Kalamullah

Kalamullah

Monday, December 14, 2009

mencari yang sempurna

Pagi ini, sempat jugak aku check yahoo mail aku yang dah lama di check tu... mak aih bertimbun-timbun.. ada dekat 400 mail.

tapi aku tertarik sangat kat satu email ni, sungguh menarik, sekali baca bagus, dua kali baca hambar, tiga kali baca aku pulak yang terasa.. adakah aku terlampau memilih sangat

"Mengapa sampai sekarang engkau belum menikah?"ujar seseorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang trang..trang .
"Sejujurnya sampai sekarang ini aku masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih terus membujang. Dulu waktu di Utara, aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik & bijaksana. Aku fikir inilah wanita ideal untuk ku dan sesuai menjadi teman hidup . Namun selepas itu pada masa berkenalan baru aku tahu dia sebenarnya agak sombong dan hanya mahu mencari lelaki yang ada masa depan sahaja . Hubungan kami hanya bertahan beberapa bulan .Di Ipoh pula, aku bertemu seorang perempuan yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu kagum dengannya . Hatiku berdesir kencang, inilah wanita yang kucari-cari . Namun selepas itu, baru aku ketahui dia hanya berpura-pura mencintaiku, aku kecewa lagi.Dan ketika aku di JB, aku bertemu pula wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan , dan agak kelakar orangnya. Akan tetapi setelah dirisik-risik pada kenalannya barulah diketahui gadis ini seorang yang materialistik dan suka mempermainkan lelaki.Aku kecewa lagi. Aku terus mencari, namun setiap wanita yang aku temui sentiasa ada kekurangannya. Sehinggalah pada suatu hari, aku bersua dengan seorang gadis yang sederhana. Wajahnya,senyumannya, gerak-gerinya, kesopanannya betul-betul menggentarkan hati ku. Dia juga sangat prihatin dan disenangi oleh kawan-kawannya. Hmm...aku rasa dialah yang terbaik untuk diriku."Jadi?!", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengar dan ingin mengetahui kesudahannya "Apa yang terjadi? Mengapa engkau tidak terus meminangnya?" Aku terdiam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan aku menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa gadis itu juga sedang mencari lelaki yang sempurna".
Moral of the story.....Nobody's perfect. Jadi janganlah mensia-siakan apa yang sudahada di hadapan kita. Belum tentu nanti kita akan mendapat yang lebihbaik dari yang sekarang ini. Tak kiralah kita ni lelaki ke perempuan ke. Kalau kita mahu mencari yang sempurna, check le dulu dirikita sendiri,apakah kita sudah sempurna di mata orang lain??Rase-rasenyer sama juga dgn yang dah berkahwin. Redhalah dgn apa yang ada. Belum tentu yang baru tu dapat memenuhi citarasa kita. Yanglama dah tentu kita kenal buruk baik nya. Just improve ourselves dan sama-sama membetulkan kesilapan dan kekurangan diri masing-masing. Sekian.
Memang nak kena betul orang yang hantar mail ni kat aku....
sesungguhnya aku telah terkena semula Hari ini.... :)

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH