disini (8:00am till 5:00pm)

Cukup bulan dapat gaji.... tapi sampai bila nak jadi macam tu, otak dari sehari ke hari semakin perlahan. apabila diberi tugasan mula mengeluh dengan seribu alasan....

Waina, ketika ini pun aku tertanya apa yang aku buat sebenarnya...365 hari.. mungkin sumbangan aku cuma 20% dari masa tersebut. dan cuma 5% yang memberikan kesan kepada hidupku.

terlalu banyak aku lali dan lalai mungkin....

kena membuat sesuatu ni


notakakiku:

nak buat jualan murah pakaian-pakaian berjenama di blog ni
banyak sangat stok....... coming soon

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH