Kalamullah

Kalamullah

Friday, January 29, 2010

Tukang Sapu Sampah


Adakah terhina bekerja sebagai tukang sapu sampah di pusat membeli belah terkemuka...


adakah tidak halal perkerjaan ini
nak dijadikan ceritanya
tadi... semasa lunch di PAVILLION

tempat kelaziman bagi manusia-manusia yang perasan bagus pergi lepak dan makan

sorang mamat ni beritahu pada aku yang anak saudaranya yang baru habis sekolah menengah
juga bekerja disini

yakni PAVILLION

lalu aku menanyakan

adakah tukang sapu sampah.....

lalu dia melenting.... melenting bagaikan kucing beranak tak lepas

katanya aku menghina keluarga beliau.

belum ada lagi ahli keluarga nya yang membuat kerja tu.... kerja hina

aku sungguh tak faham... masih ada lagi dunia ni ni manusia jenis ini

bukan kah tukang sapu sampah itu juga mencari rezeki yang halal... walupun dimonolopi oleh
pekerja imigran dari Nepal, bangla, indon dan sewaktu dengannya.. (negara kelas ke 3)

walaupun gajinya kecil, tetapi cukup untuk menghalalkan pendapatanya..

berbanding

gaji berpuluh ribu sehari

tetapi diperolehi daripada rezeki haram

riba sana sini, melacur sana-malacur sini..

halalkah itu semua..

malah lebih hina dari yang sehina-hinanya....

aku berkata begini kerana ahli keluargaku juga pernah bekerja sebagai tukang sapu sampah,
malah dengan sapu sampah itulah dia membesarkan anaknya hingga ke menara gading....

malahan, 2 hari sekali aku akan menyapu sampah dirumah aku sendiri

apakah hina kerja ku itu....

jika hina,

biar aku panggil kan yang terhina untuk melakukannya untuk aku....


290110

1 comment:

Survey on Fuel Ron 95 and Fuel Ron 97 said...

hi, interesting post :)

nak mintak tlg jwb survey sikit kat blog sy boleh?

http://knowyourcarbetter.blogspot.com/

thanks!!

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH