Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, December 1, 2009

KUL - MDC - KUL

Percutian yang paling lama dirancangkan, kalau aku semak semula dekat travel itenary.... first date aku purchase bulan 1 '2008. Memang dah lama dah.... selepas post pone berpuluh kali, daripada empat orang daripada sejoli kepada bukan sejoli.. akhirnya tinggal dua belalai jantan teruna sahaja yang meneruskan impian ni.... alhamdulilah akhirnya sampai juga


Trip duration 4 days 3 nite

7 Nov 09 - 10 Nov 09

Day 1
Departure from LCCTat 1:10pm
Arrived MDC at 4:20 pm (Selingkuh waktu '0')

Manado Tua disebalik sayap burung merah, manado tua merupakan pulau gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi.. kini sebagai tempat selam skuba yang paling terbaik dirantau AP

MDC airport... green, clean and simple modern airport. Sebesar Airport langkawi

the most friendly immigration staff yang aku pernah jumpa di kepulauan Indonesia

Selepas selesai urusan imigresen aku terus ke kota Manado menggunakan perkhidmatan teksi. terus terang kota manado tidak ubah seperti pulau Langkawi.. tenang dan menghiburkan (penilaian 1). Aku ke kota bersama dengan teman yang aku kenal sebentar tadi semasa beratur nak chop pasport. dari MDC ke kota mengambil masa 30 minit. sampai ke kota aku terus mencari tempat penginapan di jalan Ram Stulangi 2 (GALAXY HOTEL) RP75000/nite....

seterusnya menuju ke Manado Town Square di Boulevard (MANTOS) untuk sesi makan-makan.. kalau berjalan kaki dari hotel ke mantos akn mengambil masa sekitar 30 minit. Makan ayam penyet..... sure korang pun tahu menatang alah ni.. kat KL pun ada 2 cawangan.


Ayam penyek.....Rp25000 per set.... aku kira murah


Baru kenal sekejap tadi, penunjuk jalan ke kota Manado

Day 2
City Tour..... Manado boulevard - Pasar Ikan - kampung Atok - Temohon - Puncak Kasih - Danau Tandano

di Manado Boulevard,
Jalan utama yang yang menghadapa ke selat Manado... sea food heaven

Anak kecil tanah Manado

Island Charter boat jetty- enterance to Bunaken, Lingga and gangga island

Nasi kuning.. nasi dikukus bersama dengan bumbu kampung dan kunyit di makan bersama dengan serunding ikan ataupun daging dan telur rebus

Tebing Temohon.. pergunungan Manado... boleh tengok kota manado dengan jelas dari sini

Rattan souvenier centre : Temohon

tak boleh nak komen

nin pun tak boleh nak komen

Pertembungan budaya



Asap lagi

Asap belerang





Di Bukit Kasih.... natural geiser / hot spring

Budak kampung

sunset



Diatas dan diatas Danau Tondano : Tasik air tawar terbesar di manado
... punca air utama ke sawah padi

Sawah padi semasa perjalanan ke danau Tondano apx 1 hour from MDC....
suhu dingin kurang 20'C


Manado Town square.. the biggest mall in manado city.... carrefour pun dah ada


local performer

Dinner Rp30000 (cheap.... ikan siakap)


Rumah makan sate... chicken + pork + chicken


street local performer ... Rp2000


Double cheezy banana chocolate... manado waterfront


Minum api


tetiba muncul ayam...

Day 3
Bukaken reef explore

map of manado

lenggang...
malam tadi jalan tadi penuh sesak dengan anak muda yang berpeleseran ....
sempena konsert Anang

monument again


one of local bank

barisan bot yang menanti penumpang.. kaler air... Ya Allah cantik lagi air sungai gombak

Tugu perjuangan manado.... masa ni berjalan kaki ke jetty.. weather perfect



on the way to bunaken..... national reef

Another divers boat

Mee!


Botak

Fisherman village , dihuni lebih 200 family yang beragama kiristian dan muslim

membuat kapal

panas..., ready for snorkeling

berdasarkan maklumat yang aku terbaca daripada artikal indonesian archipelago... kapal2 kayu buatan indonesia mendapat tempahan yang baik daripada taiwan, papua new guinea selain dari indonesia sendiri. ini kerana kapal buatan tempatan ini amat teliti, lebihb tahan lama dan menggunakan kayu yang bermutu.



the finish product...... sama macam di semporna


Sleeping Manado Tua


expedition begin.... spot 1... finding nemo

Kalau di sipadan terkenal dengan keindahan terumbu karang dan gua-gua terumbunya.. Bunaken juga tak kurang hebatnya.. merupakan salah satu dive spot yang terbaik didunia, bahkan persidangan reef sedunia juga diadakan di pulau ini....

Bunaken terkenal dengan atol-atol karang yang besar, rabung dan puncak volcano mati yang mewujudkan satu ekosisitem terumbu yang lain dari yang lain.... kebanyakkan hidupan flora dan fauna disini sudah sebati dengan air laut yang bercampur belerang..... volcanic ash

Petang itu aku dibawa ke dive spot 1 pada kedalaman 0.5m - 10m. masyallah memang cantik... aku tak dapat nak gambarkan keindahannya disini.. sememangnya tidak terucap.... semuanya bewarna warni.. roti yang kubawa habis dalam masa 3 minit..... udang, ketam, moon fish.... macam-macam

Akibat terlampau berkhayal dengan keindahan laut.. aku tersasar dari bot sejauh hampir 500m.... tetapi alhamdulilah aku selamat.. semamangnya Bunaken benar-benar indah.

petang itu aku sempat melakukan 2 snorkeling trip spot 1 dan spot 2

finding botak



underwater shot


Dia tak pandai berenang apatah lagi snorkeling hatta scuba

James guest house di Bunaken.... (dive spot 3).. kalau nak menginap disini rate yang dikenakan base on per kepala. satu malam Rp200,000 makan 3 kali sehari. makanan yang disediakan memang sedap.... untuk lunch hari pertama... sayur chap chai goreng udang, telur dadar.. cumi cili, nasi dan plain water + welcome drink yahoo.com .... bilik aku pulak mengadap pantai (main reef) memang best....

Sebenarnya guest house ni cuma ada 4 bilik chalet sahaja (kalalau kat Malaysia ini kategori homestay la). yang kurang menarik nya.....

Indonesia dari dulu sampailah sekarang mengalami KRISIS TENAGA.. yang mana bekalan elektiri dicatu terutamanya dikawasan kepulauan dan pendalaman..... manado dan sulawesi tidak terkecuali... di pulau Bunaken ini bekalan elektrik hanya diperolehi dari jam 5 petang sampai 5 pagi yang dijana melalui generator diesel. Yang ke dua pulau ini tidak mempunyai kemudahan air paip.. makanya air bersih dibekalkan melalui air telaga.. (payau tapi bersih) setiap tetamu akn dibekalkan sebanyak 10 galen air untuk sehari.. sememangnya tak cukup dan unlimited stock untuk air laut didepan mata.... En. Zaidi lah manusia yang paling sukar untuk menerima situasi semacam ni. akhirnya dia sendiri terpaksa membeli extra 4 tong air tawar pada harga Rp10000 untuk 10 galen (1 tong)... padan muka... nak belagak sangat..

hari itu dan esoknya cuma aku dan En. Z sahaja tetamu di situ.. terasa seperti orang kaya apabila layanan yang diberikan sememangnya luar jangkaan.. MAS pun kalah teruk.


aku suka tempat ni


view dari cafe

from the beach






anak kampung... cantik kan pic ni


di depan hotel yang lain.... mahal kot


Dinner.. ikan tongkol sambal.... nasi putih.. sayur goreng, buah dan lalapan (ulam)


kenyang

Rental rate ni dah tak boleh digunapakai lagi dah.. semuanya dah bertambah 20% (2nd quarter 2009 : info)




akar pokok


one of the their staff, anak jati Papau apit dan kerul ..... bebudak ni baik umur dalam 17.... body usah la nak kap.. ketak-ketak, tak perlu pergi gym pun...cuma hari-hari kena angkat air 50 ton (10 galen)... nak buat la kat rumah.
Day 4
last trip snorkeling maut
Bunaken - Manado - MDC - LCCT


Sarapan pagi.... nasi goreng telur dan crab meat

ke dive spot maut

Pengalaman hari kedua ini benar-benar menginsafkan aku, aku memang pandai berenang tapi tak pandai floating setempat.... hari kedua tu aku dibawa ke dive spot 4 .. tapi tak tahu kenapa.. ombak pagi tu agak besar.. air pasang mungkin...

