Kalamullah

Kalamullah

Wednesday, December 2, 2009

Pijak Memijak

Pagi tadi ketika sedang bersiap-siap untuk pergi kerja.... ketika menggosok baju dan tetiba cuping telinga lintah ku ini terdengar berita di radio kerajaan... radio satu.

Satu berita yang membuatkan aku berminat untuk mengetahui dengan lebih hebat lagi pertelagahan parti-parti politiking di negara ini. Isu pijak memijak gambar parti pembangkang yang bangkang dan kerajaan yang bongkak.
VS
Yup, alkisahnya ketika satu persidangan parti pembangkang ni , depa meletakkan 2 gambar pemimpin adun parti BIRU (mungkin yang tak pandai buat kerja) dipintu masuk dewan untuk dipijak-pihak sebelum bermulanya persidangan. Of course lah gambar tersebut akan dipijak-pihak dan dihenjak-henjak. Kalau tak buat kerja, aku pun tumpang pijak.. yes yes yes


Makanya bangkitlah parti perjuangan menentang tindakan tersebut, kerana apa? gambar tersebut adalah sebahagian daripada rakan seperjuangan mereka


Pelbagai pihak dan pemimpin parti tersebut memberikan tamparan hebat terhadap tindakan pihak pembangkang tersebut, Mak Jat Jalil, uncle rais dan lain lagi la....panjang sangat kalau nak disebutkan.

Antara yang masih aku ingat, ''Tindakan tersebut bodoh, tidak bertamadun, tidak beradab, tidak menggambarkan budaya masyarakat Malaysia, orang yang tidak ada akal, bukan warga negara" dan macam-macam lagi.. seolah-olah hanya parti jahat itu sahaja yang masuk ke neraka... mereka juga bukan begitukah???

aku tertarik untuk menarik perhatian pembaca ke sesi persidanagn dewan negari Pulau Pinang baru-baru ini yang peristiwa tersebut disiarkan ketika Buletin Utama TV3 hari jumaat, sabtu yang lalu. Persidangan tersebut telah terganggu oleh demntrasi aman (amanlah sangat) oleh sebilangan penduduk kampung buah kelapa yang glamour satu masa dulu. Gambar pemimpin parti kapal angkasa dan kuncu-kuncu dipijak-pijak, dikoyakkan dan dibakar.... bukankah tindakan itu lebih MAHA dahsyat berbanding apa yang dilakukan oleh parti kapal angkasa tersebut ..

Adakah pihak pemdukung dan pemerintah dan media bodoh atau diperbodohkan oleh pihak yang mengambil kesempatan. hahahhahaha ketawa aku ketika ini .. rakyat idak le bodoh yang pasti.

lagi satu cerita best penduduk kampung kelapa ni, cuma 9 keluarga sahaja yang menuntut pampasan daripda kerajaan negeri. penduduk yang lain tidak meminta pampasan kerana telahpun menerima pampasan dan telah berpindah ke kawasan baru.

Masalah penduduk yang 9 ni, masa tawaran untuk berpindah dibuat 'depa' degil tak nak pindah dan cakap pampasan yang diberikan adalah kecil dan berkeras untuk tidak berpindah. tapi sekarang bila tawaran tu dah tak ada kenapa baru terhegeh-hegah nak kan tawaran lagi. dasar cakap tak serupa bikin.. yang menariknya bantahan dan sesi bakar membakar ni turut disertai oleh barisan anak muda parti biru tersebut.... mengambil kesempatan nampak

Walaupun aku bekerja dengan parti pemerintah, tidak semua tindakan perlu disokong dan diiakan. Yang mana betul kita sokong yang mana salah kita tegur....

barulah aku tahu sekarang, kenapa waktu pilihanraya ramai pengundi yang berkerja dengan pemerintah menyokong parti pembangkang...... sebab mereka melihat sendiri kebenaran dan hakikat dibawah kain pemerintah... ia kan???

betul tak..

Semacam bos aku cakap, waktu kerja kita kerja, buat semua yang yang diarahkan, tetapi waktu pilihanraya buatlah pilihan yang kita rasakan tepat. kerana itulah masa kita untuk membuang apa yang tidak patut ada....

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH