Kalamullah

Kalamullah

Thursday, February 25, 2010

Lotus...... TAR Road

Semalam selepas kerja, tak tahu nak buat apa... gym lagipula tutup.. RABU-HARI WANITA MEMBAKAR LEMAK Di GYM. nak balik rumah awal bosan.. duduk sorang-sorang tak buat apa2. end up... pegang pisang.

Panggilan dibuat.. mendapat sambutan terus lepak kat LOTUS, capati 2 keping dengan kuah kacang dal diperindah dengan teh 'O' panas kurang manis. Benar-benar membangkitkan berahi. Best betul menge'teh' kat sini betul-betul dihadapan tempat orang berlalu-lalang.. Maka, banyaklah cerita yang boleh diwujudkan dan dikutuk dan direkakan.. ada yang gemuk, kurus, cantik, kurang cantik, hitam manis, cina, india, melayu, nepal, bangla, indon, macam-macam.. sedar-sedar jam 8... balik maghrib nak habis dah!






















notakakiku:
malam tadi dia datang, tapi tak cakap apa-apa pun, meneysal agaknya terus balik rumah.. padan muka saya

Wednesday, February 24, 2010

Teater Antara

'Betapa menderitanya jiwa yang hampa
Betapa sakitnya cinta yang terlantar
Betapa menyedihkan jiwa yang hidup jauh dari sang kekasih'



Teater Antara : Arahan Erma Fatimah

Tonggak utama: Fahrin Ahmad, Nasha Aziz, Azizah Mahzan, Diddy etc

Showing : 26-28 February 2010 , 8:30pm daily

# Tadi baru balik dari Istana Budaya niat nak membeli tiket teater tersebut diatas... dengar-dengar di corong radio harga tiket semurah RM20, tapi bila sampai kaunter harganya menjadi RM70... dimanakah silapnya... berANTARAlah aku dirumah

Tuesday, February 23, 2010

Pyramid Puzzle



Semenjak dua menjjak ini aku seringkali di'Approach' oleh pelbagai individu bagi menyertai satu peluang menambah pendapatan yang aku sendiri telah pernah terjebak di suatu masa dulu. Tapi sehingga ke hari ini passive income sistem piramid ini tidak berkesan untuk diri aku. Bukan aku tidak percaya.. tetapi aku tahu tahap kemampuan diri aku.

Ada orang cakap-cakap.....

-The malay never rises to be more than a hawker and this is the result, no doubt, of that want of ambition to be rich

-Jika nak senang dan kaya, peluangnya hanya melalui perniagaan...

-Bill Gates pernah berucap.. entah kat mana aku pun tak tahu pada abad ke 21 bidang yang akan kebabom ada 3 IT,...... dan yang terakhir Networking distribution (menatang ni la)

Dahulu aku sendiri pernah menyertai benda-benda ni dari tahun 2007. Aku join atas kekangan dan desakan kewangan yang semakin meruncing. Terregister secara tidak sengaja di dalam satu lama web. Mungkin bukan rezeki aku ketika itu, duit yang aku laburkan tak menjadi, sudahnya aku tak 'keep in touch' pun dengan superior pun. .. malahan produk yang aku beli hanya menjadi pekasam di rumah.. tak berusik pun.... tinggallah kenangan En. dan Puan. Smith yang memperkenalkan aku kepada benda ni dan itulah pertama kali aku menjejakkan kaki ke Business Centre, Berjaya Times Square Hotel



Yang keduanya aku diperkenalkan oleh officemate aku ketika aku bekerja di Taman Desa, tertarik dan terpedaya dengan penerangan dan sistem yang diperkenalkan.. dan kerana capital yang rendah, tanpa berlengah aku terus sign-up... kekomitan aku cuma dua bulan sahaja kerana terlampau penat menipu dan memaksa orang lain, hilang kawan dan wang ringgit, setiap bulan kena buat sale dan semuanya menggunakan duit.. untung tidak seberapa malahan jauh lagi nak buat cover balik modal. Officemate yang introduce aku pun terus senyap.... slow dan terus mati.. sempat aku merasa sorang downline dibawah aku... tapi dia pun senyap... alasan yang sama, modal maintenance sungguhlah tinggi! dan tak sesuai untuk pekerja middle seperti kitaorang ni..



sepanjang aku buat biz ni sempat aku menghabiskan buku ni, tapi aku setuju sangat apa coment yang diebrikan ni 'Kiyosaki's book really opened my eyes. But, it also made me think that maybe his book was written for those who are already rich and just don't know how to invest in their money'



Pernah dengar tentang 'Iridiology'... satu kaedah mengesan tahap kesihatan dan penyakit didalam tubuh badan melalui iris mata..

(Kate omputih)Iridology, which is a scientific technique to assess a person’s health by analyzing the iris markings on her eyes. Iridology does not claim to diagnose an actual disease but will identify weaknesses in the body.

Aku mengenali benda ni semasa tahun 3 universiti di universiti dahulu, tetapi baru 3 bulan lepas tahu mengenai syarikat ini ketika short trip ke pantai timur... aku register dengan alasan untuk mendapatkan harga murah untuk membeli produk.... memang ada hasilnya kepada badan aku.. tetapi aku still tak minat jugak.. prospek slow dan aku malas





Dan dalam 2-3 minggu ni... seorang budak di bangunan ni pulak sibuk mengapproach aku dengan satu benda baru ni... benda ni jugak la

cukup la aku dah penat....

4 kali aku dah jatuh.. aku tahu dimana tahap potensi diri sendiri

Monday, February 22, 2010

Jelawang Waterfall (Part II)

Sambungan pada hari kedua,

alhamdulilah pagi ni aku sempat bangun awal dan melayan sunrise, masyallah memang menakjubkan... waktu aku bangun tu sekitar jam 6:30 pagi masih gelap lagi sebenarnya.
Dan aku ingatkan belum ada penonton lagi di puncak air terjn jelawang.. tapi dah ramai dah budak-budak yang dok ready dengan kamera nak snap saat sang matahari bangun dari tidur.

Memang sangat cantik, dari saat cahaja gelap bertukar kepada jingga kepada keemasan di ufuk timur... semuanya bagaikan syurga..... bunyi burung dan unggah sahut-sahutan mengindahkan suasana.





Thursday, February 18, 2010

Jelawang Waterfall (Part I)

Location: Jelawang Waterfall, Mount Stong, Dabong, Kelantan
Period: 12-16 Feb 2010
Crew : Me, Mak Tiri, DLC, Azli, Ucop, Memey, Nurul + Deanna

Jelawang Jungle info:

Jelawang Waterfall
The Jelawang jungle in Kelantan offers a variety of trekking opportunities and different level of comforts. At the “entrance” to the jungle is the Perdana Stong Hill Resort and an hour of uphill trek through leech-infested ground is the Baha’s campsite. Around the area, waterfalls and several mountains to suit the different interest of the trekkers. Caving is also available near to the Dabong Railway station. A trip to the caves can be arranged with the guides.

The many treks available meant that visitors would not be bored when they visit the Jelawang jungle. To start with, there are 4 caves (Gua Ikan, Gua Kris, Gua Pagar, Gua Gelap) near the railway station where you can explore. The caves are still relatively clean and the structures intact but with further human intrusions and lack of control, it is just a matter of time the condition of the caves deteriorate. Other than the Jelawang waterfall, which is claimed to be the highest in South East Asia at a height of 305m, there are also several smaller ones along the stream. The stream, with its many pools and potholes, is a great playground for people who love mountain streams. Apart from the three most commonly climbed mountains mentioned above, there are six others that can be found in the region. For those who want to take up the challenge, it is possible to climb all nine mountains in a week


Ni antara trip yang aku tak beberapa nak excited nak join sekali, mungkin sebab dah berjanji dengan mak tiri.... maka suka atau tidak kena ikut jugak... ini lah akibatnya dah lama tak masuk hutan! memang betul-betul terasa janggal tersangat!

Trip dengan KTM sekali lagi, 14 jam dalam coach ekonomi yang lazimnya akan dipenuhi dengan kelantanese.. good experince for me untuk mengenali dengan lebih sempurna dan detail...


Mak Tiri dah mengamuk..... jom cabut!


Dabong Station, After 14 hours sickness journey


Dabong Station

Ini

Mangsa
Keadaan

Double Track

Domestic Locomotive Tumpang - Gua Musang

Breakfast...... Nasi Berlauk + Roti Canai 7 person makan cost less than $5


Warning sign!


Fresh chicken for camping ration.... $7.50/kg

Before take off!
Mula mendaki dari Resort bawah sekitar jam 3 petang, pendakian tidaklah sesukar mana, mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam 30 minit.. tak tinggi mana pun tapi disebabkan pakcik dah tua.... memang nak tercabut tempurung kepala lutut ni.
Betul kata cik DLC trek jelawang ni memang cantik dan sedap dilalui.. tidak semak dan seindah mata memandang. Yang peling mengasikkan ketika melalui air terjun dari bawah.. uhuiii tingginya..
Dan satu benda yang saya rasa nak kongsi bersama adalah Program syok sendiri USM i.e The Malaysia Book of Record - Banner Terbesar yang dijangtung dari punca air terjun Jelawang... masalahnya tak ada apa yang nak dibangga pun sebab yang tukang pasang tu bomba.. bukannya kakitangan hatta student USM sendiri,.. Sememangnya program syok sendiri
Daripada chat dengan pegawai bomba yang kukira amatlah besar pangkatnya. expertise high rope.. Terlampau banyak sangat percaturan dan karenah yang ditimbulkan USM.