Aku mula terjun untuk snorkeling... hari ini jauh berganda-ganda lebih cantik berbanding yang semalam... memang banyak ikan yang besar-besar. aku dengan bangga nya pegi berenang jauh dari boat..lebih dari 600m... memang jauh..kalau dilihat dari boat memang takkan nampak aku...

Ombak bergelora terkadang air akan masuk ke dalam hose. aku tiup kuat..air keluar.. tapi tak tahu kenapa masa tu aku tiup tak keluar.. air dah masuk banyak sanagt..aku pun dah tertelan air banyak. aku mengelabah terus berenang ke boat semula sambil menjerit2... tapi aku penat sangat, boat masih jauh.. selamatlah guide ada dekat dengan aku dia yang tolong safe kan aku dan bawa aku ke shallow reef.... aku tarik nafas dan aku sememangnya dah benar-benar lembik.. tapi aku gagah juga snorkeling 2 kali lagi.. dua-dua aku telan air sekali lagi...... aku dah penat sangat.. perut pun dah kembung dengan air.. aku decided balik ke pantai ajelah main-main oasir buat istana cinderella. walupun begitu aku puas sebab dapat tengok ikan besar banyak sangat walaupun nyawa aku dihujung tanduk.

Terima kasih tuhan kerana memberikan aku nyawa yang seterusnya.......


terlampau asyik aku tersasah jauh dari boat....

Yang terakhir dan takkan berjumpa lagi....

Jam 11 pagi aku check out dan meninggalkan Bunaken untuk selama-lamanya... dari jauh pulau mulai kabur dan akhirnya hilang dari pandanganku...

yang pasti pulau ini aku takkan datang lagi....


Manado port dari jauh

Nak dijadikan cerita En. Z beria-ia benar nak makan ayam penyek di MANTOS sekali lagi. aku pun sungguh pelik... padahal dekat KL pun ada kedai tu. kenapalah dia beria-ia sangat nak makan disini. Tak pe aku layan je la.. kalau tak merajuk pulak... tak pasal-pasal ada yang tak balik tanah malaya.

Perjalanan pulang dari Bunaken ke Tanah Besar hari ini aku rasakan agak lambat, sebab apa.. sebab si mamat driver tu cuba nak mengkelentong aku untuk membayar extra Rp150,000 atas dasar menyewa google and fin..... macam haram punya perangai..... takpe aku simpan dulu kemarahan aku.... nanti sampai tanah besar siap la ko kena dengan mulut laser aku ni.

Samapi ke jetty, tanpa banyak soal aku terus menalu-nalu menghentak izham (driver boat) akhirnya dia kalah dengan aku n just accept RM400,000 yang aku bagi.. huh jahat gila aku, membayar jauh lebih rendah dari apa yang dijanjikan.. menjawab la aku alam kubur nanti.

Dari jetty charter boat di Pasar Ikan terus amik bas menuju ke MANTOS. Mengisi perut sekali lagi with ayam penyet.... hum! aku makan bahagian dada... just luv that! then beli sepatu kulit 'kokodail' yang sememangnya jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Hadoi En. Z buat perangai lagi, nak buat facial pulak.. katanya. sebab ada satu toko kecantikan baru bukan di area Manado Boulevard.. RP60000 per sesion... aku pun dah lama tak buat.. kulit muka pun dah teruk gila dah.. memang elok sangat dah. tapi waktu tu pun dah 2:30pm.. flight aku jam 5:10pm.... ikut perkiraan memang sempat kalau nak buat facial ke, massage ke.. tapi betul2 kena rush la.

sudahnya aku tak facial pun.. just body scrub massage RP120000.. cheap kan.

semuanya selesai jam 4pm.. bergegas pick teksi and push taxi driver bawak macam ribut untuk ke MDC. lucky laki sempat sampai airport.. just nice check in counter nak close.. terima kasih TUHAN.

MDC Airport - Sam Ratulangi International Airport...
waktu ni dah lewat sangat dah, tapi sempat stop sekejap.. nak snap shot

No comments:

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH