Kalamullah

Kalamullah

Tuesday, December 29, 2009

2010.............. leaving 2009



Hari ini hari terakhir.. 31 Disember 2009... sekejap sahaja setahun berlalu... terasa maxam semalam sahaja

Setahun masa berlalu tidak terasa sudah setahun usia aku bertambah, setahun aku ditempat baru bersama suasana dan teman baru...

Esok 1 Januari 2010..... bertambah setahun lagi.... sepatutnya aku perlu gembira tetapi kenapa aku tidak gembira... kurang riang dan ceria.. Entah kenapa aku tidak beberapa genbira bila penghujung tahun ini menjelma..

Hari ini aku bernekad untuk mendelete facebook hari ini sama seperti apa yang aku pernah buat pada akaun friendster aku yang dulu.. aku gagal lagi.. gagal yang sama seperti yang aku alami dahulu. Aku tiada kekuatan untuk bersaing dan untuk menonjolkan diri aku. Terlalu banyak perkara yang sukar aku lalui tahun ini...

Yang terbesar, berkali-kali aku mempermainkan hati dan perasaan orang yang menyayangi dan memerlukan aku........ bukan seorang tetapi dua orang.. kenapa aku yang terusan mempermainkan perasaan orang.

Dahulu.. teruja dengan multiply... hinggakan adanya sesi makan-makan dirumah aku sampai tak muat, bersiar-siar beramai-ramai sampai rombongan cik kiah... tetapi kini lain .... tak ada lagi suasana yang meriah seperti dulu lagi. Semua lebih selesa membawa haluan masing-masing.
Kalau dahulu aku di antara insan yang diutamakan, kini sudah tidak terasa lagi bahang sambutan

Mudahan tahun 2010 ini rezeki aku dimurahkan, kesihatan aku bertambah bagus. Tak ada lagi kekeliruan dan ketakutan dalam menghadapi hari-hari... tiada lagi kesakitan dan keseorangan dalam menghadapai saat-saat sukar

aku bermohon pada tuhan agar dipercepatkan jodoh aku... aku redha dan pasra dengan siapa sahaja yang dianugerahkan kepada aku aku terima dengan seikhas hati.. (aku mencuba...)

aku sendiri terlampau banyak melalui saat sukar.. begitu juga dengan keluarga aku sendiri.. pelbagai masalah dari segi dalaman, luaran, kewangan dan kesihatan.... mudahan tahun depan semuanya dipermudahkan

Kini dan ketika ini aku merasa kosong... kosong yang tersangat
apakah ini balasan yang tuhan berikan terhadap segala kesilapan aku yang lalu

Apakah tahun hadapan masih sama untuk ku.........

2 comments:

Jasmdea said...

No wonder I couldn't find your facebook's profile. It's ur resolution to delete it rupenye.

nono said...

Tidak mengapalah kamu menghilang dari mana-mana jejaring sosial, asal itu membuatmu lebih baik tidak jadi perkara.
Selamat Tahun Baru, semoga saja menghilangkan akun di fb itu jadi yang terbaik.

REZEKI akan MELIMPAH jika DIBAHAGI...
ILMU akan BERTAMBAH jika DIKONGSI...
KASIH SAYANG akan BERCAMBAH jika DIBERI

jangan KEDEKUT...
JAngan TAMAK dan TAK PERLU BIMBANG...
Jika segalanya hanya kerana ALLAH