Malamnya tak tahu nak buat apa, ASTRO pun tak ada, nak membuang masa pergi chat dipeak waterfall.... deanna + Ucop tido dalam hammock kat pondok.. nak dijadikan cerita backpack ucop terjatuh atas pelita api carbait.. apa lagi terus terbakar.. sian ucop.. beg baru beli RM400 pulak tu... sudahnya kena balik guna backpack guni gula..ala ciannya

Dibawah dan dibawah : scenery sunrise esoknya dari peak jelawang waterfall



notakakiku:
-walaupun cuma 3 malam di dalam hutan, tetapi banyak yang aku belajar, tenatang hati dan perasaan.. tentang mengjaga perhubungan..... (nak muhasabah diri kejap)
-Niat tak nak membuang duit, sudahnya terbuang jugak kat 2 ratus.. kat Rantau Panjang walaupun tengah tak ada duit ni. Abis lah duit umah sangkutlah bulan 3 ni.
-Terima kasih Kak T sebab masak banyak-banyak.... kesannya berat badan aku naik balik 2 kilo. Hari ni pulak masuk 4 pcs roti bakar, bihun goreng kerang, nasi suku, masak lemak ligamen lembu + masak lemak telur ikan
- Trip ke Rinjani di Lombok mungkin aku tak dapat ikut sekali, sebab utama adalah kerana masalah kewangan

emo lagi... lepas CNY

Baru pagi ni, aku ada sedikit semangat untuk mula menulis kembali

diary kuning di dalam kamar merah sejak akhir-akhir ini jarang ku selak dan coret.. mungkin kecemburuan masa yang membuatkan aku leka seketika

minggu ni di kantor pun unsur-unsur kemalasan masih ketara jelas

masih banyak workstation yang kosong.... yang menyambut raya cina cuma dua orang sahaja.. tapi yang melayu pulak yang lebih-lebih bercuti... biasalah 1 Malaysia

mungkin inilah yang dikatakan budaya kerja disektor kaki dan tangan kerajaan...

mula-mula aku masuk sektor ni dulu... mungkin aku sendiri punya impian untuk mengubah persepsi ini.... supaya sektor ini dipandai mulia dan halal dimata swasta...

namun setelah satu tahun memegang jawatan makan gaji disini.. semuanya hanya tinggal angan-angan... kini aku adalah sebahagian daripada budaya 1 Malaysia disini (8:00am till 5:00pm)

Cukup bulan dapat gaji.... tapi sampai bila nak jadi macam tu, otak dari sehari ke hari semakin perlahan. apabila diberi tugasan mula mengeluh dengan seribu alasan....

Waina, ketika ini pun aku tertanya apa yang aku buat sebenarnya...365 hari.. mungkin sumbangan aku cuma 20% dari masa tersebut. dan cuma 5% yang memberikan kesan kepada hidupku.

terlalu banyak aku lali dan lalai mungkin....

kena membuat sesuatu ni


notakakiku:

nak buat jualan murah pakaian-pakaian berjenama di blog ni
banyak sangat stok....... coming soon

Thursday, February 11, 2010

Offline

Aku benar-benar tak tahu apa nak buat pada ketika ini

handpone aku yang besar gabak dan baling anjing pun boleh mati tu.. dah rosak

punca jatuh dekat umah 'salah sendiri padan muka'

aku benar-benar patah kaki.. aku tak tahu siapa yang memesejkan dan mengcallkan aku...

aku terputus hubungan

minggu depan baru dapat repair.....

i'm offline for some days









Malam tadi


semalam main bulu tangkis terbang.....

dan

seperti biasa bila benda terbang

akulah lubuk tujahan...

tapi hepi + penat

anyhow

kena improve

Wednesday, February 10, 2010

Tiba-tiba suka sorang-sorang

Aku tak tahu mengapa semalam aku begitu seronok... walaupun kepenatan pulang dari kelas jam setengah 11, tapi aku masih mampu tersenyum girang (mungkin aku dah gila senyum sorang-sorang dirumah). Siap sampai rumah boleh layan cite Zaidi Omar Dimensi ke IV (susuk ke perempuan tu) dengan sambil berlari-lari ikan guppy kedapur memasak sup tulang lembu yang dah expired.... kelakar, yang pasti sup tulang sungguh terangkat kena pulak time memang perut tengah lapar sungguh.
Semacamnya aku ada kekuatan baru selepas baik dari demam.. seolah-olah lega dari segala macam dugaan dan bebana yang amat berat sebelum ini. Mungkin aku telah sedar kebolehan dan potensi dan kemampuan diri aku yang sebenar.... mungkin selama ini aku banyak melayan tingkah laku jiwa aku sangat.. membaung perkara-paerkara dan manusia yang memerlukan aku dan akhirnya tindakan itu yang memerangkap aku sendiri didalam loceng masa ...umpama macam time bomb... Bila dah sampai masa, sendiri meletup tanpa disuruh...
Arghhh! aku nak lupakan semua yang semalam dan semua yang lepas.. tak nak cakap lagi dah.. lepas ni nak cakap semua benda yang best dan menyeronokan sahaja... mungkin tentang makan-makan, mungkin tentang kebolehan aku memasak yang hebat tu.... (ni kalau chef ismail tengok ni mesti sembah takzim), takpun tentang jenjalan yang aku suka buat..... yeap.. i will start it back secepatnya.
No more melankolia... seperti mana yang pn. Intan selalu cakapkan .... ko ni selalu melankoli sangat.... i'm tryingto change....


notakakiku: lagu untuk jam ini











Tanya Hati

Tuhan tolonglah hapus dia dari hatiku
kini semua percuma
takkan mungkin terjadi

kisah cinta yang selalu aku banggakan
tahukah semua rasa yang kucinta untuk mu
tanpa pernah melihat betapa ku mencuba jadi yang terbaik
untuk diri mu

Oh mengapa
tak bisa dirimu yang mencintai ku
tulus dan kenapa adanya

aku memang bukan manusia sempurna
tapi layan dicinta kerana ketulusan
kini biarlah waktu yang jawab semua
tanya hatiku

Tuesday, February 9, 2010

Semangat Baru



Selamat membaca semua

aku baru balik dari lunch di Ikan Bakar Tanglin dengan budak PSM tadi, alhamdulilah dapat makan ikan bakar dekat situ... dah lama dah tak pergi makan sana
dapat kenal kawan-kawan baru yang majoritinya tidak bekerja dengan kerajaan.... business man, kontraktor, doktor, lawyer, ahli pemikir, MLM people dan etc.. dan tak sangka hari ini juga aku terbualkan tentang benda-benda yang aku tak pernah terfikir...
business.... extra income static... konsisten....
dan terbuka buat seketika pemikiran aku, untuk memikirkan peluang lain yang mungkin datang
mungkin pintu tertutup, tetapi masih terbuka tingkap untuk keluar
takkan selamanya nak pakai baju yang sama, nak juga merasa baju yang berjenama dan lebih mahal.. betul tak
Sekadar berkongsi pengalaman sebentar tadi...
notakakiku:

Carta diatas menunjukkan target keseluruhan projection body weight aku buat masa ini.

berat terkini 74 kg.. sungguh extra.. berat yang sama semasa aku mula-mula masuk kompeni ni.. dan tak sangka.. selama hampir 1 tahun berfitness. tiada perubahan, malahan terus naik dari masa ke semasa.

Ini targat aku, insyallah hujung bulan 4..dapat 68 kg... kurang dalam 6kg dalam 3 bulan, 1 bulan= 2kg.. boleh ni...

usaha tangga kejayaan

Monday, February 8, 2010

sakit lagi

Cuti minggu semalam sememangnya antara yang meninggalkan

kenangan dalam hidup aku

dengan masalah hubungan dengan manusia yang membosankan

ditambah pulak dengan keadaan kesihatan ku yang semakin menakutkan

aku kena demam 4 hari dari hari khamis sampai semalam

malah hari ini pun masih terasa bisa-bisanya

terasa begitu malang untuk aku..

umpama sudah jatuh ditimpa tangga...

sakit badan + sakit hati

memang tak tertanggung

tapi

seperti biasa aku boleh tanggung...

kalau tidak takkan aku bernafas lagi hari ini...

2 tahun


2 tahun aku meyulam kasih
2 tahun aku menyemai cinta...
2 tahun aku menatang bagai minyak yang penuh
2 tahun aku penat menanti

selepas 2 tahun aku tinggalkan semua

selamat tinggal semalam


notakakiku;
sekali aku jatuh, bukan bermakna aku akan terus jatuh,
aku akan terus bangkit menuju kedepan....
kelemahan mu, kekuatan aku
pergilah bangsat!

Thursday, February 4, 2010

English VS Native language

Semalam bermula kelas pertama F3 tahun 2010.. first batch kurang dari 5 peserta... walaupun kurang daripada sasaran, tetapi cukuplah untuk aku mendapat pendapatan extra setiap bulan..

walaupun bermula agak lewat, alhamdulilah silabus dapat diselesaikan jugak dalam masa yang singkat....

Pendekatan pengajaran subjek sains dan teknologi dalam bahasa inggeris pada pandangan aku sendiri sememangnya bagus, tetapi yang menderitanya anak bangsa kita sendiri... sukar untuk memahami dan lagi pulak tenaga pengajar bukannya pandai sangat pun.. bila pelajar mengajarkan soalan yang pelik-pelik...

Mulalah pengajar cenderung untuk menjawab dalam bahasa ibunda masing-masing, sebab apa terikat dengan fakta yang wujud dalam buku sahaja..

Itulah yang berlaku malam tadi..

Chapter I: Mathematic F3 : angle

aku berikan penerangan dan penjelasan yang panjang lebar dalam bahasa omputih.. panjang la jugak dan aku gunakan hanya simple english..... pada aku memang senang nak paham

Haduih! susah betul bebudak ni nak paham.... status koma! sudahnya terpaksa aku terangkan dalam bahasa ibunda juga.. sekejap je terus paham.. siaop boleh ajarkan kat aku semula... itulah bebudak sekarang dari kacamata aku sendiri...

Wednesday, February 3, 2010

Kerja Malam

Dah masuk bulan Februari... terasa macam baru semalam je tahun baru..


cepat betul masa berlalu kan.... tak sedar satahun dua lagi masuklah aku ke kelab 30



Tersenyum sorang-sorang aku ketika ini.. senyum sebab aku semakin tua, senyum sebab aku semakin membesar dan mula matang, senyum sebab memimpikan apa yang akan berlaku dihari-hari akan datang dan tersenyum sebab tertanya-tanya bila aku nak mengakhiri zaman bujang... mampukah aku???

...



Bila aku fikirkan balik, dah bermacam-macam benda yang aku telah tempuhi, pahit manis.... tersenyum lagi...... mungkinkah aku boleh senyum awal memikirkan perkara baru dan rintangan yang akan aku tempuhi dan lalui di usia yang selanjutnya.

Bercakap soal karear dan pendapatan... benda yang aku akan bercakap dan mengkritik tidak henti-henti sampai orang lain naik bosan.

semuanya kerana apa... kerana RM.. ayat keramat dimuka bumi

orang cakap kita guna duit untuk hidup,k duit yang mengikut cara kita hidup.. tetapi aku menjadi hamba duit

mungkin inilah akibatnya pernah mendapat gaji yang besar.. sekarang ini bila dapat gaji bulanan yang kecil, sememangnya sukar sangat.....

terpaksa lah buat kerja haram.... kerja diluar waktu bekerja

aku dah buat macam-macam untuk dapatkan extra income....MLM usah cakaplah... dah ebribu-ribu modal habis.. tapi satu hasil pun tak ada... mungkin aku terlampau gelojoh sangat...

namun hari ini aku gembira dengan duit tambahan yang aku perolehi

walaupun tidak seberapa cukup untuk menggembirakan aku... sekurang-kurangnya dapatlah menokok tambah membayara bil api, air dan talipon....

terkadang aku sendiri msih merungut dengan extra yang aku perolehi, namun sekurang-kurangnya aku lebih baik dari yang lain dari segi extra.

mungkin sebelum ini dengan kesibukan dimalam selasa dan khamis, tetapi kini bertambah lagi dua malam setiap malam isnin dan rabu...8 jam seminggu...
mungkin ini sahaja jalan yang terbuka untuk aku... tidak seberapa, tetapi yang terbaik....

malam ini bermula lagi.. umpama kerja dari pagi sehingga malam

penat sememangnya penat.. tak cukup masa untuk diri sendiri apatah lagi nak meluangkan masa untuk orang lain..

Nak buat macam mana, semuanya kerana RM... dengan pendapatan sediada memang cukup untuk hidup dan makan di ibu kota.. tapi kalau nak lebih sedikit, nak beli itu, ini nak jalan-jalan.... sememangnya tak cukup.. ini jalan yang aku pilih

mungkin selepas ini jalan lain akan terbuka...

insyallah

aku teruskan mimpi dan berharap


walaupun beramai, berseorangan, sekumpulan.. aku tetap kena tempuhi juga kan.... kerana demi mencari sesuap kebahagiaan
REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH